the good of leaving your homeπŸ‘πŸ’•

hi guys! lama tak post entri. busy semacam sejak akhir-akhir ni. alhamdulillah dah banyak kerja dekat office. dulu byk termenung sampai banyak masa taip blog kat pc πŸ˜‚
so harini yan taip kat phone jelah wokeh sambil kekenyangan baru lepas makan pizza 5 hengget. thank you pizza hut!πŸ•πŸ’•
tengok tajuk dah kan? hehe.
mari mula membaca penulisan sayaπŸ™‹πŸ»
πŸ‘―
aku mula keluar dari rumah dr zaman sekolah lah hahahaha. aku memang suka buat hal sendiri, suka keluar sana sini. ok no no. aku mula keluar dari rumah start drpd umur aku 15 tahun. lepas pmr. biasanya lepas exam, memang aku akan merantau ke luar negeri. rumah sepupu aku kat kl ke rumah atok kat johor atau kerja.
tapi betul-betul start keluar dari rumah waktu aku berusia 18 tahun. masuk Politeknik Nilai. waktu tu blank pale otak aku. first time masuk asrama. tak pernah pakai tudung. jadi waktu tu aku cuma ada dua helai tudung, hitam dan putih (tu pun tudung waktu sukan sekolah menengah). aku tak ada storage, barang2 mcm budak2 lain. aku blur kejap. apa aku nak buat. itulah permulaan hidup aku betul-betul jauh drpd mak abah.

tiga tahun je dekat politeknik, aku tengok je gelagat kawan-kawan aku. mana yang baik, aku akan ikut. tak kisah lah, cara efektif lipat baju, gantung telekung ke, storage notes ke semua aku akan perhatikan. apa yang kawan-kawan guna utk basuh baju, softener, scrub, dan sebagainya aku perhatikan. 
lepastu balik rumah mak waktu sem je, aku ubah terus gaya hidup rumah. apa yang tak pernah ada di rumah, aku ada kan. aku ubah ikut apa yg aku belajar di perantauan nogori.

habis je belajar (at the age of 21), aku menganggur lima bulan kot. aku pun tak tahu apa aku buat waktu tu. yang aku tahu waktu tu ulang alik aku pergi interview, dapatnya tidak πŸ˜‚
alhamdulillah Sept 2014, aku keluar rumah balik. mulakan kerjaya pertama aku sebagai pekerja swasta dekat Kuala Lumpur sampai lah sekarang. rezeki memang dekat ibukota. mak nak lepaskan aku kerja tu memang berat. esok nak masuk kerja, malam tu mak whatsapp "kakak betulke nak kerja situ?" adoi memang rasa nak patah balik Perak kot. tapi abah bising nanti. (ye abah saye mengamuk tengok asyik ngade-ngade) πŸ˜‚

duduk serumah dengan orang yg aku tak kenal langsung. ditambah dengan macam-macam peel yang menguji kesabaran kadang-kadang, ada juga yang dalam tak sedar bagi kita pengajaran.
memang macam-macam orang jumpa sampai aku dah lali, dah malas nak layan, dah tahu perangai orang melalui muka dia je. cewahhh nampak tak. tapi betul lah. 

tapi mula je merantau gi kerja kat tempat orang ni, Alhamdulillah skill memasak Yan di skala 6 over 10 ok! paling seronok tiap kali bawak bekal, sedap tak sedap aku bagi orang rasa jamah sikit. bila orang rasa cakap sedap, ada minta resepi, Yan nak nanges. kahkah. dulu skill terhebat aku menggoreng je tahu!
kuih muih kek-kek, Alhamdulillah sekarang balik rumah mak je aku yang ajar mak. kalau ada orang datang rumah melawat abah ke apa, Alhamdulillah aku lah yang masak dan menatang dulang bagai gadis melayu terakhir terkepit-kepit jalan. kalau dulu zaman nakal, orang datang rumah aku nyorok dalam bilik sebab segan. πŸ˜…

duduk luar drpd mak abah pun buka mata aku macamni lah abah cari rezeki utk aku, utk adik dan utk mak. jadi aku try galas sikit tanggungjawab. aku cuba bayarkan zakat fitrah utk keluarga kecil aku. gaji aku tak besar tapi bila bayarkan untuk depa, serius rasa macam gaji aku naik RM2k. 😎 bank in duit utk adik yang berjuang dekat uitm sinunn. dapat belanja makan mahal sikit dekat restoran yang depa tak pernah masuk. rasa seronok walaupun abah macam kekok haha. abah mintak belanja mamak je gais, mana boleh! ill give you anything you never taste before ok.
belikan baju raya depa bertiga. sedondon meriah dihari raya seronok tengok.

kadang-kadang tu tipulah kalau tak rindu dekat rumah. seriously memang rindu. kadang-kadang rasa nak try apply kerja sana supaya aku dapat rasa balik hidup dengan mak dan abah. tapi cimb dah terlalu selesa untuk aku. 
boleh kata tiap minggu jugak aku balik Perak naik menyampah officemates tengok asal hari Jumaat je gi kerja bawak beg besor standby nak naik train lepas balik kerja πŸ˜‚ jd bila dah sampai ke rumah mak, rasa legaaaaaa peh dapat landing dekat katil kita sendiri. pastu nak balik semula kat KL dah macam tanah liat. kalau boleh meronta dah meronta.

semoga Allah beri kesihatan kepada abah, mak dan adik. kakak sayang semua. 



Guide us to the right path πŸ›£

Hai guys, Assalamualaikum!!
Today is rainy day! ☔️

Lamanya tak rasa hujan di waktu pagi, tapi lenjun jugak lah plus berat je ha mata nak celik haha. 
gelap jer dekat luar tu. celik mata tertanya-tanya 
"pukul 8 pagi ke 8 malam ni" 
"nak sambung tidur ke nak kerja ni" 

Jadi, kita kerja jelah! cari rezeki lipstick Nyx. haha aku rasa tiap bulan beli lipstick tak pakai pun. 

Pagi-pagi yg dingin sejuk ni, kena pulak roti canai pagi-pagi tadi ditambah dgn teh panas Kak Tia buat. ☕️
scroll scroll facebook, apa cerita harini, ada berita apa. 

Oh, masih susulan kisah rumahtangga dua selebriti yang baru berakhir semalam. 

Memandangkan, ini blog saya, ini tulisan saya tentang pandangan saya, saya nak ulas apa yang nampak drpd kacamata saya. 

Kita tak tahu apa kisah rumahtangga orang. dalam nya macamana. kita taktahu. 
tapi, aku tak maki hamun pun si Zila. pada aku lah, setelah aku fikir malam tadi sebelum tidur 
(itu biasa, berfikir sebelum tidur dah jadi hobi😹), Zila ni bagai satu petunjuk yang Allah kirimkan. 
Dikirim untuk semua wanita samada yang dah berkahwin atau belum. Untuk diri aku juga, yang penting. 

Ringkasnya, hidayah.πŸ“Ώ 

Ha, rentetan dari kisah mereka berdua, mesti ramai berharap, 
"Semoga aku dihindar dari perkara sebegini". Kan????? 

Ha, itu hidayah lah tu, Allah dah tunjuk kan dan beri hidayah secara tak sedar. 

Kalau ada yang tak ambil iktibar, maka tak tahu lah pulak ada ke yang tak ambil iktibar. 
OK guys, so we learnt our lesson already. 

1) Jangan buka aib orang. πŸ™…πŸ»

Tu je lesson nya. 

Kalam Allah tu tak pernah tak betul. Kita jaga aib orang, kan Allah jaga aib kita. 

Mendengar kata-kata Along tu memang tunjukkan betapa penyabar nya dia, raut memendam tu ada. 
Semoga aku peroleh suami macamtu. Ha kalau dah peroleh nanti, minta dijauhkan daripada perkara yang menjatuhkan maruah aku, keluarga, suami dan anak. 

So guys! 
Esok merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Bye! 

Sincerely, 
Yang belum tentu kahwin dulu atau mati dulu 😝

positive vibes 🌸


Kak Ana is..
 
my friend πŸ‘­
my kakak πŸ‘©πŸΌ
my supervisor πŸ‘Ί
my teammates πŸ‘₯
my mak-mak (kadang-kadang) πŸ‘΅πŸΌ
my colleague πŸ’

she is very-very amusing, happening and rock woo. 
memang jarang lah tak nampak dia tak happy go lucky. 
garang tu ada. 
kekadang. 

----------------- 

tapi biasalah yang nampak gumbira tu lah paling banyak beban hidupnya. 
tapi Kak Ana seorang yang positif ! very very positive. πŸ™†πŸΌ

wallahu'alam apa kisah sebenar Kak Ana, Kak Ana dalam riang, dalam ceria nya, satu hari tu dia cerita pada kami dia telah selamat menjadi ibu tunggal. 

"akak ibu tunggal sekarang" 
tenang je dia cerita. 

-----------------------------
 
hah this is Adam, her son. selalu dah datang office ikut ummi dia kerja. kepochi sangat taw. dan biasanya Yan lah rajin melayan dia. 

Kak Ana ada dua orang anak. anak kedua dia baby girl (baby tak baby sangat) dah tiga tahun ek Kak Ana?

so disaat kita murung pasal kisah cinta yang bermasalah, disaat kita murung pasal cinta tak kesampaian, 

Kak Ana uruskan kedua-dua anak dia sendirian
Kak Ana uruskan anak-anak yang kadang-kadang tak sihat 
Kak Ana uruskan yuran anak 
pampers 
susu 
baju raya 
makan minum pakai 

tapi Kak Ana nampak relaks je. aku yang dengar pulak yang menangis kat belakang kereta haha.
kalau orang lain mungkin dah mengeluh kuat satu bangunan dengar. 

Kak Ana positive. 
walaupun dia pernah mengalami episod hitam dalam perkahwinan, tapi tak pernah pun dia nak mempengaruhi kita orang yang muda-muda ni. 

takde la pulak dia cakap 
"ha ko jangan kahwin nanti jadi macam akak" πŸ˜ˆ
"pikir bebaik nak kahwin ke tak kahwin tu tak indah" πŸ˜ˆ
"baik ko selidik betul ke tak tunang/boyfriend korang tu" πŸ˜ˆ
takde pun dia cakap kat kami macamni. 

malah, Yan pulak yang selalu cakap kat dia 
"akak, takut nak kahwin nanti blablabla" 

Kak Ana nanti bls "takut jadi macam akak?" 
jd Kak Ana bagi satu nasihat beserta contoh. antara petikan kata-kata dia, 
Allah dah aturkan hidup kita. kita mengelak pun kalau nak jadi, jadi jugak. contoh ada satu orang tu dia takut naik kapal terbang sbb takut mati terhempas, tapi kapal terbang yang terhempas dekat rumah dia. hidup orang lain-lain blablabla.. 

gittew nasihat paling diingati sampai sekarang. haha. 

Kak Ana ni boleh jadi tempat bercerita, pendengar sekaligus boleh jadi story-teller. Kak Ana suka bercerita kisah-kisah dia daripada zaman sekolah - zaman panjat gunung - zaman cinta monyet - pelbagai zaman lah. dan Yan suka dengar haha. bukan aku jer rasanya. ramai lagi suka dengar bila Kak Ana bercerita. 

ha tips-tips berpantang bersalin pun dapatkan khidmat Kak Ana. wakaka. 

banyak sebenarnya nak tulis. tapi rasanya cukup lah sampai disini sahaja. haha. 

semoga Allah berkati Kak Ana sekeluarga, 
semoga Adam & Zahra jadi anak yang soleh & solehah untuk ummi, 
semoga Allah kurniakan kesihatan & kekuatan untuk Kak Ana supaya Kak Ana boleh besarkan kedua-dua anaknya dengan baik 
semoga semoga semoga semuanya baik-baik je lah hehee🌻


sekian drpd, 
yang cuba nak berfikiran positif jugak.

perspective


perspective. 

sometimes, what did we wrote 
what did we shared 
what did we posted 
what did we tweeted 

is not to please others, not to pointing to anyone. 

-- 
i wrote, 
because i want to read my own writings on the next 10 years 

i posted my picture, 
as a memories that i hope i can go thru back in my old days soon 

i shared somethings, 
for my future references 

i tweeted, 
to express out my feelings 

-- 
you dont need to be so bother. you dont need to annoy. 
those dont pointing to you. 
i dont create an enemy. so i think you should not do the same. 

read my posted happily, or leave it. 



sincerely, 
a distracted girl right now

Maceh

mana-mana pun kita pergi, pasti ada seorang (minima) yang tidak suka pada kita. kadang-kadang tu entah kenapa. 

diam 🀐 - orang tak suka. nanti dikata "diamm je takde mulut ke apa taknak berborak" atau "sombongnya diam je" 

bising πŸ˜†- orang lagi tak suka. nanti mendapat lah dialog seperti "tak reti nak diam je bising betul" 

peramah πŸ˜„- ada yang suka, dan ada yang tak suka. sat lagi kena lah macamni "gediknya" atau "semua orang nak tegur dengan &*^&@$ pun tegur nak membodek la tu" 

senyum πŸ˜Š- pun salah tau. mendapat lah ayat "entah kenapa senyum dengan aku, macam kerang busuk" 

tak senyum. πŸ˜‘- lagi lah salah! "berlagak senyum pun taknak. muka kalau lawa takpe" 

gittewwwwwwwwwwwwwwwww. sekarang ni tahulah anda Yan sangat kurang bercakap, longlai je entah aku pun tak tahu mengapeee. 
nak ambil tahu hal orang pun minta maaf saya tak ada masa sebab ambil tahu kalau dapat RM1k / hal Yan ok je. πŸ€‘



mula-mula tu sampai pening jugak lah fikir pasal orang, apa orang cakap 

sekarang makin sakit kepala, tak pernah-pernah sakit pun dah penyakit makin akit alee kita awak. jadi kesimpulannya, suka hati awak lah nak mengata Yan berapa karung guni pun.

selagi kau tak bawa mudarat dalam hidup aku
selagi kau tak sebut tentang mak dan abah 
selagi kau tak bagi aku duit 

maka Yan akan biarkan awak berkata-kata 

sebabnya Yan ni seboleh-boleh akan buat apa sahaja untuk puaskan hati orang dan gembirakan orang. 


jadiiiii! 
awak cakap lah lagi 
sebabnya!!!! awak automatik transfer pahala ke akaun Yan. 

macehπŸ’



yang benar, 
insan yang turut nak minta maaf kalau pernah terbuat silap kat awak. hiks. 

how mak abah raise me πŸ™ƒ

how mak abah raise you actually doesnt matter pun. haha tapi i would like to recall my very beautiful moments as a daughter, as a sister in abah's home, for 18 years (6570 days) before I left home to further studies, and for work purpose. 

ha cerita ni mungkin akan melibatkan adik sekali. sebab Yan cuma ada adik sorang tak ada abang, kakak, adik ber orang-orang. takda. hehe. 

i was born on 4th November 1993 
adik was born on 22nd November 1993 

my name was Azian 
adik was named Norashikin 

1-5 years old : 
abah was so garanggg! 
masih segar dalam ingatan, abah ajar Yan membaca. dia bawak tin milo, dia bawak gula. 
tapi masih blurr jugak taktahu eja Milo dan gula, abah marah. sejujurnya aku sangatlah takut dengan abah. menangis-nangis. sampai sekarang lah Yan ingat benda ni. Alhamdulillah berkat didikan garang level singa abah, aku boleh membaca pada umur 5 tahun. berkat abah yang ajar, tak sekolah tadika. Yan masuk tadika umur 6 tahun, masuk-masuk terus pandai baca. ha dapat lah piala dua penggal nombor 1. 

toys. 
abah never buy me and adik toys. abah bought us piano, blackboard and chalks. he wont give us any chances to play with dolls ke, cars ke, trains, masak-masak ke, nonono. 
when I already know how to read and write, that blackboard abah bought for us, I used to main cikgu-cikgu with adik. Yan cikgu, tulis-tulis kat blackboard, and adik muridnya. 

begitulah, Yan cuma ada adik. haha. 


6 - 12 years old : 
abah mula straight bab akademik. dont do chores! dont play! dont do anything! 

so, abah buy for us buku latihan. setiap hari, siapkan satu latihan, tiap malam, abah akan check! 
ni paling aku takut dalam alam semesta. jawapan yang selalu ada di muka surat belakang buku latihan abah koyak. bila satu soalan salah, abah akan bahas-ceramah-marah-bebel pada kami dalam setengah jam. 
setengah jam untuk satu soalan yang salah. bayangkan kalau banyak salah? sebab tu sekolah rendah Yan  pandai sikit. sebenarnya sebab takut dengan abah. 
abah educated. dia cakap dengan kami english ok! 
tapi haram anak-anak tak ikut. 

i will always remembered, waktu tu buat latihan math, abah suruh buat latihan math depan mata abah. 40 soalan - jawab depan abah. gigil-gigil lah kau pegang pensil depan abah. abah sambil baring atas sofa, kau meniarap kat bawah, sambil abah tengok TV. 
kecut pewut kakak. 

bila kawan-kawan semua pergi majlis kemerdekaan, makan satay bergelak ketawa bersama kengkawan, aku kena duduk depan abah, buat latihan matematik. 
kena pukul, sebab tak tahu convert cm ke mm, liter ke mililiter dan seangkatan dengannya. 
menangis terok 
tapi mak pujuk. kehkeh. 

abah takkan ucap tahniah pada kau selagi ada B atau C dalam keputusan peperiksaan kau. 

dan dari kecik aku dan adik tak reti meminta pada abah. pensil tumpul ke, buku habis ke kami dua beradik diam je. sebab abah garang sangatttttt uwaaa. 

emak pulak. 
takpayah buat pape takpayah buat apa-apa. kakak, adik belajar je 
kecuali hari ahad.. 
ahad mak dan abah akan pergi ke pasar, maka waktu tu lah masak nasi, basuh baju, menyapu. rumah kami kecik, isi rumah pun kecik, jadi chores takde dan mak memang tak suruh buat. 
  
cuma gosok baju sendiri, kapur kasut sendiri, sental baju sekolah sendiri 

sekolah agama : abah tak bagi kami dua beradik sekolah agama petang. sebab takut penat lepas balik sekolah pagi. maka, Yan lah menangis meraung-raung-raung teresak-esak. kawan-kawan semua pergi. aku tak. 

melihat anak nya meronta minat sangat nak sekolah agama, maka abah daftarkan juga. 

and abah loves art. tamat UPSR doesnt mean you are free dan boleh berehat sesuka hati. abah ajar aku sketch muka aishwarya rai. sebijik wokeh abah buat! malangnya jari jemari aku tak selembut abah

13 - 17 years old : 

aku nak masuk sekolah berasrama penuh / sekolah pendidikan khas. tapi disebabkan kami tiada kabel, tiada info tentang permohonan sekolah asrama, jadi Yan cuma pergi ke sekolah menengah biasa. 

masuk je sekolah menengah, abah dah pesan pada aku 
"abah dah tak pandai nak ajar kamu subjek sekolah menengah. kamu kena belajar sendiri" 

so no more latihan in front of abah, but still abah check homework semua, cuma abah dah tak dapat faham. 
but! belum free lagi, sejarah dan geografi adalah kehandalan abah. 

maka berbahas lah kau menjawab sejarah geografi. 
kertas soalan lepas peperiksaan, tunjuk ke abah, maka abah akan basuh otak kau sekejap dalam satu jam. 

ok. my first time using a mobile phone. 
abah memang marah. waktu tu Yan masih akur dan patuh. 
tapi lama-lama kelaut.. 

hari Yan ambil keputusan PMR 2008, nak ditampar oleh abah atas dua sebab ; 
1) sebab keputusan tak elok. *elok pada abah is no C. Yan got 3A5C direct 
2) sebab maghrib baru nak balik rumah. keluar ambil result dari pagi. 

dan sekolah menengah je abah malas nak tegur aku, sebab aku sendiri tak dapat bendung diri sendiri. remaja. camtu la. hangout, kawan-kawan datang lepak depan rumah.

dah masuk form four, dah suruh abah jangan jemput waktu sekolah sebab nak balik naik motor dengan Lia. aduh aduh. hahaha. 

form five, bila jatuh sakit dua minggu terlantar tak boleh bergerak. maka sejak tu aku berubah sikit. aku kembali jadi macamana aku sewaktu sekolah rendah dulu. 

bila petang-petang dekat rumah, aku melukis. sebab aku sangat suka melukis. 
buat latihan, study study dan study. 
walaupun dah last minit. wakakaka. 

Alhamdulillah, lulus dan puas gila-gila sebab subjek core semua lepas kepujian. 


18  - 21 years old : 

aku mula survive sendiri, jaga diri sendiri, makan sendiri, uruskan sendiri. no more mak, no more abah. abah pun dah tak ambik tahu. aku pun taknak abah susah lagi.
nanana. 
dah habis sekolah pun still, masih takut kan abah. every sem break abah akan basuh otak kau jugak. meskipun dia tak faham apa itu pointer, dekan. 
tapi melalui nama course aku, dia akan cari bahan jugak untuk uji kepala otak aku ni.
jenuh sampai ke menteri kewangan zaman pak kaduk Daim Zainuddin pun keluar abah tanya aku.

and mak macam biasa, masih manjakan anak-anak perempuan dua orang ni. aku tahu ada pertikaikan kenapa mak kadang-kadang berat nak suruh buat itu ini, aku tahu mak terlalu sayang puteri puteri dia. aku tahu. 
kadang-kadang tu aku dengan adik ada jugak gurau-gurau
"ha mak lah ni. dulu nak masak tak bagi nak apa tak bagi"
mak jawab, "kakak adik tak payah buat pape pun dulu sebab mak nak kakak dgn adik berjaya. mak anak dua je. mak taknak anak-anak susah sbb tak ada pelajaran macam mak abah" 
*ok dialog 'mak anak dua je' adalah dialog favourite mak sampai sekarang.

tapi ada hikmahnya Allah hantar adik dan aku merantau, tuptup aku pulak ajar mak chores! buat kuih raya, masak, deco rumah *ok deco is my very very feberet

22 years old - current ;

dah tak takut dengan abah! 
malah aku dan abah selalu buat perbincangan from heart to heart. ❤️
perkara yang abah tak pernah cakap pada aku selama 23 tahun jadi seorang anak pun, abah cerita. 

abah korbankan macam-macam untuk aku jadi orang yang berjaya, takkan aku nak hancurkan macam tu je?

jadi sedaya upaya aku memburu kerjaya. supaya abah tak susah hati tengok aku menganggur.

kalau laki aku nanti buat aku menderita tak tahu lah. aku nak patah balik cari abah.





what is your hijrah story?

wearing tudung seems easy.
wearing stoking seems very easy.
wearing tudung labuh is quite easy.

the tough part is 
our writings
our hobbies
our heart itself

banyak kali berniat nak hijrah. jadi harini kak yan research what is a real step of hijrah. music is include.

music is my very passions. music raise my mood up. maknanya kena tukar genre lepas ini. kurangkan or no more adam levine, remixes, mashup, rock.
jadi kak yan berfikir kenapa ye muzik termasuk dalam perkara yang perlu dibetulkan dalam hijrah diri?

baru kak yan terfikir.
aku ni sangat keras kepala. sangat keras kepala. hati batu konkrit.
kau nampak je kak yan mcmni kan? tapi hati aku batu.
mungkin sbb apa yg aku dengar. kak yan biasa dan memang kerap dgr lagu mcmni, lagu 21 Guns, Champagne Showers lagu gothic-gothic remixes. 
ha cuba dengar lagu Opick? otomatik menangis berciciran airmata, dosa 7-8 tahun pun tiba-tiba datang. so baru kak yan tahu kenapa musics is included.
jadi melalui aplikasi Joox, kak yan cuba berkawan dengan playlist nasyid
..dan kak yan pujuk hati sendiri takpe sekali-sekala nak dgr remixes boleh πŸ˜›

ibadah rasanya 3/10.
solat lima waktu ✔️
dhuha ✔️ *baru start seminggu kome. pray for yan!
puasa sunat ✔️ 
solat sunat taubat ✔️ *alhamdulillah, sehari kalau tak buat tu serba salah dah terima kasih Allah

belum menepati piawaian. tapi go yan! go go chaiyok.
pergaulan bebas alhamdulillah takde memang bersih habis. 

satu je kak yan tunggu. kak yan tunggu dosa bergurau dengan orang bukan mahram ni jadi halal. walaupun kak yan nampak jahil dan syok sangat dengan tunang aku, jujurnya dalam hati aku taknak dah dating dengan orang bukan mahram, taknak bergayut dengan orang bukan mahram iloveyou manja-manja. sumpah mmg terbit rasa nak jauhkan dr benda ni. sbb ini lah penghalang terbesar seseorang untuk berhijrah..
tapiiiiii kita tak mampu gais 😭

doakan perjalanan menuju ke arah yg halal dipermudahkan. amin. *thanks for those who amin with me. i prayed to Allah may He ease your way too 😊

so gais? any stories of your hijrah to share with me? mana tahu kak yan boleh ambil ilham dari kisah awak? πŸ˜‰
share to me your hijrah stories by pm me at my facebook : Azyan Karib
or dm my twitter : @thisisyannnnnn
or dm my ig? @azyankarib_

thanks for reading!
Assalamualaikum 🌹





My menstrual history!πŸ™ˆ

Hai everyone! 

Malam ni tiba-tiba teringat kisah pertama kali aku period (datang bulan / haid). 
Tahun 2004. Waktu tu umur aku 11 tahun. Awal kan? πŸ˜‚
Dua tiga hari sebelum period tu aku demam, tak datang sekolah. Demam lain macam. Khamis, Jumaat absent.

Pagi Sabtu tu, macam biasa, bangun tidur, mandi. Lepas tu mcm ada darah. Aku buat dek je. πŸ˜‚ Aku ingat luka ape ke ape. Pastu aku rilek je habis mandi pakai suar pendek duduk dekat sofa baring mak tegur "Kak kamu keluar darah ke"
Aku kecut perut hahahaha. Kecut sangat sangat. Mak terus buatkan cawat cepat-cepat. Aku takut waktu tu. Aku nak nangis muka pitam gila gila.

Haha esoknya nak naik motor pegi kedai pun aku tak ikut. Sebab kan nak naik motor, nanti aku risau darah aku bertambah banyak sbb terkangkang duduk atas motor. Hahaha. 

Bila kwn2 lain tahu aku dah period, diorang tanya aku, "Mandi wajib susah tak?" πŸ˜‚
Mak ajar aku. Mak ajar air wajib kena satu badan, celah kuku jari kaki dan tangan. Itu jelah aku bagitahu kat depa. 

Sejak aku period tu, aku tahu dah period dosa tanggung sendiri, jadi aku pakai tudung je pegi mana-mana. 
Kecik-kecik tu aku dah ada kesedaran; dosa aku, aku yg tanggung sendiri lepas period.

Malangnya,
Masuk sekolah menengah dah apahal bukak tudung 😭

Sekarang dah ada kesedaran balik...

Alhamdulillah!🐣

Semoga Allah terus bagi hidayah dekat Yan. Amiiiin. 😊

Alamak! Tersalah transfer duit!


hai gais! 
tajuk harini macam serius dan bermanfaat sangat kan? hehe. 

semalam aku tersalah melakukan transaksi pindahan wang (transfer) 

ok. kisah dia, Sara gunakan CIMB Clicks dia untuk transfer duit ke akaun Maybank aku. Sebab haritu tolong dia belikan tiket kereta api balik raya. 

waktu Sara transfer tu, aku baca nombor akaun yang aku save dekat phone ni, aku bacakan dekat Sara. sebut berapa kali punya sebut. pastu, successful
lepastu aku cek kat M2U, duit tak masuk lagi. 
aku cek, alamakk aku salah bagi nombor akaun kat Sara! entah macamana aku salah save dalam phone nombor akaun aku-- tertinggal satu digit. 

pelik sebab nama tak keluar waktu key in nombor akaun tadi, dia continue je--sedangkan nombor akaun tak cukup satu digit.

tapi, duit Sara dah selamat dideducted. 
Sara dah stress. 
aku pun stress, aku fikir-fikir-fikir. 

jadi step pertama: 
aku bukak M2U - transfer konon2 RM1 - aku masukkan nombor akaun yang tersalah masuk tadi *untuk cek akaun tu atas nama siapa* 
alhamdulillah, nombor akaun tu tak wujud. 

step 2 : 
google nombor customer service CIMB. 
03-6204 7788 
dan CALL
jenuh jugak lah tunggu dengan muzik2 mendayu-dayu CIMB. 
ceritalah dekat pegawai tu- kita tersalah key in nombor akaun blabla. 

operator akan buat beberapa pengesahan untuk pastikan betul itu akaun kita. 
aku bagi Sara cakap, sebab Sara punya akaun. 

dan akhirnya, selamat. duit akan direfund kembali dalam masa tiga hari. 

so tunggu lah hari Jumaat ni. and tak payah tunggu jumaat pun, esoknya dah dapat!
CIMB send message yang dia refund duit tu.
Ha gittew kisah saya gais!


πŸ”΅ moral of the story; 
1. jangan careless ok waktu buat transaction. cek dua tiga kali. 

semoga post kali ni berguna untuk awak-awak yang rajin transfer duit beli barang online tapi orang tersalah bagi nombor akaun hehe! 

bye guys! happy fasting! 
πŸ™‹πŸŒΈ 

UPDATE
Keesokan harinya, duit berjaya masuk ke dalam akaun semula.

Koleksi Mimpi Yan πŸ˜‚

hai gais! alhamdulillah harini bernafas lagi. 

dah tahu kan Yan nak tulis pasal apa? ha. 
siapa lagi biasa mimpi aneh-aneh dan pelik-pelik? 

ok aku nak cerita antara mimpi-mimpi yang aku ingat dalam dua minggu ni. sebab biasanya mimpi ni, bangun tidur terus lupa. 
biasanya aku buat tak kisah je pasal mimpi ni 

tapi semalam sebelum tidur aku sempat buat solat sunat sebab tidur lambat, tak boleh tidur, jadi aku solat sunat lepas selesai solat terus lena. 

jadi, wudhu' tu masih ada. 
syaitan nak bermain jugak ke eh dalam mimpi? 

🌜pertama 
lps je solat sunat - tidur - mimpi semalam best. aku mimpi aku menyusukan seorang bayi. tapi tak dapat. dia sedut-sedut tak dapat susu. tapi eeeiiiii kau orang tahu aku suka sangat dengan budak-budak. jadi aku rasa aku sayangggg sangat dekat baby tu. 

wallahu'alam anak siapa. 

pagi-pagi lagi aku dah tanya Syahira dalam group. Syera kata mimpi budak-budak tak elok. gugel punya gugel. haah tak elok. katanya ada kaitan dengan saka atau sihir. 

tapi inshaAllah takde pape. mungkin tetap mainan tidur supaya aku tak rasa boring kot waktu tidur. 


🌜ok! mimpi kedua 
semalam (25hb). aku mimpi sorang budak office aku ni nama dia Safwan. aku tak pernah bercakap dengan dia dan aku tak suka tengok muka dia dalam organisation chart sebab mcm gengster. 

nak dijadikan cerita dia dtg dalam mimpi. duduk dalam kapal dengan aku kalau tak silap. lepastu aku campak dia ke laut jadi umpan ikan ke apa pun. 

kau tengok meluatnya aku tengok muka dia sampai tercampak dia di laut. haha. esoknya gi kerja bertembung dekat lif, aku nak tergelak sebab teringat malam tadi dia tercampak kat laut. 


🌜yang mimpi ketiga 
mimpi ni dah dalam tiga empat minggu lepas rasanya. aku mimpi, bos besar dalam office sakit terlantar. kami satu section mengelilingi dia yang terlantar sakit. 
the best part is Sara baca mantera! 
Sara baca jampi-jampi. 
cerita dekat officemates semua dia orang kata "Panjang umur bos". Amiin 
Sara baca jampi πŸ˜­πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

mimpi keempat 
mimpikan pelakon Zizan Nin. korang kenal tak? 
bukannya mimpi kahwin dengan dia atau mimpi jumpa dia. 
tapi aku mimpi aku ketuk kepala dia dengan meja. persoalannya larat pulak aku angkat meja pergi ketuk kepala dia. yang kedua, kenapa mesti Zizan Nin? 
esoknya aku tweet pada Zizan Nin, mention dia dan aku cerita kan tentang mimpi aku. 
Aha! dia reply ok! 

tu aku cakap dekat tunang aku 
"dugaan tunang macam-macam ye b. kawan lama semua wassap. sampaikan artis pun tak pernah-pernah balas tweet aku, boleh balas"πŸ˜‚

adik

you know i only got one sister - one sibling. sorang tu je adik perempuan. mmg takde adik beradik lain.

harini, 22 May 2016. first time lah adik naik tren drpd Batu Gajah pergi ke KL Sentral pastu tukar pulak bas pegi TBS. bwk dia.

dia 20 tahun. walaupun tinggi lampai muka lebih merched drpd muka aku, tapi betul manja ah. kau tak tunjuk kau punya manja dik tp nak jaga mcm jaga org manja betul.

drpd 1996 dia lahir sampai lah 2016, dia masih meringkuk dalam bas. sbb adik memang ada sickness everytime dia naik bas. dia akan pening, muntah. memang macamtu, dari kecil.
dulu kecil2 abah bawak balik kampung naik bas dari Perak ke Johor, jangan tanye lah dah berapa kali baju abah berendam muntah dia.

dan waktu sekolah tiap kali nak pergi rombongan ke apa mesti abah dan mak tak risau pun pasal duit belanje ke sesat ke apa. mak abah mesti tanye 
"kamu nanti muntah macamana adik?"

sampai lah ke era dia masuk UiTM, tiap kali rombongan nak buat assignment kemana-mana, mak tak risau dia apa pun, mak risau sickness dia.
πŸ˜‚

harini aku lepaskan adik aku ke Wangsa Maju rumah Yusri. pehhh memang berat betul hati. risau sungguh sampai aku rasa macam nak ikut je pakkal lah kerja esok.

alahai adik. kelako kadang2.
kalau dah namanya adik, matang lah macamana pun, mesti nampak jugak manja. 

itu pun kadang2 dah cakap teringin nak ada boyfriend. aku ckp tak payah nanti ada lah tu. kelakarr siap kata mesti dia tak kahwin. 

lah takpela adik, mak ada abah ada akak ada. nanti akak tambahkan seorang abang dalam family πŸ˜‚

Sayee dah tukar OOTD

Hai semua!

Dah tukar template blog baru. Rasa tenang sikit kehkeh. Nampak macam dah dewasa sikit kan kan.
Cursor pun dah ironman.

kahkah! Ok lah! Enjoy my posts semua!

Not last-longer

Theres a time

When you happy and then you happy
When you sad, you need things that could calm you down. That could curve out a smile on you.

There are many things I think of. And I actually knew; this is world. Only world. That wont last longer. Why did I care much? 

Allah, help me. Calm me. Calm me.

I got addicted.... again πŸ˜“


Hi friends! Hi readers! πŸ‘‹ *waving hands 

Have anyone of you watch Merlin?
Ok ok I tahu cerita tu dah lama habis tamat dah pun. Sebenarnya tengok Merlin ni dah lama daripada zaman sekolah - ke zaman politeknik - zaman menganggur - sehinggalah ke zaman bekerja - inshaAllah anak2 pun bakal aku hidangkan dgn kisah Merlin ni.

Wakakaka. I sketch some.
Ok! Kenapa suka cerita ni Yan?
➡️ okay. Kenapa ye. Aku ni tak brp nak suka cerita cinta. Aku suka cerita yg ada historical value mcm Leftenan Adnan contoh dia aku ulang banyak kali tau! Cerita Snow White and The Huntsman pun based on historical bedtime storiesπŸ’€ 
Satunya cerita ni diadaptasi drpd sejarah Arthurian drpd Britain. Dan drama ni dia twist twist kan sikit sehingga dia nampak menarik! Cerita ni lebih kpd friendship, leadership dan misteri sikit. 

5 Episod yang paling suka?
➡️ em em, okay. 
1. The Darkest Night (Part One and Two) *bcs they got Lancelot there πŸ˜†
2. Lady of The Lake *show you who is the one and only Merlin's girlfriend*😭
3. Servant of Two Masters *episode ni kelakar sgt sgt*
4. Diamond Of The Day (Part Two) Final Episode *the moment Merlin reveals his magic*
5. Lancelot Du Lac *sbb ade lancelot πŸ™ˆ

3 watak favourite?
➡️ Merlin of course
     Mordred bcs he is adorable☺️
     Lancelot
Alaaa Arthur pun suka jugak. Morgana pun hm hm

Tooo good! Based on gossip kat sana, Merlin dan Morgana is currently dating! 😍 same goes to Arthur and Gwen tp diorang dah putus dah. 

Ok lah. Next post nanti Yan sambung cerita pasal Merlin ye. Kupas idea kejap. 
Bye semua!

Thanks for reading! πŸ’•

Mordred 😍


I am happy!

Hai semua! Yan dh cerita ke tentang tempat kerja baru Yan? Baru ke eh tak tak. Dah lima bulan dekat sini.

I am now working at iCIMB (M) Sdn. Bhd. iCIMB ni adalah anak syarikat drpd CIMB Group. Dia uruskan jugak hal-hal CIMB. 

Ok! Sebenarnya Yan kerja sini bemula dengan kontrak selama setahun, ada rezeki ada bajet CIMB nanti dia absorb lah kita dekat permanenet. Tapi rasanya tak memandangkan CIMB tengah cut costs.

Setelah setahun lebih terumbang-ambing mencari kerja sebenar yang kena dgn diri. Alhamdulillah Allah kesian dekat Yan, dekat sini sangat lah OK! Environment sangat best! Mcm dekat sekolah! Rasa hari-hari nak kerja πŸ˜‚

First is kawan.



Kawan-kawan sgt best. Semua friendly semua boleh bawak gurau semua gila-gila mudah terhibur. Tak pernah lagi ada masalah dengan kawan-kawan sini, Alhamdulillah. I am happy with you gais! 🌸

Second is job scope.

Job scope adalah benda paling penting dan paling-paling lega sebab dah tak pegang akaun setelah berkali-kali kerja sebagai account assistant. 

Sekarang ni buat reporting, submit daily reports dan lain-lain tu macam support department tentang cuti diaorang semua.

Oh lupa nak cerita! Yan skrg duduk dalam Eletronic Banking and Cash Operations dimana dalam ni adalah banyak complaints2 ATM & CDM yang rosak. So department ini uruskan complaints customer kalau duit keluar tak  cukup ke, mesin tiba-tiba jammed ke, tiba-tiba kita terlambat ambik cash, dia akan sedut balik duit tu ; dipanggil Retracted. 
Kalau mesin tiba-tiba hang ke ; Jammed
Kalau mesin down bahasa CIMB nya ; TimeOut. Ha itu dia complaints2 dalan department ni.

Third is rules.

There is no ; "No handphone during office hour"
"Do not eat"
"Do not chatting"
"Do your work until finish"
Takde. Bos akan cek siapa tak balik lagi after 6 pm, dia akan tanya sebab dia taknak staf balik lewat ☺️☺️ Apalagi berjoget lah Yan 5:45 sharp terus balik!! πŸ’¨

Kdg2 tengah kerja pun boleh makan chikedes, buat air susu, turun bawah beli kuih, turun beli kacang, keluar rehat awal sebab nak lunch dekat KL Sentral ke.. Ok lah. Rasa tak tertekan

And last is supervisor.

Supervisor Yan baik. Dia sgt sabar mengajar, sepatah-sepatah dia ajar. Rasa macam tak pernah secepat ini aku pikap ilmu. Lepas je dia ajar sehari tu, terus boleh buat report tanpa mengah-mengah atau menangis-nangis bawah meja.

Alhamdulillah. Nama supervisor Yan - Kak Faizah. Dia baik. Dia selalu bercerita pasal anak-anak dia. Dia lah yang jadikan Yan expert guna excel sedangkan sebelum ni zero memang tak tahu pape.
Masih ingat dekat company lama, kena marah sebab tak reti guna Excel dan orang yg marah tak tunjuk ajar. 😭 

Bila kenal Kak Faizah, rasa nak berterima kasih sangat sebab sabar sampai dah boleh buat table sendiri 😭

Seronok.
Insha-Allah ada rezeki nak renew, tak ada rezeki, kenangan kat sini sentiasa terpahat dalam hati. EBD is the best πŸ‘πŸ’ͺπŸ’•

Sini ad microwave! Boleh bawak bekal pastu panaskan!


Buat air susu! πŸ˜‚

Day 2

30/3/2016

Day 2 - Aches continues. Pagi-pagi berpeluh. Nafas kena tarik dalam-dalam dan tiap kali tarik nafas dalam sikit, akan rasa ngilu seperti dicucuk dada kanan mulanya.
Maka aku pun google lah apakah punca-punca. Boleh jadi masalah sistem pencernaan, masalah jantung, atau masalah pernafasan.

Rasa ngilu dan mencucuk di bahagian dada bertambah teruk sewaktu pulang dari kerja. Waktu jalan kaki dr stesen LRT ke Apartment, sakit, mengah. Seperti biasa, dada rasa sakit sikit. Bukan sakit tapi mcm ngilu mencucuk-cucuk.
*banyak kali explain πŸ˜…

Lepas mandi, rasa tak penat. Rasa lega sikit, cuma sakit dada belah kiri, kadang-kadang tengah, *hanya bila tarik nafas.
Tapi Alhamdulillah semakin OK.

Nafas pendek ni rasanya dari dulu memang dah ada. Mmg tak boleh nak join kawan-kawan karoke sbb tak cukup nafas. Nak tarik nafas kena deep-dalam2. Adakah normal? 

Esok kalau ada Day 3, lusa balik rumah mak, nak check. Mudah-mudahan takde pape. Ni mesti masalah sistem pencernaan ni.


You need you mom

Biasalah, bak kata Erra Fazira anak mana yang tak rasa semak dengan mak dia kan waktu muda-muda time nak meningkat remaja.

Tapi!
Kalau kau budak-budak lagi Yan boleh faham. Tapi kau dah dewasa, dan dah boleh jadi mak bapak orang dah. Kenapa masih tak hormat mak ayah?

Tahukah kau suatu hari nanti?
Suatu hari nanti bila kau dah merantau kerja jauh dari emak, kau akan menangis terseksa tak tengok muka emak lepas balik kerja. Bersyukur lah masih ada mak depan mata masakkan untuk kau, sediakan rumah utk kau, ada katil sendiri utk kau.

Yan, kalau boleh nak mak ada depan mata setiap kali habis kerja. Balik kerja, mak ada tengah tgk tv. Dah ok walalupun tak ada makanan. 

Kau tak rasa hidup jauh dr mak. Balik rumah sewa, kosong. Kau kena basuh baju sendiri, makanan kena masak sendiri, sunyi, tak ada teman nak bercakap, dah melekat je depan handphone drpd balik kerja sampai esok pagi nak gi kerja pun gitu.
Tak seronok. 

Dan diwaktu itu kau akan tahu "You teally need mak" πŸ’•

Perasaan je kot Yan

Hai blog. Blog. Lepasni kalau post-publish-tak mau share dah lah link dekat facebook, twitter atau dimana-mana. Let you be my only diary. Yang luahan perasaan kita tak share tau, kite-kitee je πŸ˜†

Blog, the day after yesterday (22 Mac 2016), 
During I perform Zohor dekat surau office, I felt like : susah nak tarik nafas. Aku terdiam. Aku tak dapat nak sambung baca. Nafas tak cukup.
Aku terdiam.

Lepastu baru OK.

Sebenarnya aku rasa dah banyak kali rasa macam ni. Agaknya sebab suara nak control kuat dan perlahan berbisik kot.
Entah.

After perform Zohor,
Aku mengadu pada Kak Ana. Waktu mengadu "Kak... Rasa tak boleh bernafas.." Menggigil.
Nak nangis waktu tu. 

Kak Ana suruh check.
Lepastu aku nak perhatikan lagi. Adakah berulang lagi.

Alhamdulillah, takde rasa dah sampai lah ke harini. 

Semoga sihat selalu Yan.πŸ’•

Terima kasih Google! Tahniah Yan!


Alhamdulillah I passed my exam! This.is a huge opportunity for me to repair back my future!
Eventhough there is a bit restricted in marriage rules where as I heard Kolej Perubatan did not allowed student to marry during latihan (3 years).

But, dont worry Yan. Allah will help.
Insha-Allah ada jalan. Road to Halal, road to a better life Alhamdulillah Ya Rabbi!

Alamak yakin nya Yan, baru lulus exam kot. Lepasni nak kena hadap interview πŸ˜‚ apa yang confident sangattt ni jawab exam pun gunakan teknik 30 saat fokus soalan, 30 saat fokus bukak tab google.

Hehehe anyway gais! Pray for me!
Have a nice sleep gais! Good night!

ُΨ§Ω„Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡ُ

Esok aku mati

Sejak sebulan dua ni, selalu sangat ingat mati. Fikir mati.

Macamana kalau esok mati? Malam ni? Atau kejap lagi? Tak perlu sakit nak mati ni. Buatnya mati dalam tidur? Atau mati tercekik ketika makan? Atau terjatuh waktu nak ke tempat kerja?

Dan kalau mati, apa yang ada dekat tangan nak tunjuk dekat Allah SWT? Takde apa. πŸ˜”

Sejak sebulan dua walau dah ingat aku akan mati sekejap lagi, aku masih malas. Malas lagi.
Solat Taubat seminggu sekali. Tentu-tentu Allah tak layan. πŸ˜” Kadang-kadang pergi berjalan sanggup qadha' solat drpd cari inisiatif untuk solat di luar.

