My menstrual history!🙈

Hai everyone! 

Malam ni tiba-tiba teringat kisah pertama kali aku period (datang bulan / haid). 
Tahun 2004. Waktu tu umur aku 11 tahun. Awal kan? 😂
Dua tiga hari sebelum period tu aku demam, tak datang sekolah. Demam lain macam. Khamis, Jumaat absent.

Pagi Sabtu tu, macam biasa, bangun tidur, mandi. Lepas tu mcm ada darah. Aku buat dek je. 😂 Aku ingat luka ape ke ape. Pastu aku rilek je habis mandi pakai suar pendek duduk dekat sofa baring mak tegur "Kak kamu keluar darah ke"
Aku kecut perut hahahaha. Kecut sangat sangat. Mak terus buatkan cawat cepat-cepat. Aku takut waktu tu. Aku nak nangis muka pitam gila gila.

Haha esoknya nak naik motor pegi kedai pun aku tak ikut. Sebab kan nak naik motor, nanti aku risau darah aku bertambah banyak sbb terkangkang duduk atas motor. Hahaha. 

Bila kwn2 lain tahu aku dah period, diorang tanya aku, "Mandi wajib susah tak?" 😂
Mak ajar aku. Mak ajar air wajib kena satu badan, celah kuku jari kaki dan tangan. Itu jelah aku bagitahu kat depa. 

Sejak aku period tu, aku tahu dah period dosa tanggung sendiri, jadi aku pakai tudung je pegi mana-mana. 
Kecik-kecik tu aku dah ada kesedaran; dosa aku, aku yg tanggung sendiri lepas period.

Malangnya,
Masuk sekolah menengah dah apahal bukak tudung 😭

Sekarang dah ada kesedaran balik...

Alhamdulillah!🐣

Semoga Allah terus bagi hidayah dekat Yan. Amiiiin. 😊

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon