Wahai bakal suami ku


Aku tak secantik Zulaikha
Yang Allah kurniakan indah wajahnya separuh dunia
Cintaku tak sebesar cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf
Tetapi aku tahu jika engkau suamiku
Maka syurga itu dibawah telapak kakimu
Aku cuba menjadi isteri solehah yg memimpin suaminya ke syurga 


Wahai bakal suami ku 


Aku ingin jadi seperti Siti Sarah
Setia pada Nabi Ibrahim biarpun digilai sang raja
Setia nya Siti Sarah kpd Nabi Ibrahim sehingga Allah turunkan kuasaNya
Allah lumpuhkan tangan lelaki yg mahu menyentuhnya
Subhanallah 


Jangan biarkan aku menjadi seperti Wa'ilah
Yang mati dalam kesesatan
Kerana ingkar pada suaminya Nabi Luth 
Lalu ditelan bumi Allah 
Wahai bakal suami ku 


InsyaAllah aku cuba jadi seperti Siti Fatimah puteri Rasulullah
Yang indah budi pekertinya
Yang setia tidur sebantal bersama suaminya Saidina Ali
Yang tidur berbantalkan lengan Saidina Ali
Walaupun Saidina Ali miskin tidak berharta




Penulis, 
Azyan Karib

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon