Harini kepala aku pening gilaa punya pening. Isnin last paper dan aku tak dapat suap apa apa nota pun kat dalam otak ni.
Alkisahnya lecturer English aku mintak RM110 utk MUET, as soon as possible sebelum minggu depan. Lol. Benda ni membuatkan aku tak ade hati nak amek MUET. Bukan aku taknak bayar, tapi skrg ni betul2 hujung sem. Lagi tiga hari je nak balik rumah. Ya Allah, takkan nak mintak mak abah duit lagi??
Haritu baru mintak duit nak beli tiket balik Perak. Alahai. Semester ni hebat lah aku kikis duit mak abah. Hampir tiap2 minggu mintak duit.
Berbalik kpd kisah MUET tadi, aku rasa tertekan sangat sangat dan sangat. Time mcmni aku sedih ingat Budin. Ya Allah, langsung aku tak hargai dia waktu dia ada dulu. Langsung aku tak hargai bila dia bank in duit kat aku utk study dulu.
Dan petang td, mak call. Mak kata, "kakak, amek lah kak. Penting tu"
Aku pun erm erm *speechless
Dan kata mak, mak akan berunding dgn abah tentang hal ni.
Kita tengok jelah aku amek MUET ke tidak nanti..................
0 comments:
Post a Comment