Baru nak mula hidup


Sejak dua tiga empat menjak ni, aku rasakan aku mengalami kemurungan, Tiap malam aku menangis, hati aku gelisah, aku rasa susah hati yang teramat sangat. Tiap malam mak mesej tanyakan khabar ku, tiap malam mak mesej cuba tenangkan aku cuba gembirakan aku. Tapi mak, semakin mak mesej macam tu, hati ni makin sedih makin rasa tak berguna.

Aku nak jadi anak yang baik untuk mak. Nak kerja elok-elok, nak belikan mak perabot baru. Tapi belum apa-apa akak dah jatuh. Akak dah jatuh lepastu akak malas nak bangun. Apa nak jadi dengan akak ni mak?

Mungkin akak tak ada apa-apa nak mulakan hidup bekerja di Kuala Lumpur, Akak tak ada kereta, akak tak ada kenderaan nak pergi kerja. Kawan-kawan mula menjauh sebab semakin hari aku semakin menyusahkan mereka, mungkin. Akhirnya akak tak pergi kerja. Akak duduk rumah, bagai merpati terperap dalam rumah pangsapuri sedangkan aku datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja bersusah-susah. Aku susah hati.

Lagi sekali aku terpaksa mula hidup baru kembali. Berhenti kerja di World Vest Base adalah mimpi ngeri dalam hidup. 

Aku harap aku kuat, insyaAllah. Aku harap mak sentiasa ada sampai aku berjaya. Aku harap lepas ini aku tidak lupa diri, aku tidak sombong, aku tidak memperkecilkan mereka dibawahku. Mungkin ini ujian kecil supaya aku sedar, aku belum kuat aku belum berdiri stabil. 

Semoga ada peluang datang singgah, semoga ada kekuatan datang bersama, semoga aku tidak lagi menangis. Kan baru nak mula hidup Yan. Mana ada orang naik terus, dia mesti duduk di bawah dulu.

Jangan malas, jangan tinggal solat, jangan lupa berdoa, jangan putus usaha.



Strong ok.


Azyan di Kuala Lumpur.


Sekarang dah hampir tiga bulan aku jadi orang Kolumpo. Dan pelbagai pengalaman, pelbagai karenah, pelbagai pengajaran dah aku dapat. Sekarang, aku sedang training di Menara Celcom Jalan Semarak untuk jawatan Customer Service Professional (CSP).
Ok, sepanjang tiga bulan ini antara benda yang sangatlah meyayat hati/memeranjatkan ialah




SATU : Tak semua pengemis itu jujur.

Okaylah nak dicerita ada lah satu pengalaman waktu kerja kat World Vest Base Sdn Bhd kat Pasar Seni, tiap kali break/lunch hour, aku akan nampak seorang pengemis cina lah kot sebab mata dia sepet. Dia mcm kudung, dia mengemis dengan penuh simpati. Aku ni dahlah cepat kesian.
Ada satu hari tu, aku bagi dia roti. Dia tak makan. Dia teruskan mengemis. Dalam hati aku "Dah bagi makan, makan lah". Dia tak makan jugak.

And aku berhenti kerja lepas dapat offer dari Celcom. Esok nya aku pergi office lama nak ambil barang, aku nampak pengemis cina yang ku beri roti tu, amboii bukan main sihat walafiat dia berjalan, Tak kudung pulak tangan tu. Lepas tu, aku terus ambil iktibar. Janganlah percaya dah. Entah entah depa tu lebih kaya dari aku. Aku ni dalam poket ada doploh ringgit, dia satu hari dapat dua ratus ringgit. Hah see?




DUA : Jangan pandang luaran

Sekarang nak cerita pasal staff kat Menara Celcom pulak. Ada satu kakak ni dia merokok. Dia memang nampak teruk luarannya. Nampak mcm "aduhhh teruknya kakak ni". Luaran memang nampak langsung tak sopan. Tapi bila kau kenal dia. budi bahasa dia masyaAllah baik sungguh, Percakapan dia, cara dia bercakap sangat soft-spoken, tolerate dan paling sejuk mata ni, dia tak pernah lekang dengan senyuman. Dia senyummmmmm je. Dia tak kisahkan mahupun pedulikan orang sekeliling.
*hiasan semata mata

Lain pulak situasi nya di surau. Theres a group of kakak kakak bersembang berbual mengutuk mengata bukanlah berbicarakan soal agama atau perihal ibadah. Tapi tak berhenti-henti mengutuk officemates sendiri dengan perkataan agak tak baik lah utk dicontohi. Kedekut pulak tu dengan senyuman. Aku pun jadi takut nak berkawan.


Tapi bukanlah semua wanita di surau macamtu, kebanyakannya diam bertakafur. Aku cuma berfikir bezanya dua jenis wanita yang luaran pun berbeza,
Sampaikan kita jadi takut nak rapat berkawan dengan kakak-kakak di surau berbanding kakak yang merokok nampak jahat tadi, Aku harap kakak tu boleh sama sama masuk surau dengan aku sebab dia baik sangat. Amiiin. Doa ni.




TIGA : Ohmygod kenapa banyak mat rempit????

*hiasan je


Hari Ahad lepas aku memandu di kawasan bukit bintang dan dataran merdeka. Seriously, terlalu banyak mat mat motor serta minah minah motor. Aku jadi takut. Laju, ramai, muka ganas ganas. Aku pun hairan diorang nak kemana beramai-ramai naik motor tu.
Bukan apa, bagi pemandu yang penakut yang lemah semangat macam aku ni, takut lah nak drive sebab diorang mcm menghalang keselesaan lalulintas. Ecehhh.
Tapi, aku rasa macam meriah jugak tengah bandar diorang berkumpul macam tu. Kekekeke

tapi boleh senyum lagiiiii




EMPAT : Hunger Game di Kuala Lumpur 

*hiasan ciplak dari google image


Kalau korang perasan lah kat sekitar jalanraya berhampiran Sogo, nanti kalau lampu pejalan kaki dah hijau dan ada kereta hati batu nak jalan dengan lajunya , akan ada suara wanita entah datang dari mana cakap "Sila beri laluan kepada pejalan kaki". Bagaikan berdengung satu Kuala Lumpur.

Mana datang suara? Macam dalam cerita Hunger Game. Tengok kan ada suara orang dalam game tu kawal game tu dengar satu hutan. Ibarat macam tu lah perasan aku. "Wow hunger games" Walaupun sebenarnya aku tau itu adalah suara automatik operator kat lampu isyarat. Haha teruja nampak aku jakon sini




LIMA : Nasi Kerabu di pagi hari

Ahaa! Ini adalah yang agak pelik bagi aku waktu kali pertama aku jejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
Biasanya sebelum pergi kerja, aku akan singgah beli sarapan kat makcik kelate tepi stesen LRT. Biasanya aku akan beli nasi lemak lah dengan kuih dua tiga biji. Aku nampak makcik tu jual nasi kerabu siap disediakan pelbagai jenis lauk pauk.

*thank you google image


Kalau lah aku tak duduk KL, nasi kerabu biasanya aku jumpa waktu bulan ramadhan je. Kat sini, orang KL makan waktu sarapan. Pelbagai lauk lah diorang beli. Sambal belacan ada, ayam masak sambal hijau, budu pun ado ha. Jadi aku rasa mcm "kenapa makan nasi kerabu waktu breakfast?" ohh mungkin diorang simpan sampai waktu lunch kot.

Tapi yang pasti, aku memang tak reti makan nasi kerabu dan tak pandai makan nasi kerabu. Namun begitu sejak aku mula training di Celcom, jarang lah aku beli sarapan kat makcik2 jual tepi jalan tu sebab kat Jalan Semarak susah nak carik.
Hari-hari makan kat kafe Menara Celcom je. Hari-hari sandwich tuna besar kamus dewan.




ENAM : Kuala Lumpur bukanlah seperti di Slot Akasia TV3

Kalau korang rajin tengok akasia, contohnya cerita Kerana Terpaksa Aku Relakan, Cinta Jannah, plot cerita dia : gadis kampung datang bandar - lepastu ada masalah - lelaki kaya datang tolong.

*hiasan semata-mata tiada kena mengena dengan Aeril Zafrel mahupun Nelydia Senrose


Hahaha the actual thing is, kebanyakan orang sini tak kisah pun kau jatuh ke tersungkur ke melainkan dia kenal kau betul2. Contohnya dalam LRT atau dalam kesesakan kat jalanraya/stesen/shopping complex,  biasanya orang sini dia buat hal sendiri. Menonong je jalan. Tak ada lah istilah terlanggar tolong lepastu bawak balik rumah, jatuh cinta dan sebagainya.

Tak semua orang boleh dipercayai ye kat Kuala Lumpur. Ingat tu! Kalau jatuh bangun sendiri jangan harapkan orang hulur tangan angkat kita. Silap silap dia hulur tangan untuk tolak kita.




TUJUH : Barang tak semahal yang orang kata

Siapa kata barang kat Kuala Lumpur mahal-mahal? Kalau sewa rumah tu mungkin lah mahal 7-8 ratuss gituhh. Tapi untuk makanan, baju pakaian tak semahal yang dikata. Cuma pandai-pandai lah pilih tempat. Jangan lah beli sandwich kat Pavilion, memang kering lah poket. Apa kata orang? "Ukur baju di badan sendiri".

Haa kalau nak beli keropok/jajan/kudap-kudap korang boleh dapat borong tiga empat jenis keropok. Satu paket dalam 3kg gittu. Tak sampai RM30. Borong lah. Buat makan ringan-ringan tengok tv. Berbaloi ape. Lauk berdasarkan pemerhatian aku, belum di tahap mahal lagi.Belum pernah lagi lah aku lunch atau breakfast melebihi lima ringgit. Perut saya saiz kecil awak awak semua, selera kecil jugee ^^

And kalau pergi pasar malam, keropok lekor bukan macam harga pasar biasa. Seringgit boleh dapat satu bekas cawan minuman tu. Untuk perut kecik macam aku ni, sangat lah cukup. Okay, baju pulak. Kalau rasa nak try baju branded, cuba lah ke Sogo. Selalu sangat ada sale. Hah kalau rasa duit tak berapa nak ada, masjid india ada, apa kau nak? Semua ada, murah-murah cantik-cantik. Nak beg Michael Kors? Vincci? Carlo Rino? Masjid India pun ada. (cuma tak ori jela hehe) 



Tapi okay apa. Aku pernah beli, kakak office tegur "akak pun tak berani beli beg Carlo Rino yan walaupun dah lama kerja". Ye kak, Yan mampu beli sebab Carlo Rino ciplak lima belas hengget di Masjid India.





Ha guys. Itu jelah yang mampu aku perah dari pengalaman melambak aku ni. Ada masa akan ku tulis lagi yay.

Assalamualaikum 





Warm and friendly regard,
              yann

Siapa kata aku belum berubah?

Esok genaplah usia ku 21 tahun. Tahun ni, aku berusia 21 tahun dan telah menjadi seorang 'financial analyst' di sebuah syarikat international di Kuala Lumpur. Rezeki alhamdulillah..

Dan siapa kata aku masih di takuk lama? Siapa kata aku belum berubah?

Aku hidup dalam diri ni dah 21 tahun. Okay aku nampak yang aku berubah. Alhamdulillah in my age of 21, I  am fully hijab, I am fully covered my hair. Haip, jangan ingat senang nak bertudung. Banyak dugaan cabaran dan cobaan nak bertukar kepada gadis bertudung sepenuhnya. Aku mula bertudung atas dua sebab; Budin dan Politeknik Nilai.
Haha kata orang apa dia? Biarlah berubah tu kerana Allah bukan kerana orang lain. Yes, aku setuju. Tapi aku rasa orang yang mendorong aku untuk berubah tu sebenarnya datang dari Allah. HIS plan nobody know isnt it? Alhamdulillah nampaknya ikhlas tu dah datang dan aku mula bertudung selamat tanpa 'tudung saji'. Kekekeke

K itu perubahan pertama.
Kedua, aku sangat sensitif berbanding zaman muda ku dua-tiga tahun lalu. Sensitif means, alhamdulillah aku mudah menangis sekarang. Menangis itu lebih baik daripada ketawa berpanjangan. Tak kisah lah apa pun perkara kecil kuman atau sebesar gajah, aku akan menangis. Alhamdulillah lah lembut pun hati kau Yann. haha. Alkisah nak cerita lah dulu dulu kala jangan katakan menangis, apa benda pun aku redah je dengan memegang prinsip, "Alah, lantak lah". Ni bila dewasa, aku sedar banyak benda yang kita lalui sedih bermasalah dan memeningkan kepala. Dulu mana tahu pape, takde benda nak fikir.
Alhamdulillah my second transformation was my only heart :)

Dah pandai berjimat!!!
Yayy this was my very best transformation. Haha sejak bekerjaya aku mula pandai berjimat berhemat dan for the first time aku tak minta duit mak abah. Alhamdulillah aku berjaya survive hidup sebulan tanpa duit mak atau abah atau Budin. Tahniah my pretty self! Dan aku berjaya saving sebulan pertama ni. Kiranya gaji tu tak habis 0 lah dalam akaun.

Itu adalah diantara transformation aku yang paling menjadi. Hehe. Mungkin nampak tak sehebat mana tapi aku rasa diri aku hebat sebab berjaya ubah diri. Hehe, transformation anda pula bagaimana? ;)


Lanje gambar doploh satu tahun sikit kekeke;)



Elephat Army VS Southern Tiger ahead!!

The final of Piala Malaysia is coming!!!!!!!!!!

Ok, menjelang 1 November ni, akan berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara dua team gergasi, JDT dan Pahang. Perlawanan ni akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpo.

For me, haha i chose Johor lah for sure. Safiq Rahim is there. <3 <3
Haha miang lah yan. No lah, because I love Johor very much. Haha apa-apa pun malas lah cakap banyak since I am a girl, I have lacked knowledge about football.

Selamat Berjaya Pahang dan Johor. Majulah sukan untuk negara! :)



Rindu Alya dan Balqis

Ya Rabbi rindunya pada budak berdua ni. Dah lah jauh nun kat utara. :)

Dpt jugak tengok adik dan kakak pakai baju raya. Hehe kakak pakai tudung yg kak Yan bagi. Kakak dah besar lah. Manis sangat sangat �� Adik sama, kecik je comel je.

Kakak dgn adik ada adik baru ye?
Lepasni tak bole panggil Alya 'adik' dah. Kena jadi kakak. Dulu sebelum pindah kata kakak Balqis nak nama adik Danish Putera. Alala. Tup tup dapat adik perempuan.

Tak apa lah kakak, adik. Ada lagi geng main teddy bear, main mekap2. Semoga adik dan kakak sihat kat sana. Kak Yan, mak dan Kak Nora rindu sangat dekat adik dan kakak.

InsyaAllah ada rezeki, ada masa, kami akan datang jumpa kakak dan adik kat Kedah. Jangan tak kenal Kak Yan dah tau. Hehe. ❤

Kisah sayang dan kakak kedai baju.

Cuti raya Budin dah lama habis. Tp aku berminat nak share satu momen. Aku dan Budin pergi Wetex Parade, Budin nak beli barang peribadi dia.

Budin suka tegur kakak kedai baju Clips ni. Lama kenal katanya.
Jadi, Budin tegur dia, sembang-sembang. Kakak tu tanya dia, "Ini awek ke?"
"Taklah. Bini," kata Budin.

Aku senyum malu-malu gitu. "Dah berisi ke bini kau ni Din," Tegur kakak tu. Kau tahu gua punya hati kuciwa. Oh my god. Does my body looks fat already?

Budin gelak-gelak lepastu dia nak cover dia jawab, "Belum ada anak lagi kak"

At that moment, kakak tu mula lah bagi semangat konon nya. "Takpela sabar nanti mesti ad rezeki bla..bla..bla"

Gua yg berdiri belakang Budin mula berfikir bagaimana nak mengkempiskan dan membuang lemak jahat di badan dek hari raya dan juadah yang bersepah lah ni sehingga aku dgn orang pregnant tiada bezanya.

Aku monyok je. Balik tu kata Budin, "Belum mengandung belum kahwin dah gemok cani sayang. Bayangkan lepas kahwin mengandung melepek org bg makan minum?"

Iye Budin. Azam tahun 2014 aku adalah mencapai berat 45 kilogram. Jangan mencabar kelak rugi jadinya.

Rezeki Allah bagi.

Bulan Ramadhan aku tahun ni ibarat bulan rezeki aku. Alhamdulillah minggu last ramadhan, aku dapat panggilan temuduga banyak tempat.
1. TNB Petaling Jaya
2. Telekom Malaysia
3. CIMB Bank
4. Maybank
5. KATS Technologies
6. Diagnostic Company
7. GoBsn Bhd

Cuma aku dapat pergi Telekom dan CIMB je. Oklah. Aku dpt dua lagi pengalaman interview.
Dan alhamdulillah aku berjaya dlm temuduga Telekom Malaysia. 11 Ogos boleh masuk kerja katanya. Tp kena training dulu. Alahaii.
Aku berharap dapat CIMB Bank sangat sangat sangattt. Kalau aku dpt CIMB takde lah jauh sgt bersimpang dgn course aku belajar waktu kat poli.
Entahlah.
Aku minta petunjuk pada Allah satu satu nya ��

Aku bukan taknak kerja TM, tapi tak sama dgn course yg aku ambek. Customer Service dgn Banking kau rasa beza dia acane? Haa.

Tp kalau tak ade pape insyaAllah aku pergi kerja tu drpd aku tak bekerja. Sekurangnya boleh aku simpan duit untuk sambung degree.

May Allah ease my way..

Nukilan seorang kakak.

Suatu hari kalau engkau dah berjaya,
jangan lupakan kakakmu yang seorang ini.

Aku mungkin sangat panas baran, mengamuk tiba-tiba, marah tak semena, semua bagai tak kena, ada sahaja nak ku complain. Tapi aku KAKAK.
Aku tak boleh tunjuk manja mengada-ngada sedangkan adikku bukan seorang yang manja.

Aku KAKAK.
Aku belum berkerjaya apalagi mampu memberi kau keperluan yang cukup. Duit poket mu belum mampu aku beri.
Aku cuba korbankan suku pinjaman PTPTN, agar kau dapat merasa apa yang aku rasa ; memandu kereta dengan lesen.
Alhamdulillah, sekarang dah boleh menyusur di atas jalanraya. Aku tumpang lega duduk bersandar di belakang.

Aku KAKAK. Seboleh sedaya seupaya aku cuba.
Tiap kali aku keluar, walaupun apa aku makan, aku bawakan untuk mu sedikit apabila pulang ke rumah. Aku tak mahu dikala aku seronok menjamu makanan enak dirumah, adik di rumah tak dapat merasa apa yang aku rasa ketika diluar.
Walau makanan seringgit dua, mahupun berbaki sepotong dua, aku bawakan pulang. Cukuplah, kamu rasa.

Hari ini aku rasa lelah penat. Aku ibarat bapa. Aku seolah-olah tidak dapat merasa lagi kedua kakiku ; cramp.
Ku bawa kau kehulu kehilir.
Kemana sahaja asalkan urusan mu selesai.
Ku harungi berapa bahaya tak terhitung, kepenatan yang semalam tak tertanggung ditambah satu lagi. Satu lagi. Dan lagi.
Tak apa. Aku mengeluh bukan kerana aku penat menguruskan kamu. Tubuh kecilku penat.
Ditambah badan tidaklah sihat, ubat disapu setiap malam, makan segala tidak kena. Tapi aku baik-baik.
Hanya untuk membawa kamu ke menara gading.

Khas untuk ;
adik

Aku sabar, aku berubah

Betul, semua berubah. Aku jadi lebih sabar sekarang.

Aku faham karier tentera. Dengan kursusnya, kurang masa untuk kita, cuti yang takde langsung. Aku cuba faham, aku cuba faham.

Aku gagahkan hatiku enam bulan dia training kat PUSASDA. Teruk waktu tu. SubhanAllah, aku hilang tempat bergantung, aku hilang tempat bercerita. Enam bulan tanpa berhubung langsung. Yang ada cuma surat. Sunyi. Sekalipun ada kawan-kawan lelaki, aku fikir "tak sama dengan Budin"

Habes rekrut, terus di pindahkan ke unit baru. Cuti dua minggu. Cuti tu lah kami manfaatkan sepenuhnya. Dan waktu cuti kelmarin lah membuatkan aku dan dia berbincang soal perkahwinan. Ya Allah, mudahkan urusan jodoh kami.

Aku masih dapat membayangkan setiap hari dia menemui ku, tiap hari itu juga airmata mengalir. Ya Rabb, aku belum pernah menangis menyusahkan hatinya. Dia tenang, dia cuma memberi bahu nya, biarlah berapa liter airmata mengalir. "jgn menangis syg"

Kau tak faham betapa sepi hatiku, sendirian menempuh cabaran, mengejar matlamat kita.

Aku rasa beratnya menanggung rindu yg dah tentu tentu tak menjanjikan pahala. Aku membayangkan bagaimana aku mengecap pahala tiap kali aku menghadiahkan senyuman padanya. Aku membayangkan bagaimana indahnya itu perkahwinan. Kerana aku mula sedar, aku patut mengejar pahala Ilahi, mengejar redhaNya, menjalankan hubungan halal.

MasyaAllah, dugaan nya berat.
Saat aku memikir tentang perkahwinan, pernikahan, dan saat Budin berkali-kali melamarku, menjemputku mengiringnya ke alam perkahwinan, aku sesak. Aku dihalang oleh persepsi orang ramai.

"tu tu kawen awal tu kenape tu? Terlanjur agknya"

"baru habis belajar nak kahwin, jasa mak bapak belum terhabis bayar"

Ya Allah, apa patut aku hiraukan kata kata sekeliling?
Aku mengejar syurga, aku mengejar penghijrahan. Bantu aku, Ya Allah.
Sampai bila aku harus berada dalam cinta yg sudah terang tak halal, sampai bila aku harus menghabiskan wang ringgit dan harta Budin sedangkan aku bukanlah tunangnya, apatah lagi isterinya.

Aku yakin jalanku benar, aku yakin Tuhan ku itu ada, mendengar betapa aku meratap mahu menuju ke jalan taubat yg tak semua berjaya pergi.

Wahai umat Islam akhir zaman, celikkan mata. Kita hidup bukan kerana kerjaya, kereta, rumah banglo berlantaikan permata, bukan kerana PhD anak anak untuk hiasan dinding rumah.

Berhentilah berfikiran negatif. Kasihan kan kami yg mahu berhijrah, kasihankan kami yg mahu mengejar hubungan halal. :(

Selamat Ulang Tahun Ke-Empat



Wahai abang askar,
Selamat Ulang Tahun kita ke-empat
Aku disini tetap sabar
Walau nak celebrate tak sempat

Selamat Ulang-Tahun kita ke-empat
Kau tahu aku risau aku ralat
Aku takut kau tak ingat
Tambah pula nak sambut bersama tak sempat

Budin sekarang bukan macam Budin dulu
Dulu 24 jam dengan kita
Bergayut mesej selalu
Sekarang semua tak cukup masa

Aku tahu kau sibuk di medan perang
Menjaga kereta kebal di selatan
Jangan risau aku tetap sayang
Walau selalu ditinggalkan

Budin sekarang dah jadi askar
Jadi jaguh kampung jadi hero keluarga
Orang kampung panggil dia 'abang sojar'
Aku kat sini tumpang bangga

Sekarang tak macam empat tahun yang lalu
Dulu SMS 24 jam tak jemu-jemu
Call tiap malam asyik cakap 'Lebiu'
Nak pergi sekolah bukak mesej sengih dulu

Tak apalah kalau tak boleh mesej aku
Tak apalah kalau tak boleh call selalu
'Untuk masa depan kita' aku tahu
Asalkan ingat diriku selalu

Jaga diri elok-elok kat sana
Kalau dapat cuti ambil peluang kita jumpa
Walau cuti dalam setahun ada seminggu dua
Aku bersyukur daripada tak ada

Aku faham siapa aku kini
Aku berkongsi Budin dengan negara
'Jangan pentingkan diri'
Hatiku berkata-kata

Aku tunggu kau saat kau cium dahiku
Di dalam rumah Yang Maha Esa
Saat suasana masjid sayu
Ku nanti akad mu ku bayangkan hatiku gembira

Selamat Ulang Tahun sekali lagi
Aku tak tahu berpuisi
Aku tak mahu berjanji
InsyaAllah aku tunggu dirimu kembali


Tahniah Perajurit Muda Mohamad Hafizuddin ♡


Semalam, 15 March 2014 akhirnya hilang pun kerinduan bertimbun kepada Perajurit Muda negara, Mohamad Hafizuddin. 

******
Kisah perjalanan, Sharapi, ambil kereta seawal jam 5:45 pagi katanya lah dari Bangi. Asalnya nak sewa kereta area Nilai, tp semua full. Waktu tu memang rasa putus asa sangat. Aku nak sangat pergi tengok dia.
Untunglah ade Sharapi dan Syahira sudi membantu sahabatmu yg dalam kerinduan ni. haha




Inilah kedua mempelai yg bawak aku sampai ke sini. Terima kasih you two.
Nak tengok Budin punya pasal, sewa kereta sampai ke Bangi. Kereta Saga FLX lagi tu Sharapi sewa.
Kami bertolak jam 7:30 melalui jalan Sepang-Port Dickson, jalan dalam. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit je. Alhamdulillah selamat sampai sebelum perbarisan tamat.

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Pengambilan 173/13 Lelaki dan Wanita 35/2013 diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) bermula jam 8 pagi.










Lepas habis je perbarisan, usaha menjejaki Budin diteruskan. Akhirnya jumpa pun.
Dia tak gelap sangat, makin gemuk. Hehe.
Waktu aku tengok dia first time, dalam hati aku berkata "Tak berubah muka dia"


Rasa dah lama sgt tak tengok dia senyum. 




Tak sanggup tengok dia botak. Haha terkejut terus aku bila dia bukak topi askar dia.


Kak Ngah jelah yang takde sekarang ni ha.


Sukanya adik-adik dia. 







Ini adalah dorm kompeni kompeni dalam PUSASDA. Waktu ni kami belum jumpa Budin lagi. Tercari-cari dia kat mana entah





Susah-susah je makcik masak banyak-banyak. Kawan-kawan saya mmg kuat makan, lagi-lagi Jannah. Haha









Alhamdulillah tamat pun latihan. Tapi tamat latihan pun, malangnya dia belum boleh balik, belum boleh pakai phone sampai lah dia dapat masuk unit. 
*****






Tahniah b. Ini adalah hadiah anniversary ke-4 kita yang paling bermakna sebenarnya. Semoga berjaya menjadi perajurit muda yang setia berkorban untuk agama, bangsa dan negara. Amiin



 
yann♥ Blog Design by Ipietoon