Alhamdulillah, Lisa dah 3 bulan & 13 hari.
OK bercakap tentang penggunaan botol susu. Lisa dari dia lahir memang dah dibiasakan minum menggunakan botol (dia di wad nursery & ibu di wad o&g). Kami guna botol Avent Wide Neck (Newborn). Waktu pantang dia tak ada masalah minum menggunakan botol. Waktu pantang juga ibu selang seli direct-feeding & bottle. Dia OK. Mungkin dia faham, ibunya terlalu banyak komplikasi waktu pantang.
Dalam umurnya 30 hari, ibu pun dah sihat sikit dah bersemangat, saya stop bottle. Focus direct-feeding. Alhamdulillah, dia tiada masalah untuk direct-feeding.
Sehingga satu hari, dalam umur dia 40 hari, setelah dia jadikan nipple ibu sebagai pacifier sehingga satu hari tu jadi terlampau sakit & melecet. Maka ibu decide untuk stop kejap direct-feeding. Kami try semula bagi dia minum menggunakan botol.
Hm, disembur susu ibu. Langsung tak nak. Sampaikan kami sua dia minum menggunakan sudu 🥄 Itu pun meleleh-leleh.
Jadi, saya tukar kepada Tommee Tippee Wide Neck. Sama. Dia tak mahu.
Slim Neck memang dia reject.
Akhirnya beli puting Pigeon Wide Neck size SS (paling kecil supaya dia tak terlalu selesa dengan puting flow laju & akhirnya takmahu direct-feeding lagi).
Tadaa! Dia nak! Dia hisap dgn baik tanpa ada sekali dua percubaan.
Sekali sumbat terus masuk.
Dan Alhamdulillah, dia tak ada masalah nipple confuse bila ibu continue direct-feeding balik sebab puting Pigeon lembut & tak terlalu besar & hampir sama dengan puting ibu.
*kami beli puting dia sahaja, muat dengan botol Avent dia dulu 😂 botol Pigeon mahal sikit harga dia.
Ok another One Tips!
Jangan bagi anak botol sewaktu mereka terlalu lapar / mengantuk. Memang menjerit serupa kena dera nanti 😂 Boleh try waktu anak baru bangun dari tidur, waktu tu dia tengah mamai. Slow-slow akan OK.
OK lah selamat berjaya semua!
0 comments:
Post a Comment