so harini yan taip kat phone jelah wokeh sambil kekenyangan baru lepas makan pizza 5 hengget. thank you pizza hut!ππ
tengok tajuk dah kan? hehe.
mari mula membaca penulisan sayaππ»
π―
aku mula keluar dari rumah dr zaman sekolah lah hahahaha. aku memang suka buat hal sendiri, suka keluar sana sini. ok no no. aku mula keluar dari rumah start drpd umur aku 15 tahun. lepas pmr. biasanya lepas exam, memang aku akan merantau ke luar negeri. rumah sepupu aku kat kl ke rumah atok kat johor atau kerja.
tapi betul-betul start keluar dari rumah waktu aku berusia 18 tahun. masuk Politeknik Nilai. waktu tu blank pale otak aku. first time masuk asrama. tak pernah pakai tudung. jadi waktu tu aku cuma ada dua helai tudung, hitam dan putih (tu pun tudung waktu sukan sekolah menengah). aku tak ada storage, barang2 mcm budak2 lain. aku blur kejap. apa aku nak buat. itulah permulaan hidup aku betul-betul jauh drpd mak abah.
tiga tahun je dekat politeknik, aku tengok je gelagat kawan-kawan aku. mana yang baik, aku akan ikut. tak kisah lah, cara efektif lipat baju, gantung telekung ke, storage notes ke semua aku akan perhatikan. apa yang kawan-kawan guna utk basuh baju, softener, scrub, dan sebagainya aku perhatikan.
lepastu balik rumah mak waktu sem je, aku ubah terus gaya hidup rumah. apa yang tak pernah ada di rumah, aku ada kan. aku ubah ikut apa yg aku belajar di perantauan nogori.
habis je belajar (at the age of 21), aku menganggur lima bulan kot. aku pun tak tahu apa aku buat waktu tu. yang aku tahu waktu tu ulang alik aku pergi interview, dapatnya tidak π
alhamdulillah Sept 2014, aku keluar rumah balik. mulakan kerjaya pertama aku sebagai pekerja swasta dekat Kuala Lumpur sampai lah sekarang. rezeki memang dekat ibukota. mak nak lepaskan aku kerja tu memang berat. esok nak masuk kerja, malam tu mak whatsapp "kakak betulke nak kerja situ?" adoi memang rasa nak patah balik Perak kot. tapi abah bising nanti. (ye abah saye mengamuk tengok asyik ngade-ngade) π
duduk serumah dengan orang yg aku tak kenal langsung. ditambah dengan macam-macam peel yang menguji kesabaran kadang-kadang, ada juga yang dalam tak sedar bagi kita pengajaran.
memang macam-macam orang jumpa sampai aku dah lali, dah malas nak layan, dah tahu perangai orang melalui muka dia je. cewahhh nampak tak. tapi betul lah.
tapi mula je merantau gi kerja kat tempat orang ni, Alhamdulillah skill memasak Yan di skala 6 over 10 ok! paling seronok tiap kali bawak bekal, sedap tak sedap aku bagi orang rasa jamah sikit. bila orang rasa cakap sedap, ada minta resepi, Yan nak nanges. kahkah. dulu skill terhebat aku menggoreng je tahu!
kuih muih kek-kek, Alhamdulillah sekarang balik rumah mak je aku yang ajar mak. kalau ada orang datang rumah melawat abah ke apa, Alhamdulillah aku lah yang masak dan menatang dulang bagai gadis melayu terakhir terkepit-kepit jalan. kalau dulu zaman nakal, orang datang rumah aku nyorok dalam bilik sebab segan. π
duduk luar drpd mak abah pun buka mata aku macamni lah abah cari rezeki utk aku, utk adik dan utk mak. jadi aku try galas sikit tanggungjawab. aku cuba bayarkan zakat fitrah utk keluarga kecil aku. gaji aku tak besar tapi bila bayarkan untuk depa, serius rasa macam gaji aku naik RM2k. π bank in duit utk adik yang berjuang dekat uitm sinunn. dapat belanja makan mahal sikit dekat restoran yang depa tak pernah masuk. rasa seronok walaupun abah macam kekok haha. abah mintak belanja mamak je gais, mana boleh! ill give you anything you never taste before ok.
belikan baju raya depa bertiga. sedondon meriah dihari raya seronok tengok.
kadang-kadang tu tipulah kalau tak rindu dekat rumah. seriously memang rindu. kadang-kadang rasa nak try apply kerja sana supaya aku dapat rasa balik hidup dengan mak dan abah. tapi cimb dah terlalu selesa untuk aku.
boleh kata tiap minggu jugak aku balik Perak naik menyampah officemates tengok asal hari Jumaat je gi kerja bawak beg besor standby nak naik train lepas balik kerja π jd bila dah sampai ke rumah mak, rasa legaaaaaa peh dapat landing dekat katil kita sendiri. pastu nak balik semula kat KL dah macam tanah liat. kalau boleh meronta dah meronta.
semoga Allah beri kesihatan kepada abah, mak dan adik. kakak sayang semua.
0 comments:
Post a Comment