Maafkan saya sbb menulis macamni. Bukan nak tunjuk diri ni dah baik. Cuma nukilan ni untuk diri sendiri baca balik.
Peringatan semua orang.

Allah is giving me hints.
For me to improve myself, to be better. 

Alhamdulillah thank you Allah.

Walau hati gundah gulana, tapi sepatutnya inilah kita rasa daripada bersuka ria sehari 24 jam tanpa seminit pun ingat Allah.

Nasib baik lah tunang aku jauh. Allah tolong lagi Yan, Allah tolong kau jauhi dosa berdating, dosa bersama lelaki yang belum lagi mahram. Belum halal.

Baiknya Allah. Terima kasih banyak tolong Yan.

Takde nak mintak apa, semoga aku mati dalam keadaan husnul khotimah, dalam keadaaan orang katakan baik-baik tentang aku walau pada mata orang aku jahat masyaAllah. 


Banyakkan taubat, selawat Yan. Mana tahu ada tuah Rasullullah akan tolong kau drpd azab disana. 

Tutup aurat Yan. Jaga diri. Jangan biarkan satu tubuh pun dijilat api nanti. 😒😒😒😒😒😒😒
Allahu, sudahkah Kau terima taubat aku sebab membuka aurat ku dulu? 

Jaga hubungan dengan mak abah. 
InsyaAllah. Mak abah ada dalam doa kakak. Sentiasa, setiap hari lima kali. Tak lupa. ❤️

Qadha' solat yang lepas-lepas.
Ini selalu malas. Bila ada mood baru rajin sangat buat. Buang Yan. Esok nak mati.
Esok kau mati Yan. Siapa nak tanggung solat yang banyak tinggal lepas-lepas tu?

Sedekah.
Sambungkan amal dalam kubur Yan. Ini je dapat tolong menambah amal menambah bekal nak ditunjuk kepada Allah kelak.

Elakkan bermusuh dgn orang.
Alhamdulillah setakat ni dah settle tak ada bermusuh dgn sape-sape. Sesiapa yang bermusuh dgn Yan tu, entahlah. Mohon berhenti. Tolong saya πŸ™

Aku cuba! Aku cuba! Yan can do it! πŸ’ͺ
#prayforyan 

My fiancΓ©eπŸ’•


Hai, this is my fiancee. Ok ok this is the latest him. The 2016 Mohamad Hafizuddin.
Forgot to tell you, Alhamdulillah on 10th February 2016, we had officially engaged!

Update dan gambar pasal majlis akan diupdate kemudian guna laptop. Ni update guna phone, line tak boleh nak publish media banyak sangat.

OK!
Would love to tell you about my fianceè.


Dua bulan sebelum kami bertunang, seriously memang banyak sangat dugaan mendatang. Dugaan dia dugaan yang paling worst of the worst yang aku memang taktahu nak hadap macamana.

And after all.. I admitted, my fault.

All this 6ix years, I did many bad. Ok should put a 'S' behind those bad. Bads.

We got broke up a moment. Dan waktu tu pun aku rasa macam "I can move on!"
Gila. Enam tahun lelaki tu sentiasa ada dengan kau, sentiasa bagi ucapan selamat pagi tak pernah jemu walau gaduh terputus seberapa lama terpisah jauh mana pun.

Dan waktu tu aku rasa macam pelik. Janggal. Aku nak wishes good morninng tu. Ada yang wish.

Tapi aku nak Budin yang wish.

Dalam pd nak move on konon nya tu, kita pun macam yakin "Eleh i can get better". πŸ’

Tettt!!! Sorry. No one is better.

No one is better rupanya. 
There are no one, yang bila Yan menstrual pain coming, bila mood kelaut, boleh handle. Tak perlu ayat manis, panadol atau coklat. Just to saw a text of "Syg kan kuat" pun dah melakar senyuman. Mcmtu jelah. Natural.

There are no one; yang bila aku mengamuk macam perempuan gila, boleh handle dengan baik.
Dia tak pujuk mahupun balas balik mesej. Dia diam jelah. Tak layan. Tapi wish good morning good night semua tetap ada.
Cuma- kalau terlampau teruk tu, dia akan redakan lah. Tapi kadang2 tu sedih jugaklah aku merajuk tapi aku yang carik dia.
Dah tunang ni, aku nak cuba-cubalah buang ego ni. 

There are only Budin yg langsung tak control Yan. Dia tak pernah kongkong, dia bagi kebebasan, tapi belum pernah hilang sayang dekat dia, putus ke bergaduh tak pernah hilang kasih sayang ni.

Sebenarnya, semua ni bertahan sebab dia sendiri. Dia sabar. Dia sangat lah bersabar. 😒 Bila ingat balik, bila flashback balik, oh i wish i could be as patience as him.

Terlalu banyak salah kat dia. Taktahu nak tebus mana. InshaAllah dengan izin Allah akan saya tebus salah saya seumur hidup saya, taat, berbakti, jadi isteri yang solehah, setia dan membahagiakan awak satu hari nanti.

Dengan izin Allah..

Terima Kasih Allah. Susah nak sampai ke tahap ni. Terima kasih.

#toAllahwepray #inDoawetrust



2016 πŸ’•

Alhamdulillah bernafas lagi aku selama setahun and goodbye to 2015.

Bila scroll facebook, insta, twitter dan sebagainya, rasanya tak ramai tulis azam tahun baru. Kan? Sebab azam tahun tahun lepas bawak ke tahun depan ke tahun depannya lagi.

Begitulah juga dgn aku. 
Azam? Zero.

Sebab 1 azam 2015 pun tak tercapai malah bertambah lagi teruk pulak hidup laat year. Antara azam yg aku ingat tahun lepas ialah nak mencapai berat 45 kilogram kalau tak salah.

Hentikan lah Yan. Berat 45kg apa kalau setiap pagi melantak nasi lemak tiap tiap pagi nasi lemak dan teh panas buatan tealady dekat office. Takpelah bambam, asalkan sihat dan gembira! 
So celebrate newyear dkt mana Yan?
LRT gais πŸ˜‚
Patutnya nak gi KLCC dgn Syima tapi gila ramai mat bangla nepal indonesia dekat situ pack gilaaaa. Rasa mcm aku lah foreigner, depa lah penduduk tetap.

OK.
In 2016 tak harap banyak. Harap boleg setia dgn CIMB sampai habis kontrak dan boleh buat saving. Itu je.

Marriage ni rasanya mcm nanti-nanti lah fikir sbb rasa mcm banyak benda nak kena buat ni. Termasuklah hal-hal aset suami isteri.

Paling penting 2016 aku nak ubah perangai yang tak semena ni. Nak jadi tenang sikit taknak jadi kelam kabut.

InshaAllah. 
Happy newyear gais! πŸ’•
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon