Rasa macam nak praktikal lagi.


Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa rindu saat praktikal dulu. Tiba-tiba je kan. 
First day kerja je aku dah datang lewat sebab tak ada taxi kat area rumah sewa aku. fortunately, aku praktikal sama dengan Cik Athirah, forever buddy. so ada lah geng datang lewat. Hewhew


okayy ini Cik Athirah. Jangan tanya aku yang mana ehh.

Okayy, rutin harian aku waktu praktikal ni berulang-ulang-ulang dan ulang sama je. Bangun tidur, solat Subuh, pergi kerja, rehat, balik kerja, tidur, dan begitulah seterusnya.

Dekat office, kitorang terpaksa berpisah. Kakak-kakak kat pejabat Amanah Saham Nasional Berhad Ipoh mungkin jealous tengok forever buddy macam kitorang ni yang dari sekolah rendah bersama. Haha.
So, aku diarahkan mengendalikan tugas di Unit Akaun dan Pentadbiran. Cik Athirah pulak ditugaskan dalam Unit Potongan Gaji.


Okay jejaka berbaju Purple atas ni adalah salah seorang praktical student kat office. Ada lagi sorang, tapi malangnya aku tak ada gambar dia. Yang kat gambar ni Khairul Asyraf namanya. Lagi sorang praktikal, Redzuan. Mereka amatlah kelakar dan berperangai budak-budak walaupun umur dah sesuai untuk jadi bapak orang. Mereka adalah penuntut dalam kelulusan Ijazah (bachelor).



Aku juga disuruh membuka buku ASB. Sebab nya elaun bulanan aku akan masuk ke dalam buku. RM 500 memang masyukkk. Tapi disebabkan aku duduk rumah sewa, so aku tak boleh menyimpan sangat. 


Ini rumah sewa aku. Jangan tengok rumah yang ada Kancil tu. Tengok rumah yang ade Saga Hitam tu. Aku dengan Cik Athirah berdua je kat dalam rumah ni.


Inilah pejabat ku sayang. Hahha. Aku duduk kat floor bawah, Cik Athirah duduk kat tingkat atas. 


Aku memang kadang-kadang action lebih. Ini adalah meja Kerani Akaun pejabat, Kak Hasni. Aku memang tak nampak macam pekerja pejabat sebab struktur tubuh aku macam pelajar sekolah menengah yang ikut mak dia pergi kerja kat office.

Okay, aku ada pengalaman sewaktu aku tengah bungkus Lembaran Tunai dengan Kak Ina (staf pejabat), ada seorang customer datang office. Dia tanya Kak Ina, "Anak ke?" Sambil pandang kat aku. Kak Ina pun menafikan sekeras-kerasnya. And customer tu cakap pada aku, "Nampak macam budak umur lima belas tahun." See? Betapa awet muda nya aku. HAHA.

Aku memang kuat main kat office. Aku akan habiskan barang-barang kat office. Haha, contohnya aku buat aktiviti seni kat office. And bos kata, dia nak letak kat meeting room. Kenangan kot. Hihii.


And, waktu meeting lah aku rasa aku paling terperanjat. Whoa, sempoinya meeting pejabat ni. Tak formal. Gelak-gelak bergurau makan-makan. Aku pun masih dengan aktiviti seni aku kat belakang. Melukis dengan penuh bakat. HAHA.


(3 Mei) Last day practical aku dapat banyak hadiah. Rasa macam birthday girl pulak. Sedih jugak waktu tu. Tapi apa-apa pun, perjuangan harus diteruskan.
Esoknya juga, aku berangkat ke Kuala Lumpur sebelum aku melapor diri di Politeknik Nilai untuk presentation dan penghantaran final report.

Korang tau? Report aku berharga RM45 dan disiapkan dalam masa seminggu.

Sesi mengemas barang. Ni lah malam terakhir aku kat Taman Cempaka. Sob sob rindu.

Esoknya 4 May, aku berangkat pulang dengan seorang kawan.


Sampai tersesat-sesat kat highway. Alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi berkat pemanduan berhemah kawan aku ni, Mohd Rusydi. Alhamdulillah juga, dia pun selamat pulang ke kediamannya di Cheras. Terima kasih, kawan.


Alhamdulillah, walaupun aku banyak main dan buat report last minit, aku masih layak dapat result CEMERLANG. 

Haha. Ok done.
Assalamualaikum.







4 comments:

  1. xbagi tau pon stay taman cempaka..dah dekat ngn rumah aku tuu

    ReplyDelete
  2. salam sedara, mcm mana dpt praktikal kt ASNB? tringin nk apply jgk. huhu

    ReplyDelete
  3. Assalam hai akak😅 akak rasa kalau diploma pemasaran praktikal kat asnb dia di bahagian mana ek?? 🤔

    ReplyDelete

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon