OK dapat asrama.

Saya Azian Binti Karib berjaya dapat asrama untuk semester 6 bulan 12. Alhamdulillah. :)

Dengar khabarnya, ramai yang ditendang keluar asrama. Ya Allah, macamana lah diorang carik rumah sewa. Walaupun aku beria nak duduk rumah sewa, tapi aku cuma memikirkan minyak kenderaan, terus apply jelah asrama. Hehe

Teringat pulak momen aku duduk rumah sewa waktu praktikal dulu. ^^

MUET RM110 A.S.A.P ????

Harini kepala aku pening gilaa punya pening. Isnin last paper dan aku tak dapat suap apa apa nota pun kat dalam otak ni.

Alkisahnya lecturer English aku mintak RM110 utk MUET, as soon as possible sebelum minggu depan. Lol. Benda ni membuatkan aku tak ade hati nak amek MUET. Bukan aku taknak bayar, tapi skrg ni betul2 hujung sem. Lagi tiga hari je nak balik rumah. Ya Allah, takkan nak mintak mak abah duit lagi??

Haritu baru mintak duit nak beli tiket balik Perak. Alahai. Semester ni hebat lah aku kikis duit mak abah. Hampir tiap2 minggu mintak duit.

Berbalik kpd kisah MUET tadi, aku rasa tertekan sangat sangat dan sangat. Time mcmni aku sedih ingat Budin. Ya Allah, langsung aku tak hargai dia waktu dia ada dulu. Langsung aku tak hargai bila dia bank in duit kat aku utk study dulu.

Dan petang td, mak call. Mak kata, "kakak, amek lah kak. Penting tu"
Aku pun erm erm *speechless
Dan kata mak, mak akan berunding dgn abah tentang hal ni.

Kita tengok jelah aku amek MUET ke tidak nanti..................

Saya pengguna BBM. Haha

Assalamualaikum wahai petang Jumaat yg indah.

Saya pengguna Xperia M yg berandroid berjaya menginstall dan menggunakan application BlackBerry Messenger. Hehe.
Walaupun kena tunggu sehari utk dapatkan confirmation email, tapi berbaloi.

Lepasni BlackBerry dah tak boleh carik makan dah. Android pun pakai BBM. Kihkih.

Baru beberapa jam, dah ada 7 contacts. Mungkin sbb musim BBM Android agaknya. Lepasni berBBM jelaaaaaaa.

Hihi. Byeeee readers !

Cinta Jannah :)


Kesimpulannya, aku menangis. Paling teruk aku menangis Episod 20. Adalah berminit-minit aku menangis. Haha. Tapi apa apa pun, pada aku, drama ni memang power. Dengan adanya pelakon favourite aku, Aeril Zafrel bertambah-tambahlah mood aku nak menonton. Aeril Zafrel memang sengaja sweet sweet dalam lakonan ni.

Nelydia Senrose pulak aku tengok natural lakonan dia. Tak nampak plastik sangat. Boleh aku agak Aeril dengan Nely ni soulmate kot sebab boleh bawak watak tu. Main kejar-kejar betul-betul kejar. Haha.


Berikut adalah scene-scene favourite yg aku edit sendiri :-


"Setiap kuntum bunga ni saya petik dengan rasa cinta..."


"Syukur, Tuhan dah dengar doa abang..."


"Cuba awak tunduk.."


"Jannah tahu abang suami Jannah dan Jannah isteri abang.."


"Saya nak tidurlah. Apa awak ni.."


"Kenapa awak yg hantar air.."


"Awak jangan tingalkan saya.."




Alalaalaaa.... Sweet nya. Haha

Walaubagaimanapun, dia punya ending macam tak berapa menjawab persoalan penonton. Kenapa Jannah tak bawak Izaryl jumpa mak ayah dia di kampung? Yelah, 9 tahun takkan nak ayah dia anggap dia mengandung luar nikah?
Dan, kenapa lepas 9 tahun baru jumpa? Lamanyaaaa.

Tapi nak buat macamana. Cerita kan.
Tapi aku suka sebab akhirnya diorang berjumpa balik. Ingatkan ending dia tak berjumpa dah.

Hehe, maaflah. Saya baru khatam drama ni. Hikhik.








Nak nama anak sama macam anak Aeril Zafrel?




Finally, baby Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Ahmad Fakharuddin Attar
Nama melambangkan Islam kan kan

Nanti kalau aku ada anak, aku nak bagi nama anak aku sama dengan nama anak Aeril Zafrel. Ahmad Fakharuddin Attar. Semoga jadi lelaki yang soleh macam Ahmad Fakharuddin Attar dalam cerita 99 Kali Rindu, walaupun belum lahir.

InsyaAllah panjang umurku, dapatlah aku namakan anakku dengan nama ini. Kebanggaan Agama Allah. Mudah-mudahan :)

Assalamualaikum baby comel ^^

Birthday dan Hello Kitty ♥


Lagi 25 hari something birthday. Macam tak special kali ni. Tahun lepas ada orang belanja Pizza Hut, bawak jalan jalan pergi Melaka, tengok wayang. Tahun ni rasanya tak ada. 

Dah nak tua dah aku ni. Dah 20 tahun. Makin tua makin mengada kebudak-budakan lah perangai. 

Nak Hello Kitty boleh tak? 



Ini kek. Adorable kan? ^^


Aummmm omeyyyy ♥


Its so FLUFFFY


Alaaa jadi bunga ye Kittytytytytyy

Semoga birthday akan datang dapat merubah diri jadi lebih baik, solehah. Amiin Amiin.

Cara hilangkan angin dalam badan.

Angin dalam badan? Biasanya orang tua je kan yang dapat penyakit ni kan?

Jangan kata yang tua. Yang muda pun kena. Yang menulis ni pun terkena. 
Angin dalam badan ni kalau dah berleluasa, macam-macam sakit dia. Kadang-kadang sampai tahap muntah-muntah. Cuma aku punya tahap angin sangat serius. Sendawa hampir setiap 5 minit sekali. Bukan  sendawa kekenyangan, tapi sebab angin je semua. Selalu muntah-muntah, sakit kepala kadang-kadang rasa nak pitam pengsan pun ada.
Ada satu tahap, rasa tak ada selera nak makan.

OK, mengikut research, punca utama angin ni adalah sebab pemakanan, penghadaman yang melibatkan usus dalam perut samada usus besar atau usus kecil. Nampak macam serius kan?
Selain tu, ia juga disebabkan oleh kita sedut udara yang tak sihat dan bakteria yang berjangkit dalam perut.


Jom kita checklist tanda tanda kita ada angin dalam badan :-

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.



Ni perkongsian cara buang angin :-

Petua buang angin badan pertama :  Berpantang makan.
Jaga makan. Elakkan makan makanan yang berangin seperti soya, susu, aiskrim, keju, kacang panjang, kobis, lobak putih, lobak merah, bawang, prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear, kesemua makanan yang bergandum spt roti, bijiran dan pastri, makanan berlemak, dan air bergas.


Petua buang angin badan kedua : Makan makanan yang ada fiber.
Makan makanan yang ada fiber spt sayur hijau, buah yang mampu membersihkan usus secara semulajadi.

Petua buang angin badan ketiga : Lakukan senaman panaskan badan.
Tanpa senaman panaskan badan, otot anda akan alami kejutan dan memaksa urat yang salah untuk bekerja. Akibatnya urat akan tersimpul dan seterusnya menyebabkan darah sukar mengalir. Akhirnya anda akan hadapi masalah angin badan. Contohnya, strecthing kan badan.

Petua buang angin badan keempat : Percaya pada Allah.
Percayalah pada Allah. Berdoa pada Dia. Hanya Dia yang mampu mengubat dan memakbulkan doa hambaNya.

Semoga berjaya. Kepada diri sendiri juga. Hehewwww.


Dah come comel jangan sendawa berangin jee. ^^ Kihkih



Alahai, rindunya Taman Cempaka


Rindu kat Taman Cempaka, Ipoh. Best duduk situ. Walaupun cuma enam bulan kat sana sambil praktikal, tapi banyak sangat memori pahit manis.
Sekarang, kalau pergi TC, mesti aku rasa macam rindu sampai nak menangis. Rasa nak menangis tu bermula dari simpang nak masuk ke TC kat KFC Medan Gopeng tu sampai lah ke area bandar Ipoh.






Tira jadik model sekejap. Ala rindunya kat rumah ni. Walaupun keliling jiran semua budak PUO, tapi itulah yang best. Ramai kawan. Ramailah sangat. Haha

Tu dekat pagar tempat aku dengan Chong lepak dulu dulu kala. Chong memang kawan yang baik tetapi akhirnya menjadi tak berapa baik. Chong ni sama birthday nya dengan aku. Tu lah, dekat pagar tu lah. Rumah sewa dia selang sebuah rumah sewa aku ni.


Alaa eei rindunya kat katil ni. Tepi tingkap. Malam malam jenguk tingkap. Hahahaiiii lahai
Badan kat Nilai, tapi hati dah singgah dekat Taman Cempaka. Alahai


^^


Aeril Zafril dan Wawa Zainal dah ada baby. :)



Berita yang agak menggembirakan bagi aku. Aku suka dengan Aeril Zafril. Rupa dia seiras dengan Chong. Ehem. 
Apa yang menggemparkan hari ini, Aeril Zafril dan Wawa Zainal dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 24 Ogos baru-baru ni.


Aeril Zafrel atau nama penuh nya Suhairil Sunari berasal dari Kluang, Johor dan dilahirkan pada 2 Disember 1987. Maksudnya umur dia 25 lah sekarang. Handsome kan? Sepadan dengan Wawa.
Mereka khabarnya dah bercinta tiga tahun tapi merahsiakan dari umum.

Tup tup, dengar-dengar dah mendaftarkan penikahan pada 4 Februari tahun ni kat Petaling Jaya.


Anak lelaki mereka dinamakan Ahmad Fakharuddin Attar sempena gabungan nama mereka berdua dalam filem 99 Kali Rindu. Dari sumber utama, baby tu dilahirkan di Kuala Lumpur dengan berat 3.12 kg. *stalker hebat aku ni

Setelah diperiksa maklumat kat JPN, katanya nama bapa dan nama ibu baby tersebut sama dengan nama Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. 

Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nor Hawa Binti Zainal Abidin yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sabah dikatakan berada di Sabah untuk berubat. Berpantang di sana kot. 

Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh mereka bernikah.


Tapi apa apa pun, diorang ni sepadan lah. Sama sama kacak comel cantik. Mesti baby handsome, ada lesung pipit macam Wawa. Saya sebagai penulis blog ini mendoakan kebahagiaan mereka. Semoga ikatan perkahwinan berterusan sehingga ke syurga Allah. Amiin.

*petikan artikel*

Melepas aku nak kat Aeril Zafrel. Untungnya Wawa dapat dia, untungnya Aeril Zafrel dapat Wawa, dahlah comel loteh molek gitu.

Kepada masyarakat yang bagi pandangan negatif tu, berhentilah. Pernikahan tu satu perkara yang baik. Kenapa nak dipertikaikan? Daripada buat dosa bercinta, baik kahwin. Betul tak?

Sama sama kita doakan mereka dan baby mereka. Tak sabar nak tengok muka baby diorang keluar kat paper.

Bulan April 2014 ke Disember 2014


Kalau April, awal sangat.

Kalau Disember, baru habis PLKN, muka tengah legam. Mana comel pakai dress.

Giliran Ezaty pulak buat blog. ^^


Sekali lagi, aku jadi sifu dalam bidang pem'blogger'a. Kali ni, giliran Ezaty Jasni buat blog.






















Yang perasan dirinya
"Heliza Helmi"

Seorang kawan yang berasal dr Pasir Gudang. Dia dari hari tu suruh buatkan blog. Alhamdulillah pagi tadi dalam kelas tak menyempat aku buatkan. Haha, dia nak pink je semua. OK anda boleh follow Ezaty Jasni di blogspot nya :


Link di atas ;)



Tengok, dia dah update dah blog dia baru berapa jam.
Semoga blog ini dibuat untuk tujuan kebaikan tau Zaty tau. Hehe

Pagi isnin yang indah

Selamat Pagi. Harini 7 Okt 2013.
Pagi ni agak berseri-seri walaupun tidur jam 2 pagi. Tak tahu lah bertahan ke tidak mata aku ni. Mungkin kejap lagi tidur atas meja ni.
Kelas pagi bermula dengan presentation subjek Usul Fiqh. Dan... Group aku baru kelam kabut siapkan slide. Hoho



Selamat Malam ke Selamat Pagi?


Kalau duduk kat poli, memang dah tak kenal pagi dan malam. 
Ha, macam sekarang ni Jam nak pukul 2 pagi. Tapi asrama masih riuh.
Bila nak wish guna perkataan "Selamat Malam"

Hahaa, OK pembaca pembaca kesayangan hamba, penulis nak tidur. Esok Isnin, kelas pagi, banyak test.



Selamat tidur kawan-kawan. Semoga ada lagi hari untuk kita esok. :)

ASSALAMUALAIKUM

Budak sekolah sekarang kaya kaya kan?


Mata aku mata stalker. So, aku tengok laman Facebook sekarang kebanyakannya budak sekolah je yang update status.
Sambil melilau, aku selalu tengok budak-budak sekolah mampu pulak pakai baju mahal-mahal. PDI lah. Aku umur 20 tahun baru dapat pakai baju PDI ni. Tu pun orang yang belanja.

Kadang-kadang nampak budak-budak sekolah. Amboi, makan kat Mc'Donalds. Dulu zaman aku sekolah, McD pun aku tak tahu menatang ape. Makanan ke? Game ke? Kalau dululah zaman aku, KFC lah makanan paling loaded. Hampir hari-hari lepas balik sekolah aku dan kawan-kawan pergi KFC Batu Gajah tu.

Berdating dekat shopping mall, siap belanja belanja.
Haha, ini zaman aku dulu pun dating kat mall jugak. Cuma beza dia, dating kat mall, bawak duet Soploh Ringgit je.

Pakai motor besar-besar. Wahh, aku suka tengok. Dulu waktu aku form five. Nak mintak lesen motor tak dapat-dapat. Kata abah, "Motor tak penting". 

Dah pergi photoshoot.
Dulu kan zaman akak akak dulu, siapa photoshoot tu kira WOW WOW
Haha

Lagi satu yang aku jealous dengan manusia zaman kini, dah ada kamera DLSR sendiri. Beribu ringgit tu. Aku dari awal masuk poli nak beli guna duet PtPtn, tapi tak terbeli-beli.


Bestnya jadi budak zaman sekarang. ^^





Nak buat duit dgn blog kisahnya.


Ini memang memeranjatkan. Aku baru sahaja selamat mendaftar di Nuffnang Malaysia. Dan kalau korang perasan, ada icon 'Nuffnang Ads' kat atas blog ni. Hehe.


Nampak nama situ? Haha. Dah daftar ni.


Belum menjana apa-apa pendapatan lagi.

Yang taktahu Nuffnang tu menatang ape, Nuffnang tempat iklan yang menyinggah di blog blogger-blogger yang mendaftar.
Untuk pengetahuan pemabaca sekalian, iklan sahaja pun boleh menjana wang asalkan rajin update blog

Biasanya, kalau nak menjana betul-betul, kena update dalam 20 kali sehari.
Kalau nampak aku selalu update tu, jangan lah rimas tau. Baru nak berjinak menjana pendapatan dalam blog.

See? Blog boleh dijadikan medium untuk berdakwah, berkongsi cerita, berkongsi kegembiraan dan medium untuk menjana pendapatan.
Diharapkan usaha aku coding-coding ads tadi membuahkan hasil. Hehe

InsyaAllah, mana tahu dapat jadi macam Ben Ashaari ke, Irene Nadia ke.
Diorang pun mula dari bawah jugak

Selamat berjaya untuk diri sendiri.



Dinner 'Diploma in Islamic Banking and Finance'


Alhamdulillah, kelas kami DIB5 berjaya melangsungkan dinner untuk pelajar jurusan Perbankan Islam Politeknik Nilai. Secara seriusnya, memang banyak cabaran yang kami sekelas terpaksa hadap dalam menjayakan program ni.
************************************
Lagi-lagi tentang tempat event ni. Student expect kami buat dekat hotel dengan bayaran RM30 yang Sir Afifi tetapkan. Malangnya, kalau difikir logik akal manusia zaman millenium sekarang, rasanya ada ke hotel yang bajet makannya RM30 dan kebawah?
Walaubagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada pihak yang menyokong, dan lecturere-lecturer yang membantu.
**********************
Tema makan malam ini ialah turqoise, pink, purple dan hitam.
Majlis ini dinamakan Majlis Titian Kasih Bersemi Semula dan dirasmikan oleh tuan pengarah Politeknik Nilai, Encik Tajuddin Bin Abd Rashid
**********************
Majlis makan malam ni dihadiri oleh lebih dari 200 orang pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam dari semester dua hingga semester enam kecuali semester empat. Sebab diorang tengah Praktikal kan. Hehe

Majlis ini diadakan pada 27 September 2013 di Kafe Sri Lawang
*********************
*********
****
*
Dalam majlis ni, aku bergerak sebagai pereka grafik dan design. Alahai tak berapa design sangat lah. Aku cuma buat kad jemputan dan bubble talks. Itupun besar cabaran aku nak siapkan kad jemputan. Sampai kena marah dengan Sir sebab salah format buat kad. Nasib aku cool. Cehh. Haha

Ketua program ini ialah Kak Long kelas kami dari Batu Pahat dan dibantu oleh penolongnya Azrin Rozali dari Teluk Intan, Perak.

Jom kita tengok gambar-gambar yang diattach dibawah


Atikah Najwa, runner dan penjaga meja pendaftaran malam tu. Dia jaga meja pendaftaran kelas semester tiga malam tu. Nampak muka stress dia situ? 


Tangkap gambar kat pintu gerbang kononnya. Sekali karpet merah kat bawah.


Dari kiri Ira, Kira, Mas dan Fiqa
Mereka ini classmates.


Adik-adik nasyid. Azmir dan Amin (imam Politeknik Nilai)


Adik-adik ni malu nak bergambar kat pintu gerbang agaknya


Penyambut tetamu konon nya


Ini semester tiga. bawa tema Arabic. Cantik sangat. ^^


Ehem ehem, saya cik penulis yang comel memegang misai omeyy. Haha


Semester Tiga (B). Terima kasih hadir. 


Abang YDP JPP poli senget kepala.


Lagi arabic. :)


Nasyid 'Sumayyah'. Sedih, menangis-nangis tengok persembahan ni.


Syafinaz dengan Adik Syafiq. Pengacara majlis malam tu.
Happy Birthday untuk Syafiq malam tu.


Meja pensyarah. Khusyuk benar tengok persembahan.


Kakak-kakak semester enam


Izzati bersama kembar. *classmates


Hoiii, tapau bawak balik bilik ke? 


Puan Suraya, lecturer Accounting kami bersama anaknya. Puan Su banyak bantu kami sepanjang majlis ni.


Korang mentang-mentang penganjur kan, siap tapau air sirap dalam botol besar pulak tu. Haha


Pemenang Queen dan King


Tu tu kakak ketua program dengan abang Iman *abang lah sangat


Ehem ehemmm. Ini classmates kami. Mereka ni alhamdulillah berkekalan dari awal masuk ke poli sampai lah nak habis study. Haha
Izati, Zharif, semoga berkekalan. Biar diam tapi menjadi. Heheww^^


We're bestfriend. Sem tiga.


Berebut nak bergambar dengan imam politeknik. Tengok Mira kepit macamana. Haha


Kelas DIB3A. Bagus adik-adik ni. Pemenang persembahan terbaik malam tu. Dapatlah hamper haa. Bagus anak-anak buah Najwa.


Sharifah Safiyyah dan Daisy. Red carpet dah digulung waktu tu. Haha sempat kan


Classmates aku. Haha.


Omeyyy moustache. Buat sendiri ni. Haha


guest book.


Mencuba niqab. Not bad. (y)


Aku pun cuba jugak. Nampak cantik dia situ. Hehe

***************
Sekian sahaja tulisan hamba hari ni. Maaf andai kata majlis ni terkurang atau terlebih. Kami first time buat event ni.




AJK Designer,
Azyan

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon