Selamat Ulang Tahun Ke-Empat
Wahai abang askar,
Selamat Ulang Tahun kita ke-empat
Aku disini tetap sabar
Walau nak celebrate tak sempat
Selamat Ulang-Tahun kita ke-empat
Kau tahu aku risau aku ralat
Aku takut kau tak ingat
Tambah pula nak sambut bersama tak sempat
Budin sekarang bukan macam Budin dulu
Dulu 24 jam dengan kita
Bergayut mesej selalu
Sekarang semua tak cukup masa
Aku tahu kau sibuk di medan perang
Menjaga kereta kebal di selatan
Jangan risau aku tetap sayang
Walau selalu ditinggalkan
Budin sekarang dah jadi askar
Jadi jaguh kampung jadi hero keluarga
Orang kampung panggil dia 'abang sojar'
Aku kat sini tumpang bangga
Sekarang tak macam empat tahun yang lalu
Dulu SMS 24 jam tak jemu-jemu
Call tiap malam asyik cakap 'Lebiu'
Nak pergi sekolah bukak mesej sengih dulu
Tak apalah kalau tak boleh mesej aku
Tak apalah kalau tak boleh call selalu
'Untuk masa depan kita' aku tahu
Asalkan ingat diriku selalu
Jaga diri elok-elok kat sana
Kalau dapat cuti ambil peluang kita jumpa
Walau cuti dalam setahun ada seminggu dua
Aku bersyukur daripada tak ada
Aku faham siapa aku kini
Aku berkongsi Budin dengan negara
'Jangan pentingkan diri'
Hatiku berkata-kata
Aku tunggu kau saat kau cium dahiku
Di dalam rumah Yang Maha Esa
Saat suasana masjid sayu
Ku nanti akad mu ku bayangkan hatiku gembira
Selamat Ulang Tahun sekali lagi
Aku tak tahu berpuisi
Aku tak mahu berjanji
InsyaAllah aku tunggu dirimu kembali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment