Sejak kebelakangan ni, banyak sangat kes kematian kan. Kita sendiri tak pasti mampu selamat atau tidak 2-3 tahun ini.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah pergi.
Hari ni saya nak cerita tentang hadiah. Saya ni tiada pendapatan. Saya seorang suri rumah. Secara jujur, saya sangat sedih dan kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat bagi apa-apa untuk mak, abah dan adik.
Pertengahan tahun 2019, saya memang banyak menggunakan aplikasi Shopee untuk berbelanja barang-barang Alisa & diri sendiri sebab harga yang lebih murah dan mudah dipilih.
Jadi saya mula belikan untuk keluarga dan kawan-kawan. Mana yang saya ingat tarikh hari lahir nya, saya akan poskan hadiah yang tak seberapa. Itu je kemampuan, sebagai tanda ingatan🥺
Harap semua suka.
Untuk mak, tiap bulan mesti ada belikan untuk mak. Samada lah tudung, blouse, vacuum, set periuk, langsir. Semua nya tidak lah mahal. Tapi harap dapat menggembirakan mak.
Untuk abah, susah sedikit sebab orang lelaki tak banyak benda kita boleh belikan. InshaAllah, duit dikirim. Walaupun tak banyak. Memang tak akan bagi tahu sebab sikit. Segan.
Untuk adik, kadang-kadang sekali membeli untuk mak, akan ada selitkan untuk dia sekali. Beg ke tudung.
Maaf yer, tak boleh nak beli mahal-mahal atau bagi duit.
Lagi satu kegembiraan, ialah pos hadiah kepada anak-anak. Anak-anak rakan, anak-anak saudara. Mana yang bu ingat birthday nya, mesti bu belikan dan pos sampai ke rumah.
Untuk kawan-kawan.
Mula-mula niat nak memberi ni sebab nak Allah murahkan kembali rezeki kita dan permudahkan urusan kita sekeluarga.
Tapi dikala wabak ni, semoga semua hadiah ni jadi ingatan kalau diri ini pergi.
Pada tahun 2021, Allah berikan rezeki. Rezeki dua temuduga memasuki sektor perkhidmatan awam. Alhamdulillah.
Boleh nampak beza nya berbanding sebelum ini.
Mungkin asbab mula memberi.
Wallahua'lam.
Nota kaki:
Ini set kuali non-stick yang mak baru terima semalam. Telefon mak, tanya macamana dengan kuali tu semua. Mak kata.
"Mak suka. Dah lama mak nak set macamni. Dari kamu semua sekolah dulu".
Alahai. Mesti mak ketepikan hasrat sebab kami dua beradik..
0 comments:
Post a Comment