Ransang percakapan anak

 1. Bersembang dengan baby sejak mereka lahir lagi. Anything lah. Biarkan baby memandang tepat pada mata kita sewaktu kita bersembang. Jangan kata, "Dia kecil lagi, bukan faham pun". No. Kita bukan nak dia faham, kita cuba nak dia fokus memandang kita sambil menunjukkan reaksi. Percayalah, otak mereka lebih pantas daripada kita.

Saya biasa buat bersama anak, sejak dia lahir. Walaupun cerita pasal kejadian di dapur, cerita je. Dia akan dengar dan melihat ke dalam mata kita. Oh, sangat menenangkan.


2. Picture. Book / cards with a lot of pictures!

Try. Kita yang dewasa pun suka buku bergambar, apatah lagi anak-anak. But I must advised, start this 6-7 months+. Tapi, bukan mode belajar ya. Cuma tunjuk gambar dan tunjuk gambar real life. Contoh, gambar kipas, tunjuk gambar kipas, dan tunjuk kipas di atas. "Kipas". Ulang dan ulang dan ulang.

Kalau gambar haiwan, buat sekali bunyinya. Pastikan intonasi anda ceria dan mata yang bersinar! Sampai baby tersenyum bila tengok kita.

Yes, berbulan, tapi lama-lama dia akan ikut bunyi yang kita buat. 


3. Gajet? 

My personal advice. Jangan beri anak handphone especially sehinggalah mereka pandai bercakap 3-4 patah perkataan dengan confident. Zaman sekarang of course, anak-anak pun perlukan entertainment. Tak dinafikan. Tapi berilah selepas mereka pandai menyebut beberapa patah perkataan.

Selepas mereka pandai menyebut perkataan-perkataan, dia pun akan mula bercerita apa yang dia tonton di YouTube dan sebagainya. Ibu dan ayah memang kena tahu and ikut sekali tengok (sekejap-sekejap) untuk berkomunikasi sama dengan anak. Kita tak kan nak biarkan anak di dunia maya seorang diri terlalu lama, bahaya ya sis. We are their world, not the handphone. 

Contoh, anak sedang menonton cerita Frozen. Ibu datang kat dia 

"Wah, apa tu? Frozen? Boleh ibu tengok?" Mesti dia 100% happy.

"Alamak! Banyaknya ais!"

"Oh no! Tolong Anna, tolong Anna!"

Begitulah, share emotion 5 minit dan sambung lah kerja kita memasak dan sebagainya.


4. Puji, kiss and hug.

Dengar dia sebut "'Meow"? Oh please cepat-cepat puji, tepuk tangan, peluk dan cium dia.

"Pandainya dia" Gomol.

"Good girl nya!" Gomol lagi.

Rindunya fasa ini. Hehe!


4. Bercakap dan bercakap dengan mereka. Tentang apa pun.

For me, my daughter is my best-friend-forever. Segalanya saya ceritakan pada dia. Walaupun cuma kejadian remeh, atau rindu pada ayah dia. Tetap cerita daripada dulu belum pandai respons, sampai sekarang, dia dah boleh bersembang macam-macam.

Sekarang dia boleh cakap balik kepada ibu dia, "Issa rindu ayah juga ibu". My words. She took over it.

Sekarang ni, mulut ibu nya dah kurang berjalan, mulut dia lah yang berjalan 24/7 kecuali tidur. Alhamdulillah.


I take this as a gift from Allah, sebagai peneman ku dikala ayahnya tinggalkan kami berdua, dia lah peneman dan yang memeriahkan rumah.

Thank you.

Mommies don't give up, kita cuma perlu jalankan mulut kita sahaja. Insha-Allah.

And, jangan lupa refer pada yang pakar.

Sahaja saya berkongsi tips yang simple kerana anak-anak adalah amanah Allah.



0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon