I am now working at iCIMB (M) Sdn. Bhd. iCIMB ni adalah anak syarikat drpd CIMB Group. Dia uruskan jugak hal-hal CIMB.
Ok! Sebenarnya Yan kerja sini bemula dengan kontrak selama setahun, ada rezeki ada bajet CIMB nanti dia absorb lah kita dekat permanenet. Tapi rasanya tak memandangkan CIMB tengah cut costs.
Setelah setahun lebih terumbang-ambing mencari kerja sebenar yang kena dgn diri. Alhamdulillah Allah kesian dekat Yan, dekat sini sangat lah OK! Environment sangat best! Mcm dekat sekolah! Rasa hari-hari nak kerja 😂
First is kawan.
Second is job scope.
Job scope adalah benda paling penting dan paling-paling lega sebab dah tak pegang akaun setelah berkali-kali kerja sebagai account assistant.
Sekarang ni buat reporting, submit daily reports dan lain-lain tu macam support department tentang cuti diaorang semua.
Oh lupa nak cerita! Yan skrg duduk dalam Eletronic Banking and Cash Operations dimana dalam ni adalah banyak complaints2 ATM & CDM yang rosak. So department ini uruskan complaints customer kalau duit keluar tak cukup ke, mesin tiba-tiba jammed ke, tiba-tiba kita terlambat ambik cash, dia akan sedut balik duit tu ; dipanggil Retracted.
Kalau mesin tiba-tiba hang ke ; Jammed
Kalau mesin down bahasa CIMB nya ; TimeOut. Ha itu dia complaints2 dalan department ni.
Third is rules.
There is no ; "No handphone during office hour"
"Do not eat"
"Do not chatting"
"Do your work until finish"
Takde. Bos akan cek siapa tak balik lagi after 6 pm, dia akan tanya sebab dia taknak staf balik lewat ☺️☺️ Apalagi berjoget lah Yan 5:45 sharp terus balik!! 💨
Kdg2 tengah kerja pun boleh makan chikedes, buat air susu, turun bawah beli kuih, turun beli kacang, keluar rehat awal sebab nak lunch dekat KL Sentral ke.. Ok lah. Rasa tak tertekan
And last is supervisor.
Supervisor Yan baik. Dia sgt sabar mengajar, sepatah-sepatah dia ajar. Rasa macam tak pernah secepat ini aku pikap ilmu. Lepas je dia ajar sehari tu, terus boleh buat report tanpa mengah-mengah atau menangis-nangis bawah meja.
Alhamdulillah. Nama supervisor Yan - Kak Faizah. Dia baik. Dia selalu bercerita pasal anak-anak dia. Dia lah yang jadikan Yan expert guna excel sedangkan sebelum ni zero memang tak tahu pape.
Masih ingat dekat company lama, kena marah sebab tak reti guna Excel dan orang yg marah tak tunjuk ajar. 😭
Bila kenal Kak Faizah, rasa nak berterima kasih sangat sebab sabar sampai dah boleh buat table sendiri 😭
Seronok.
Insha-Allah ada rezeki nak renew, tak ada rezeki, kenangan kat sini sentiasa terpahat dalam hati. EBD is the best 👍💪💕
Buat air susu! 😂
0 comments:
Post a Comment