Ibu semakin faham rentak dia, tingkah laku dia- syukur rasa semakin mudah melayan karenah dia ini.
1. Suka berpelukan baru dia lena (berpelukan sambil ๐ผ) so at least 30 minutes kena berkepit dgn dia baru boleh letak dia dgn aman ๐ค kdg2 rasa tak mau letak sebab dia comel dan manja bila tidur di bawah ketiak ibu sambil peluk ibu.
2. Perangai tak mahu botol. Saya kembali lagi bersama perangai tak mahu menyusu menggunakan botol tak kisah lah sedap mana pun susu ibu๐ญ serious ini menguji mental sangat. ada hari ibu dapat 6oz (takpernah dpt sebanyak ini), spare freeze- chill- warm utk dia, dia tolak. Sebab dia memang tak berkawan baik dengan botol susu!
Can anyone share to me any tips ajar anak minum susu menggunakan botol? ๐ผ
3. 1 tengahari ke atas adalah waktu dimana dia susah nak tidur walaupun mata dah mengantuk & menguap dekat seribu kali. Mula-mula geram juga dia ni susahnya nak tidur. Duduk salah baring salah. Sekarang ibu dah jumpa solusi; peluk dia dibawah ketiak & tidur bersama dia๐
Waktu tidur siang memang tak boleh letak dia kat tilam, dia automatik akan terjaga. Tak sama macam waktu malam yang lebih mudah.
Syukur............ Mungkin dia nak kasi ibu chance tidur ye sayang๐
4. Salah satu baby yang tolak buaian & puting kosong. Dah pernah cuba alternatif buaian, syukurnya tak bertahan lama. Tak sampai 10 minit pun dia bertahan di dalam buaian tu.
Puting kosong pulak dia muntahkan je. Anak ibu memang tolak semua benda yang masuk mulut dia kecuali tangan dia & nipple ibunya sendiri ๐ฌ
Tapi baguslah, memang dua benda ini ibu cuba elakkan kalau boleh.
More stories to write! More journey to come!
Mari membesar bersama ibu dengan gembira! ๐๐ป
0 comments:
Post a Comment