Hey! Saya dah senior.




Hai Hai. Tengok muka semester lima, dalam kelas Sir Afifi (Islamic Trade Finance)
Haha nampak matang kan? 
***
**
Ok, susulan kisah hari ini ialah permulaan semester lima. Bermula dengan hari pendaftaran (19 June). Aku bertolak dari rumah jam 3:58 pagi dan selamat tiba di Nilai jam 7:20 pagi berkat pemanduan berhemah aku. Haha
Asal ceritanya, abah nak tukar tukar drive, tapi tengok tengok aku yang drive sepenuhnya. Patah jugaklah kaki ni main clutch, brek, minyak je. Bila lah nak dapat kereta auto ni.
***
**
Okayy, sesampainya aku di Nilai, aku singgah di rumah sepupu aku di Kuarters KLIA rehat-rehat makan-makan. Pukul 10 pagi aku mula daftar di Politeknik Nilai.



Ini lah bilik aku untuk semester ni. Ha, katil yang warna pink tu lah katil aku. Lokasi bilik ni memang strategik. Banyak tingkap,menghadap masjid, dekat dengan toilet. Haha 
nampak tak ade bakul bawah katil tu? Itu stok makanan aku. Agak dah boleh bukak kedai runcit dah.
***

Kelas pertama bermula je, kitorang dah diarahkan supaya melaksanakan projek untuk course Credit Management dan Islamic Investment. Alahai sir, kenapa tak relaks dulu warming up dulu?
***

Bukan itu sahaja, hari keempat kelas, kami dah ditugaskan untuk present dua course. Memang permulaan yang baik lah. Macam ade cahaya cahaya nak dapat Anugerah Ketua Jabatan.



Ragam ragam kelas pertama. Haha 
Sorry, tak matang lagi walaupun dah 6 bulan menjalani praktikal.


Sukanya gambar ni. Haha ini Najwa, roommate aku
This moment bila kitorang tunggu Sir Afifi masuk kelas.


Ini geng-geng Chem. Haha diorang masih tak matang macam aku.



Ehh gambar dengan Najwa lagi.


Banyak sangat tangkap gambar. Menggunakan handphone mahal Syera Sayang. Haha


Ini Seri, dia pun semakin maju. Haha

Itu lah sedikit dua sikit yang boleh aku entry kan kali ni. Next time bila aku dah dapat password wifi, akan aku post macam macam. 
***

Assalamualaikum and goodbye readers :)

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon