Berita yang agak menggembirakan bagi aku. Aku suka dengan Aeril Zafril. Rupa dia seiras dengan Chong. Ehem.
Apa yang menggemparkan hari ini, Aeril Zafril dan Wawa Zainal dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 24 Ogos baru-baru ni.
Aeril Zafrel atau nama penuh nya Suhairil Sunari berasal dari Kluang, Johor dan dilahirkan pada 2 Disember 1987. Maksudnya umur dia 25 lah sekarang. Handsome kan? Sepadan dengan Wawa.
Mereka khabarnya dah bercinta tiga tahun tapi merahsiakan dari umum.
Tup tup, dengar-dengar dah mendaftarkan penikahan pada 4 Februari tahun ni kat Petaling Jaya.
Anak lelaki mereka dinamakan Ahmad Fakharuddin Attar sempena gabungan nama mereka berdua dalam filem 99 Kali Rindu. Dari sumber utama, baby tu dilahirkan di Kuala Lumpur dengan berat 3.12 kg. *stalker hebat aku ni
Setelah diperiksa maklumat kat JPN, katanya nama bapa dan nama ibu baby tersebut sama dengan nama Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nor Hawa Binti Zainal Abidin yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sabah dikatakan berada di Sabah untuk berubat. Berpantang di sana kot.
Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh mereka bernikah.
Tapi apa apa pun, diorang ni sepadan lah. Sama sama kacak comel cantik. Mesti baby handsome, ada lesung pipit macam Wawa. Saya sebagai penulis blog ini mendoakan kebahagiaan mereka. Semoga ikatan perkahwinan berterusan sehingga ke syurga Allah. Amiin.
*petikan artikel*
Melepas aku nak kat Aeril Zafrel. Untungnya Wawa dapat dia, untungnya Aeril Zafrel dapat Wawa, dahlah comel loteh molek gitu.
Kepada masyarakat yang bagi pandangan negatif tu, berhentilah. Pernikahan tu satu perkara yang baik. Kenapa nak dipertikaikan? Daripada buat dosa bercinta, baik kahwin. Betul tak?
Sama sama kita doakan mereka dan baby mereka. Tak sabar nak tengok muka baby diorang keluar kat paper.
0 comments:
Post a Comment