Tips Ajar Anak Minum Botol

Sejak kebelakangan ini, post saya semuanya berkaitan dengan tips ibu-ibu. Haha. 

Alhamdulillah, Lisa dah 3 bulan & 13 hari. 

OK bercakap tentang penggunaan botol susu. Lisa dari dia lahir memang dah dibiasakan minum menggunakan botol (dia di wad nursery & ibu di wad o&g). Kami guna botol Avent Wide Neck (Newborn). Waktu pantang dia tak ada masalah minum menggunakan botol. Waktu pantang juga ibu selang seli direct-feeding & bottle. Dia OK. Mungkin dia faham, ibunya terlalu banyak komplikasi waktu pantang.

Dalam umurnya 30 hari, ibu pun dah sihat sikit dah bersemangat, saya stop bottle. Focus direct-feeding. Alhamdulillah, dia tiada masalah untuk direct-feeding. 

Sehingga satu hari, dalam umur dia 40 hari, setelah dia jadikan nipple ibu sebagai pacifier sehingga satu hari tu jadi terlampau sakit & melecet. Maka ibu decide untuk stop kejap direct-feeding. Kami try semula bagi dia minum menggunakan botol. 

Hm, disembur susu ibu. Langsung tak nak. Sampaikan kami sua dia minum menggunakan sudu πŸ₯„ Itu pun meleleh-leleh.

Jadi, saya tukar kepada Tommee Tippee Wide Neck. Sama. Dia tak mahu.

Slim Neck memang dia reject.

Akhirnya beli puting Pigeon Wide Neck size SS (paling kecil supaya dia tak terlalu selesa dengan puting flow laju & akhirnya takmahu direct-feeding lagi).

Tadaa! Dia nak! Dia hisap dgn baik tanpa ada sekali dua percubaan.

Sekali sumbat terus masuk.

Dan Alhamdulillah, dia tak ada masalah nipple confuse bila ibu continue direct-feeding balik sebab puting Pigeon lembut & tak terlalu besar & hampir sama dengan puting ibu.

*kami beli puting dia sahaja, muat dengan botol Avent dia dulu πŸ˜‚ botol Pigeon mahal sikit harga dia. 

Ok another One Tips!

Jangan bagi anak botol sewaktu mereka terlalu lapar / mengantuk. Memang menjerit serupa kena dera nanti πŸ˜‚ Boleh try waktu anak baru bangun dari tidur, waktu tu dia tengah mamai. Slow-slow akan OK.

OK lah selamat berjaya semua!


Kadang-kadang tu dikunyah-kunyahπŸ˜‚

Yang Benar,
Ibu si Lisa

Tips hilangkan bengkak susu

waktu dalam pantang tak mau bengkak, tak mencurah. la ni si kecik ni dah 3 bulan baru lah nak bengkak.
.
seharian ibu gelisah bengkak susu berketul, besar pula tu. bila pam, susu tak mau keluar. 

macam biasa, google. google google macam-macam tips jumpa.

tuam air suam done ✅ 
sikat aliran breast done ✅ 
urut done ✅ 
marmet done ✅
tapi semua tak berkesan. 

yang si anak ni sehari dua payah betul nak menyusu. time betul-betul lapar je dia cari ibuπŸ˜’

akhirnya, time nak tidurkan si Lisa ni ibu pujuk dia "minum lah susu ni, sakit ibu nanti". dia punya renungan tajam tu mcm faham-faham je.

alhamdulillah dalam 5 minit dia hisap menyusu sambil layan mata nak lena, sedikit demi sedikit ketulan tu hilang lantas membuatkan ibu yakin yang hisapan anak lagi padu daripada sedutan pam πŸ˜‚

so ibu mula percaya direct-feeding is better! ibu decide after baby six months baru ibu kerja. kita focus direct-feeding je ea untuk 6 bulan niπŸ’“

#believeyourself 

Membesarkan anak

Alhamdulillah anak dah dekat nak masuk 3 bulan.

Ibu semakin faham rentak dia, tingkah laku dia- syukur rasa semakin mudah melayan karenah dia ini.

1. Suka berpelukan baru dia lena (berpelukan sambil 🍼) so at least 30 minutes kena berkepit dgn dia baru boleh letak dia dgn aman πŸ€— kdg2 rasa tak mau letak sebab dia comel dan manja bila tidur di bawah ketiak ibu sambil peluk ibu.

2. Perangai tak mahu botol. Saya kembali lagi bersama perangai tak mahu menyusu menggunakan botol tak kisah lah sedap mana pun susu ibu😭 serious ini menguji mental sangat. ada hari ibu dapat 6oz (takpernah dpt sebanyak ini), spare freeze- chill- warm utk dia, dia tolak. Sebab dia memang tak berkawan baik dengan botol susu!

Can anyone share to me any tips ajar anak minum susu menggunakan botol? 🍼 

3. 1 tengahari ke atas adalah waktu dimana dia susah nak tidur walaupun mata dah mengantuk & menguap dekat seribu kali. Mula-mula geram juga dia ni susahnya nak tidur. Duduk salah baring salah. Sekarang ibu dah jumpa solusi; peluk dia dibawah ketiak & tidur bersama diaπŸ˜‚
Waktu tidur siang memang tak boleh letak dia kat tilam, dia automatik akan terjaga. Tak sama macam waktu malam yang lebih mudah.

Syukur............ Mungkin dia nak kasi ibu chance tidur ye sayangπŸ˜‚

4. Salah satu baby yang tolak buaian & puting kosong. Dah pernah cuba alternatif buaian, syukurnya tak bertahan lama. Tak sampai 10 minit pun dia bertahan di dalam buaian tu.

Puting kosong pulak dia muntahkan je. Anak ibu memang tolak semua benda yang masuk mulut dia kecuali tangan dia & nipple ibunya sendiri 😬
Tapi baguslah, memang dua benda ini ibu cuba elakkan kalau boleh.

More stories to write! More journey to come!

Mari membesar bersama ibu dengan gembira! πŸ’ƒπŸ»


Breastfeeding

Hi guys! There are no mom out there who didnt want to breast-feed their babies.
There are no mom out there who loves to see their babies feeding a formula milk tbh.

So, if you guys happened to meet someone who cant breast-feed their babies, just give them a motivation & positive advices rather than leaving a bad words towards them.

You guys can give them your best tips. Help them ok! Dont show your facepalm front of them with a question like "Laa tak susukan anak ke? Kesiannya anak". 
You better keep your mouth shut! Youre hurting them okay.

Alhamdulillah! ✨ My baby is 2-months-old and I started fully-bf her approximately starting this 2nd month.
Before this, Bf + formula milk due to complication me & my baby went thru AND due to my negative thinking of "Risau susu tak cukup" bcs I got a nipple problem.

Alhamdulillah again! Im sharing this problem to my cousin who still bf her baby for almost Two years. Luckily she did help me! My chats with her did help me a lot!

First, she told me to follow one lactation advisor on facebook, Nur Fazilah Abdul Rahman. (you guys can check it out for many best tipzzzzz & advice)

After all, actually I didnt need those milkboosters or meds! 
I kept being positive and I did it! I stopped comparing my Oz with others Oz and I did it!

What makes my milk production raise up again at this 2nd month (never too late) is giving my baby direct-feeding every two hours and, pump in time (5am- 10am- 4pm- before sleep)

Alhamdulillah! Pray for me gaizzz! 🍼 

hi introducing my LisaπŸ’ž



My little Maisara πŸ•Š


Alhamdulillah guys this is my daughter Alisa Maisara Binti Mohamad Hafizuddin. 

Hari ini umur nya 49 hari. Dah nak masuk dua bulan. Banyak akal baru dah si Maisara ni. 

Dia suka menyelit ketiak ibu, tidur berkepit, tidur atas dada, berpangku. Biasanya dia nyelit utk bg dia lena sekejap. Mula-mula rasa mcm Ya tuhannnn jenuh lah mcmni nak merap je. Tapi bila fikir balik, Maisara ni ada dgn ibu  entah sampai 4-5 tahun je. 
Nanti dah sekolah tak ada menyelit ibu. Entah-entah tak sampai setahun bila dah reti main sendiri / merangkak / berjalan, dah taknak nyelit ketiak ibu. 
Entah-entah esok lusa ibu tak ada. Jadi sejak hari tu, menyelitlah dgn ibu puas-puas! ♥️

Suka senyum, suka ajak bersembang. Biasanya dia akan bangun tidur waktu Subuh. Subuh-subuh dia mesti akan senyum. Kita ajak borak sikit-sikit dia akan senyum je.
Waktu kedua, petang sebelum mandi. Borak lah apa-apa pun dgn dia, dia senyummmmm je. 
Waktu ketiga, waktu baru lepas menyusu 🍼, perut kenyang jadi dia senyummmmm je.

Maisara suka mandi 🚿
Suka orang belek-belek badan dia (pakaikan bedak, sapukan lotion semua)
Dia akan diam- berkerut- fokus. Jadi kerja ibu senang nak dandan dia. 

Maisara daripada baru lahir, memang ibu dah start dengan botol susu. Tapi! Sejak seminggu dua ni, dia tak mahu. Daripada Avent ke Tommee Tippee ke botol biasa pun dia tak mahu. Menangis-nangis dia bila kita suap dgn botol. 
Conclusion, fully-direct-bf la dia sekarang. Guys doakan lah Ibu dimurahkan rezeki susunya. Amiin πŸ’“

Tidur. πŸ’€ Alhamdulillah, tidur malam nya semakin teratur. Dia bangun dlm dua kali shj. Ada hari taknak bangun langsung sampai kita yg kena kejut dia untuk bangun minum sekejap. Tu pun dia minum dlm keadaan mamai- mata pejam. 

You know guys!
At first rasa stress sangat waktu pantang sebab kita ni banyak sgt masalah waktu berpantang. Jarang sgt uruskan baby sebab sakit mcm2 sakit waktu tu 😭 thank God mak ada. Kurang sikit beban.
Lama-lama, kita dah sihat, dah mula close to baby, rasa mcm wonderful nya! 

Kadang-kadang rasa macam tengok diri sendiri. Bila berborak dgn anak, rasa macam suatu hari nanti, dia lah kawan berborak ibu sampai bebila πŸ’•


Eeei Ibu sayang lah dia!
Cepat besar sayang! Sihat selalu! 🌹


ALISA MAISARA πŸ’ž

Hi guys! Assalamualaikum!


Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel (mcm saya ofkosss) pada 02 February 2018 bersamaan hari Jumaat / 0738am @ Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak.

Warded daripada 31 Januari 2018 disebabkan turun darah.

01 February 2018 broke water πŸ’¦ 

02 February 2018 selamat lahir ke dunia si kecil ku setelah hampir 12 jam menahan sakit contraction oi 🀣

Alhamdulillah hari ini hari ke-31. Ibu belum fully recover lagi 🀣

Nama diberi Alisa Maisara Binti Mohamad Hafizuddin ✨ doakan anak saya menjadi anak yang baik - solehah - cerdik - cantik - bijak - penyabar - tenang (seperti namanya) 😘

EXPECTATION IS HURT


yes.
we are sad mostly because we put a big hope to something / someone.

from now on, i guess i should try not to expect anything from someone / something. because you knew it hurts so much when you didnt what you expected.

i went thru this many times in my life. πŸ’― 
this quote is true πŸ’― 

either in my career
studies
loves ❤️ 
or my daily tasks-

i found that i kept not getting what was i expected 😒

so i must not expecting too much. better! ✨

You cannot Solat during office hours!

Hi guys! Assalamualaikum!

Hari ini rasa nak tulis pengalaman tentang solat di tempat kerja memandangkan baru-baru ni viral kes majikan di sebuah syarikat melarang staff untuk solat ketika waktu bekerja.

Sebelum mengulas lebih panjang lagi, saya rasanya nak bercerita pengalaman bekerja/tak jadi bekerja di dua buah syarikat ni.

Sebenarnya masih ada majikan yang melarang staff solat. 

Sekitar tahun 2015, saya cari peluang pekerjaan dekat dengan rumah mak dan ayah.
Alhamdulillah, satu company owned by non-muslim (bidang manufacturing) panggil interview untuk jawatan Account Officer. Lupa nama company.

So, selesai interview, Alhamdulillah diterima bekerja. 
Sewaktu job review, the supervisor terangkan job scope / salary semua. 
And masuk part waktu rehat, the supervisor tanya saya, "Awak solat?" 
Eh saya balas Of Course.
Dia kata "Boleh kah kalau awak tak solat disini?"

Maka saya tanya dia kenapa tak boleh solat disini?
1st Reason : "We didnt have place to Solat here"
Saya jawab No problem I can solat in the pantry or the meeting room (sambil tengok meeting room yang luas boleh muat 15 orang solat rasanya)
2nd Reason (berdalih dah ni) : "Our Rehat is only 1 hour. Solat boleh kacau waktu kerja / rehat"

Tak nak cakap banyak, dengan rela hati saya reject offer tersebut.
Kemudian the supervisor (non-muslim) call balik dua-tiga kali untuk pujuk supaya terima offer tu. Kali ini ayat pujuk dia ialah dia suruh saya Qadha solat. Katanya "Staffs staffs disini pun buat begitu. Mereka ganti solat selepas pulang ke rumah" 🀦🏻♀️ omg

Saya ni bukanlah baik sangat orangnya. Tapi, Qadha hari-hari tu satu jawapan yang susahnya nak dipercayai.
Kau solat dua rakaat pun berat, ini kan pula nak buat 8 rakaat (selepas balik penat bekerja pula tu)


At the other side-----

Pekerjaan pertama saya di sebuah Syarikat kewangan sebagai Financial Analyst. Majikannya bukan Malaysian. Dari Sweden if I not mistaken. Office tu menumpang di sebuah wisma yang tak menyediakan surau.

Dalam office tu, 70% Muslims.
Kami semua solat di ruang tepi tangga. Tangga tu memang tak ada sesiapa lalu. Siap bentang tikar. Alhamdulillah majikan tak ada banyak hal. Majikan daripada Sweden pun boleh respect agama yang lain.
Setiap hari Jumaat, bila beliau nak belanja staff makan, beliau akan tunggu staff Muslim lelaki balik dari solat Jumaat.

Tapi, macamni lah.
Bila majikan kita dah bagi kepercayaan kepada kita supaya guna waktu rehat untuk rehat- makan- solat, maka buat jelah itu shj. Mungkin yang buatkan majikan berang, waktu solat tapi satu jam habis dengan merokok- lepak- dating.

Bila majikan melarang solat, mulalah masing-masing tiba-tiba panas badan jadi alim. Walhal salah kita juga sebenarnya.

Lets not blame others for our shortcomings / wrongdoings. (Untuk diri sendiri jugak 🀣)





*psst! formal sikit ayat iolls harini*



My baby loves my tummy πŸ˜‚

Hi guys! Harini sis dah 39 weeks and 2 days. Lagi 4 hari due date πŸ˜‚

Dan anakku belum menunjukkan tanda nak keluar. Kak Yan masih cergas kehulu kehilir memandu kereta manual suami, pergi pasar malam, round Aeon Mall dan sebagainya.

Kawan2 dia yg duduk dlm perut yg share due date lebih kurang dia pun semua dah keluar melihat dunia. Yang si kecil ini masih berhibur di dalam perut ibunya πŸ˜‚

Tak apa lah. 
Ini tandanya Kak Yan masih berpeluang makan macam2!
Ini tandanya Kak Yan masih berpeluang berjalan-jalan!

Nanti tiba masa keluar lah dia eaaaa 😍

Ibu tunggu je ni.

Se7en days to go! πŸš—

Hai and Assalamualaikum gais!


I had already went thru 38 weeks of my pregnancy. 

My expected due date is 23 January which is the next Tuesday. Tapi, semakin hujung, semakin aktif. Disaat semua mengalami simptom-simptom spt; sakit pinggang / sakit di bahagian ari-ari / sukar berjalan dsb, I still didnt get the simptoms. 

Alhamdulillah, being in 'ldr' (long-distance relationship) with my husband;
Ψ§Ω„Ω„Ω‡ bagi kekuatan, 
Syukurr masih boleh drive- tekan clutch on every traffic jam. 
Syukur masih mampu cari makanan yang diidamkan sendiri πŸš— πŸ₯˜ 🍭 
Syukur lah Syukur sangat tak ada menyusahkan mak & abah.

Today,
I brought this lil one in my tummy walking all over a mall (for five hours) with my friends πŸ‘­
;dgn harapan memudahkan urusan ibu melahirkan mu inshaAllah ♥️

Semoga minggu ni lahirlah anak ibu ini. Next week ayah ada pertandingan kawad & rentas halangan dekat kem (he cant going back here next week sayang- REMINDER)
So, Ibu begging for your cooperation, we'll get thru this together so Ayah can see you in time πŸ‘¨πŸ‘§

Allahumma-Anta Subhanaka-innikuntu-minnadzolimin ✨

Ψ§Ω„Ω„Ω‡ loves you,
so did me,
did your ayah too.

may we met very soon! (kalau boleh tomorrow 🀣)

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon