Macamana kalau esok mati? Malam ni? Atau kejap lagi? Tak perlu sakit nak mati ni. Buatnya mati dalam tidur? Atau mati tercekik ketika makan? Atau terjatuh waktu nak ke tempat kerja?
Dan kalau mati, apa yang ada dekat tangan nak tunjuk dekat Allah SWT? Takde apa. 😔
Sejak sebulan dua walau dah ingat aku akan mati sekejap lagi, aku masih malas. Malas lagi.
Solat Taubat seminggu sekali. Tentu-tentu Allah tak layan. 😔 Kadang-kadang pergi berjalan sanggup qadha' solat drpd cari inisiatif untuk solat di luar.
Maafkan saya sbb menulis macamni. Bukan nak tunjuk diri ni dah baik. Cuma nukilan ni untuk diri sendiri baca balik.
Peringatan semua orang.
Allah is giving me hints.
For me to improve myself, to be better.
Alhamdulillah thank you Allah.
Walau hati gundah gulana, tapi sepatutnya inilah kita rasa daripada bersuka ria sehari 24 jam tanpa seminit pun ingat Allah.
Nasib baik lah tunang aku jauh. Allah tolong lagi Yan, Allah tolong kau jauhi dosa berdating, dosa bersama lelaki yang belum lagi mahram. Belum halal.
Baiknya Allah. Terima kasih banyak tolong Yan.
Takde nak mintak apa, semoga aku mati dalam keadaan husnul khotimah, dalam keadaaan orang katakan baik-baik tentang aku walau pada mata orang aku jahat masyaAllah.
Banyakkan taubat, selawat Yan. Mana tahu ada tuah Rasullullah akan tolong kau drpd azab disana.
Tutup aurat Yan. Jaga diri. Jangan biarkan satu tubuh pun dijilat api nanti. 😢😢😢😢😢😢😢
Allahu, sudahkah Kau terima taubat aku sebab membuka aurat ku dulu?
Jaga hubungan dengan mak abah.
InsyaAllah. Mak abah ada dalam doa kakak. Sentiasa, setiap hari lima kali. Tak lupa. ❤️
Qadha' solat yang lepas-lepas.
Ini selalu malas. Bila ada mood baru rajin sangat buat. Buang Yan. Esok nak mati.
Esok kau mati Yan. Siapa nak tanggung solat yang banyak tinggal lepas-lepas tu?
Sedekah.
Sambungkan amal dalam kubur Yan. Ini je dapat tolong menambah amal menambah bekal nak ditunjuk kepada Allah kelak.
Elakkan bermusuh dgn orang.
Alhamdulillah setakat ni dah settle tak ada bermusuh dgn sape-sape. Sesiapa yang bermusuh dgn Yan tu, entahlah. Mohon berhenti. Tolong saya 🙏
Aku cuba! Aku cuba! Yan can do it! 💪
#prayforyan
0 comments:
Post a Comment