"Hadiah"

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat kes kematian kan. Kita sendiri tak pasti mampu selamat atau tidak 2-3 tahun ini.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah pergi.

Hari ni saya nak cerita tentang hadiah. Saya ni tiada pendapatan. Saya seorang suri rumah. Secara jujur, saya sangat sedih dan kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat bagi apa-apa untuk mak, abah dan adik.

Pertengahan tahun 2019, saya memang banyak menggunakan aplikasi Shopee untuk berbelanja barang-barang Alisa & diri sendiri sebab harga yang lebih murah dan mudah dipilih.

Jadi saya mula belikan untuk keluarga dan kawan-kawan. Mana yang saya ingat tarikh hari lahir nya, saya akan poskan hadiah yang tak seberapa. Itu je kemampuan, sebagai tanda ingatan🥺 

Harap semua suka.

Untuk mak, tiap bulan mesti ada belikan untuk mak. Samada lah tudung, blouse, vacuum, set periuk, langsir. Semua nya tidak lah mahal. Tapi harap dapat menggembirakan mak.

Untuk abah, susah sedikit sebab orang lelaki tak banyak benda kita boleh belikan. InshaAllah, duit dikirim. Walaupun tak banyak. Memang tak akan bagi tahu sebab sikit. Segan.

Untuk adik, kadang-kadang sekali membeli untuk mak, akan ada selitkan untuk dia sekali. Beg ke tudung.

Maaf yer, tak boleh nak beli mahal-mahal atau bagi duit.

Lagi satu kegembiraan, ialah pos hadiah kepada anak-anak. Anak-anak rakan, anak-anak saudara. Mana yang bu ingat birthday nya, mesti bu belikan dan pos sampai ke rumah.

Untuk kawan-kawan.

Mula-mula niat nak memberi ni sebab nak Allah murahkan kembali rezeki kita dan permudahkan urusan kita sekeluarga.

Tapi dikala wabak ni, semoga semua hadiah ni jadi ingatan kalau diri ini pergi.

Pada tahun 2021, Allah berikan rezeki. Rezeki dua temuduga memasuki sektor perkhidmatan awam. Alhamdulillah.

Boleh nampak beza nya berbanding sebelum ini.

Mungkin asbab mula memberi.
Wallahua'lam.

Nota kaki:
Ini set kuali non-stick yang mak baru terima semalam. Telefon mak, tanya macamana dengan kuali tu semua. Mak kata.
"Mak suka. Dah lama mak nak set macamni. Dari kamu semua sekolah dulu".

Alahai. Mesti mak ketepikan hasrat sebab  kami dua beradik..

Ransang percakapan anak

 1. Bersembang dengan baby sejak mereka lahir lagi. Anything lah. Biarkan baby memandang tepat pada mata kita sewaktu kita bersembang. Jangan kata, "Dia kecil lagi, bukan faham pun". No. Kita bukan nak dia faham, kita cuba nak dia fokus memandang kita sambil menunjukkan reaksi. Percayalah, otak mereka lebih pantas daripada kita.

Saya biasa buat bersama anak, sejak dia lahir. Walaupun cerita pasal kejadian di dapur, cerita je. Dia akan dengar dan melihat ke dalam mata kita. Oh, sangat menenangkan.


2. Picture. Book / cards with a lot of pictures!

Try. Kita yang dewasa pun suka buku bergambar, apatah lagi anak-anak. But I must advised, start this 6-7 months+. Tapi, bukan mode belajar ya. Cuma tunjuk gambar dan tunjuk gambar real life. Contoh, gambar kipas, tunjuk gambar kipas, dan tunjuk kipas di atas. "Kipas". Ulang dan ulang dan ulang.

Kalau gambar haiwan, buat sekali bunyinya. Pastikan intonasi anda ceria dan mata yang bersinar! Sampai baby tersenyum bila tengok kita.

Yes, berbulan, tapi lama-lama dia akan ikut bunyi yang kita buat. 


3. Gajet? 

My personal advice. Jangan beri anak handphone especially sehinggalah mereka pandai bercakap 3-4 patah perkataan dengan confident. Zaman sekarang of course, anak-anak pun perlukan entertainment. Tak dinafikan. Tapi berilah selepas mereka pandai menyebut beberapa patah perkataan.

Selepas mereka pandai menyebut perkataan-perkataan, dia pun akan mula bercerita apa yang dia tonton di YouTube dan sebagainya. Ibu dan ayah memang kena tahu and ikut sekali tengok (sekejap-sekejap) untuk berkomunikasi sama dengan anak. Kita tak kan nak biarkan anak di dunia maya seorang diri terlalu lama, bahaya ya sis. We are their world, not the handphone. 

Contoh, anak sedang menonton cerita Frozen. Ibu datang kat dia 

"Wah, apa tu? Frozen? Boleh ibu tengok?" Mesti dia 100% happy.

"Alamak! Banyaknya ais!"

"Oh no! Tolong Anna, tolong Anna!"

Begitulah, share emotion 5 minit dan sambung lah kerja kita memasak dan sebagainya.


4. Puji, kiss and hug.

Dengar dia sebut "'Meow"? Oh please cepat-cepat puji, tepuk tangan, peluk dan cium dia.

"Pandainya dia" Gomol.

"Good girl nya!" Gomol lagi.

Rindunya fasa ini. Hehe!


4. Bercakap dan bercakap dengan mereka. Tentang apa pun.

For me, my daughter is my best-friend-forever. Segalanya saya ceritakan pada dia. Walaupun cuma kejadian remeh, atau rindu pada ayah dia. Tetap cerita daripada dulu belum pandai respons, sampai sekarang, dia dah boleh bersembang macam-macam.

Sekarang dia boleh cakap balik kepada ibu dia, "Issa rindu ayah juga ibu". My words. She took over it.

Sekarang ni, mulut ibu nya dah kurang berjalan, mulut dia lah yang berjalan 24/7 kecuali tidur. Alhamdulillah.


I take this as a gift from Allah, sebagai peneman ku dikala ayahnya tinggalkan kami berdua, dia lah peneman dan yang memeriahkan rumah.

Thank you.

Mommies don't give up, kita cuma perlu jalankan mulut kita sahaja. Insha-Allah.

And, jangan lupa refer pada yang pakar.

Sahaja saya berkongsi tips yang simple kerana anak-anak adalah amanah Allah.



My Husband

Rasa annoying nya nak describe dan cerita tentang suami sendiri. Tapi di blog ini, diari online ku lah tempat sesuai dan terbaik untuk ku zahirkan segala rasa yang ada.

Everyone has their flaws. Even I have a flaws.

Let me talk about the good of him. I believe each people got a good side that we should always remember.

You know..

Aku hidup dalam serba kekurangan sebelum berjumpa dan berkahwin dengan nya.

Banyak perkara yang belum pernah rasa, cuba, beli, makan dan sebagainya. Hidupku selangkah ke hadapan selepas berkahwin dengan nya. Apa yang aku tidak pernah miliki sebelum ini, aku boleh miliki sekarang. 

For an example, I had never had an oven even in my family's house, I bought after I married with him. This was my very first oven. Oven ini dibeli menggunakan duit peruntukan ku. I was so happy that time walaupun cuma oven yang cikai orang kata. 

After I bought this oven, malam tu, my husband secretly transferred RM200 to me. Personally, I knew he was so guilty I bought it using my money. Haha. He was always that person. Tidak pernah sekali pun dia minta duit isteri. 


Dia juga seorang yang awkward. Awkward dalam berkomunikasi dengan orang. So, dari segi gangguan orang ketiga, insha-Allah selamat. Tapi, siapa lah aku untuk terlalu selesa. Lagi-lagi yang beruniform macam dia. Gadis-gadis muda of course berebut. I wish none of this happen.

He rarely went out to see his friends. Melepak ke apa, belum lagi. Sometimes, I am the one who asked him to go out. Sorry. I really need him to be an extrovert because I am so-so-so extrovert. I love crowds! Feasts! Gathering! Parties! Bukan suka membawang, but I love the vibes of crowded of happy peoples around me. I love to smile to random people. Hehe. Yes, weird.


He is perfectionist. He is so neat, organize-man-i-knew, and sometimes fussy. Not sometimes. Everytime. He is so good in tidying house, cleaning, and other chores. 

Adakalanya, kalau kita sibuk di dapur, kain baju terlupa nak sidai, duduk dalam spin, dia balik rehat tengahari, tolong sidai. 

Dia juga tak pernah letak pinggan waktu isterinya di sinki, melainkan kita kata "Meh pinggan, biar ayang basuh". Selagi tak cakap, dia tak letak pinggan.


He is so down-to-earth type of husband. Dikala semua suami sibuk nak menjadi ketua, dia selalu minta tolong, tunjuk ajar. I am his tajwid's teacher, english teacher too. Setiap kali mengaji, he really acted as a student. Tak ada loyar buruk, menyampuk, menyakat atau sebagainya. Oh girl, I missed to be his ustazah, lama dah cuti mengajar sejak masuk operasi. Huhu. 


Rezeki terbesar ku selepas berkahwin dengannya ialah, family. Aku umpamakan ibu dan ayah mentuaku sebagai "Doa Yang Tertangguh''. Yang sering aku minta sejak kecil. My mother in-law was so kind. Bermanja, mengaji dan solat bersama dengan mak. My father in-law? So kind, nice, generous too. Apa yang nak makan? Sebut je. InshaAllah dapat. Pasti dapat.

Aku selalu berdoa agar Allah panjangkan umur mereka, sihat kan tubuh badan mereka.


Thank you mak and abah.

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon