Azyan di Kuala Lumpur.


Sekarang dah hampir tiga bulan aku jadi orang Kolumpo. Dan pelbagai pengalaman, pelbagai karenah, pelbagai pengajaran dah aku dapat. Sekarang, aku sedang training di Menara Celcom Jalan Semarak untuk jawatan Customer Service Professional (CSP).
Ok, sepanjang tiga bulan ini antara benda yang sangatlah meyayat hati/memeranjatkan ialah




SATU : Tak semua pengemis itu jujur.

Okaylah nak dicerita ada lah satu pengalaman waktu kerja kat World Vest Base Sdn Bhd kat Pasar Seni, tiap kali break/lunch hour, aku akan nampak seorang pengemis cina lah kot sebab mata dia sepet. Dia mcm kudung, dia mengemis dengan penuh simpati. Aku ni dahlah cepat kesian.
Ada satu hari tu, aku bagi dia roti. Dia tak makan. Dia teruskan mengemis. Dalam hati aku "Dah bagi makan, makan lah". Dia tak makan jugak.

And aku berhenti kerja lepas dapat offer dari Celcom. Esok nya aku pergi office lama nak ambil barang, aku nampak pengemis cina yang ku beri roti tu, amboii bukan main sihat walafiat dia berjalan, Tak kudung pulak tangan tu. Lepas tu, aku terus ambil iktibar. Janganlah percaya dah. Entah entah depa tu lebih kaya dari aku. Aku ni dalam poket ada doploh ringgit, dia satu hari dapat dua ratus ringgit. Hah see?




DUA : Jangan pandang luaran

Sekarang nak cerita pasal staff kat Menara Celcom pulak. Ada satu kakak ni dia merokok. Dia memang nampak teruk luarannya. Nampak mcm "aduhhh teruknya kakak ni". Luaran memang nampak langsung tak sopan. Tapi bila kau kenal dia. budi bahasa dia masyaAllah baik sungguh, Percakapan dia, cara dia bercakap sangat soft-spoken, tolerate dan paling sejuk mata ni, dia tak pernah lekang dengan senyuman. Dia senyummmmmm je. Dia tak kisahkan mahupun pedulikan orang sekeliling.
*hiasan semata mata

Lain pulak situasi nya di surau. Theres a group of kakak kakak bersembang berbual mengutuk mengata bukanlah berbicarakan soal agama atau perihal ibadah. Tapi tak berhenti-henti mengutuk officemates sendiri dengan perkataan agak tak baik lah utk dicontohi. Kedekut pulak tu dengan senyuman. Aku pun jadi takut nak berkawan.


Tapi bukanlah semua wanita di surau macamtu, kebanyakannya diam bertakafur. Aku cuma berfikir bezanya dua jenis wanita yang luaran pun berbeza,
Sampaikan kita jadi takut nak rapat berkawan dengan kakak-kakak di surau berbanding kakak yang merokok nampak jahat tadi, Aku harap kakak tu boleh sama sama masuk surau dengan aku sebab dia baik sangat. Amiiin. Doa ni.




TIGA : Ohmygod kenapa banyak mat rempit????

*hiasan je


Hari Ahad lepas aku memandu di kawasan bukit bintang dan dataran merdeka. Seriously, terlalu banyak mat mat motor serta minah minah motor. Aku jadi takut. Laju, ramai, muka ganas ganas. Aku pun hairan diorang nak kemana beramai-ramai naik motor tu.
Bukan apa, bagi pemandu yang penakut yang lemah semangat macam aku ni, takut lah nak drive sebab diorang mcm menghalang keselesaan lalulintas. Ecehhh.
Tapi, aku rasa macam meriah jugak tengah bandar diorang berkumpul macam tu. Kekekeke

tapi boleh senyum lagiiiii




EMPAT : Hunger Game di Kuala Lumpur 

*hiasan ciplak dari google image


Kalau korang perasan lah kat sekitar jalanraya berhampiran Sogo, nanti kalau lampu pejalan kaki dah hijau dan ada kereta hati batu nak jalan dengan lajunya , akan ada suara wanita entah datang dari mana cakap "Sila beri laluan kepada pejalan kaki". Bagaikan berdengung satu Kuala Lumpur.

Mana datang suara? Macam dalam cerita Hunger Game. Tengok kan ada suara orang dalam game tu kawal game tu dengar satu hutan. Ibarat macam tu lah perasan aku. "Wow hunger games" Walaupun sebenarnya aku tau itu adalah suara automatik operator kat lampu isyarat. Haha teruja nampak aku jakon sini




LIMA : Nasi Kerabu di pagi hari

Ahaa! Ini adalah yang agak pelik bagi aku waktu kali pertama aku jejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
Biasanya sebelum pergi kerja, aku akan singgah beli sarapan kat makcik kelate tepi stesen LRT. Biasanya aku akan beli nasi lemak lah dengan kuih dua tiga biji. Aku nampak makcik tu jual nasi kerabu siap disediakan pelbagai jenis lauk pauk.

*thank you google image


Kalau lah aku tak duduk KL, nasi kerabu biasanya aku jumpa waktu bulan ramadhan je. Kat sini, orang KL makan waktu sarapan. Pelbagai lauk lah diorang beli. Sambal belacan ada, ayam masak sambal hijau, budu pun ado ha. Jadi aku rasa mcm "kenapa makan nasi kerabu waktu breakfast?" ohh mungkin diorang simpan sampai waktu lunch kot.

Tapi yang pasti, aku memang tak reti makan nasi kerabu dan tak pandai makan nasi kerabu. Namun begitu sejak aku mula training di Celcom, jarang lah aku beli sarapan kat makcik2 jual tepi jalan tu sebab kat Jalan Semarak susah nak carik.
Hari-hari makan kat kafe Menara Celcom je. Hari-hari sandwich tuna besar kamus dewan.




ENAM : Kuala Lumpur bukanlah seperti di Slot Akasia TV3

Kalau korang rajin tengok akasia, contohnya cerita Kerana Terpaksa Aku Relakan, Cinta Jannah, plot cerita dia : gadis kampung datang bandar - lepastu ada masalah - lelaki kaya datang tolong.

*hiasan semata-mata tiada kena mengena dengan Aeril Zafrel mahupun Nelydia Senrose


Hahaha the actual thing is, kebanyakan orang sini tak kisah pun kau jatuh ke tersungkur ke melainkan dia kenal kau betul2. Contohnya dalam LRT atau dalam kesesakan kat jalanraya/stesen/shopping complex,  biasanya orang sini dia buat hal sendiri. Menonong je jalan. Tak ada lah istilah terlanggar tolong lepastu bawak balik rumah, jatuh cinta dan sebagainya.

Tak semua orang boleh dipercayai ye kat Kuala Lumpur. Ingat tu! Kalau jatuh bangun sendiri jangan harapkan orang hulur tangan angkat kita. Silap silap dia hulur tangan untuk tolak kita.




TUJUH : Barang tak semahal yang orang kata

Siapa kata barang kat Kuala Lumpur mahal-mahal? Kalau sewa rumah tu mungkin lah mahal 7-8 ratuss gituhh. Tapi untuk makanan, baju pakaian tak semahal yang dikata. Cuma pandai-pandai lah pilih tempat. Jangan lah beli sandwich kat Pavilion, memang kering lah poket. Apa kata orang? "Ukur baju di badan sendiri".

Haa kalau nak beli keropok/jajan/kudap-kudap korang boleh dapat borong tiga empat jenis keropok. Satu paket dalam 3kg gittu. Tak sampai RM30. Borong lah. Buat makan ringan-ringan tengok tv. Berbaloi ape. Lauk berdasarkan pemerhatian aku, belum di tahap mahal lagi.Belum pernah lagi lah aku lunch atau breakfast melebihi lima ringgit. Perut saya saiz kecil awak awak semua, selera kecil jugee ^^

And kalau pergi pasar malam, keropok lekor bukan macam harga pasar biasa. Seringgit boleh dapat satu bekas cawan minuman tu. Untuk perut kecik macam aku ni, sangat lah cukup. Okay, baju pulak. Kalau rasa nak try baju branded, cuba lah ke Sogo. Selalu sangat ada sale. Hah kalau rasa duit tak berapa nak ada, masjid india ada, apa kau nak? Semua ada, murah-murah cantik-cantik. Nak beg Michael Kors? Vincci? Carlo Rino? Masjid India pun ada. (cuma tak ori jela hehe) 



Tapi okay apa. Aku pernah beli, kakak office tegur "akak pun tak berani beli beg Carlo Rino yan walaupun dah lama kerja". Ye kak, Yan mampu beli sebab Carlo Rino ciplak lima belas hengget di Masjid India.





Ha guys. Itu jelah yang mampu aku perah dari pengalaman melambak aku ni. Ada masa akan ku tulis lagi yay.

Assalamualaikum 





Warm and friendly regard,
              yann

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon