Nak sekolah lagi boleh tak?


Dulu pergi sekolah malas sangat. Ha, ni dah terbayang-bayang nak sekolah balik.
Aku nak mengimbau sedikit dua sikit kenangan kat SMK Pusing.


Haha ^^ aku saja je upload muka comel waktu aku tingkatan lima dulu. Comel kan? Haha. Actually dulu kat sekolah aku pengawas. Tapi sekolah tu macam tak strictkan sangat pakai uniforn pengawas. Ha aku adalah pengawas sekolah. Haha pengawas sekolah yang tak berapa menjalankan tanggungjawab.


Ha ini lah contoh terbaik. Dua-dua pengawas sedang mengambil gambar di tandas sekolah. Bukankah handphone itu dilarang kat sekolah? Haha gambar ni ialah gambar aku bersama Sam (https://www.facebook.com/alice.sam). Sam ni sekelas dengan aku. Kitorang memang sebulu dalam kelas. Dia actually Chinese tapi apa yang aku suka pada dia ialah dia boleh mingle around budak-budak melayu. And cara dia cakap pun macam Melayu taww.


Okay ni classmates. Aku duduk barisan hadapan dua dari kanan. Haha, amboi dah macam nak karang majalah sekolah. Jangan tanya kenapa kelas aku ni ramai Cina. Anggap jelah aku sekolah SMJK (C). Haha. Ini kelas 5 WAWASAN aliran akaun. Guru kelas kami ialah Sir Ramaraj, mengajar English. 


Okay PPIM. Haha. Aku ni salah seorang dari berpuluh ahli puteri islam di atas. Nampak tak gaya puteri ada ni? Haha. Pencapaian aku dalam Persatuan Puteri Islam ni boleh kata hebat jugak lah.





Gambar-gambar ni adalah gambar waktu aku mewakili sekolah dalam Pertandingan Membuat Kolaj peringkat Daerah Kinta Selatan. Dapat second place taww.  Team aku waktu tu ialah Amira Husna *yang pakai kot atas ni* atau aku panggil dia 'Merah' (https://www.facebook.com/amirahusna.amirahusna).


Ha yang terkinja-kinja tu aku lah tu. Happy sangat. Ehh dulu aku kuruskan? Gambar ini diambil waktu sambutan Hari Kemerdekaaan kat sekolah. Macam hantar rombongan orang kahwin je dah. Haha. 


Gambar atas ni pulak adalah waktu kami pergi dinner pengawas di Hotel Excelsior. Haha. Nampak tak berlagaknya muka makan benda mahal-mahal. Haha. Kira ni macam jamuan perpisahan lah konon-konon.


Yang kanan tu Ain. (https://www.facebook.com/aen.johary3). Yang kiri tu Mia (https://www.facebook.com/noramira.nasmira). Diorang ni boleh kata rapat dengan aku lah sampai sekarang kira adalah jumpa-jumpa contact-contact gosip-gosip. Haha bukan apa, gosip dengan diorang ni best. Meletopp kata kau. Haha. Gambar ni diambil waktu hari last persekolahan. Haha aku tahu aku comel. 
Cuma aku tak faham kenapa Mia pakai tudung Pink? Apa motif dia waktu ni? Haha. Tolong jelaskan Mia.


Okay ini gambar ditangkap di tandas sekolah. Haha, gambar ni macam rare lah. Semua muka comel-comel. Ni ahli Puteri Islam kat tandas bergambar ni. Apa nakalnya kita ni? Haha.



Haaa belajar memasak jomm? Haha. Mia tak pandang kamera. Yang tengah pegang senduk tu Lia (https://www.facebook.com/salia.sahaja) si comel pendek. Hehe. Waktu ni kami tengah menyertai pertandingan memasak. Aku pun lupa aku kalah ke menang waktu ni. Haha. Tapi yang pasti memang best. Ha ini adalah anjuran PPIM.


Gambar ni waktu aku form four. Waktu lawatan ke UniTar. Ini semua classmates aku. Aku berdiri dengan Tira (https://twitter.com/atyrafnd). Aku dengan Tira lah yang boleh katakan dari kecik membesar dan berkawan bersama. Haha, ehh nak tengok muka aku dengan Tira waktu form four tak?


Haha comel kann? Siap ada rama-rama. Waktu ni hari raya tak silap aku. Dalam kereta siapa eh? Lupa lupa. 


Kenapa aku kena berlakon cerita ni? Haha. Ain paksa aku berlakon tangkap gambar macam ni. Okay, kiranya aku ni Daim, Mia pulak Apek, Ain pulak Botak, Sam jadik Lan Todak. Haha #Juvana kononnya. 

Gambar ni rare. Nampak tak baju aku dengan Ain diconteng? Haha. Aku lupa siapa yang tangkap gambar ni. Kitorang bergambar kat tiang bendera kat tapak perhimpunan. Aku ingat lagi Sam cakap waktu ni "Aku akan rindu sekolah ni". Haha. Sob sob :(

'

Okay, gambar waktu sukan. Haha. Budak-budak, macamni lah. Ceria sangat. Macam tak ada masalah. Masalah ada, biasanya masalah cinta lah time-time macamni. Haha.


Haha ni pun waktu sukan. Bersama Fatiha (https://www.facebook.com/mIshtIeyArEzz) dan Sera (https://www.facebook.com/norshahira.zainal). Hehe rindu diorang. Ha Sera orang PBSM, kenapa dia termasuk dalam gambar kita ni? Atau sebenarnya aku yang menyelit? Haha.


Dan inilah dewan SPM. Kitorang yang kena susun atur meja-meja sebelum SPM. Haha. Tak macam muka risau nak SPM kan? Hehe.

Sebenarnya sekolah ni best, lagi-lagi aku tengok sekolah dah bercat oren kauu ditambah dengan Wifi. Wahhh, kalau zaman aku dulu ada Wifi, memang aku Instagram jelah dalam kelas.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan persekolahan. Result SPM pun okayy dan dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik subjek Bahasa Melayu SPM dan tersenarai dalam majalah sekolah. Haha. Sekarang adik aku pulak kat sekolah tu, ada jugak cikgu aku yang panggil adik aku 'Azyan'. Haha. Nampak tak nama aku masih dalam ingatan cikgu-cikgu. Seperti pepatah "harimau mati meninggalkan belang, aku pergi meninggalkan nama". Haha.

Assalamualaikum.
       yann


"FROM ZERO TO HERO"

















0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon