Ya, aku dulu free hair. Pelbagai style rambut dicuba, pelbagai salon diredah untuk menggayakan rambut. Dulu aku free hair, tapi aku belum lupa solat. Aku petah membaca Al-Quran, aku rajin mengkaji hal agama tapi aku jahil bab berpakaian. Aku pakai mengikut trend, ikut kawan kawan, malah mak pun jarang melarang. Ya Allah, ampunkan dosa mak. Aku tak malu menggayakan shortpants, mahupun skirt. Aku tak malu berjalan berkilo kilo meter dengan aurat terbuka.
Ya Allah, aku baru sedar betapa bernilainya mahkota ini. Rambut.
Aku cuba bertudung.
Ya, aku mungkin berkelakuan tidak baik. Tapi aku kadang-2 termenung memandang wanita bertudung. Ya Allah, manisnya gadis bertudung. Kenapa aku tak bertudung? Itu yg aku keluh dlm hati.
Aku cuba bertudung.
Aku dengar banyak kutukan orang ramai, "perempuan bertudung bukannya baik" "perempuan bertudung lagi teruk dr perempuan freehair". Tp, aku jumpa byk jawapannya. Bertudung itu suruhan Maha Pencipta. Dan apa yg membuatkan aku tersenyum kesyukuran, artikel ini :
Alhamdulillah selepas aku melanjutkan pelajaran, dlm course Islamic Banking, menemukan aku dgn kawan-2 yg membuka seluasnya pintu hatiku untuk menutup aurat.
Ya, bukan mudah. Bukan mudah nak berubah ke arah kebaikan.
Kadang-2 ada kawan kawan kata "Kau lg cantik bila freehair, Yann"
Tak cantik kah aku waktu bertudung? Tp aku diamkan. Disebalik kritikan, Budin lah yg selalu bagi komen positif. Dia lah paling memahami betapa susah aku nak berubah.
Senget mana pun aku belajar bertudung, dia tetap kata "Cantik".
Alhamdulillah, aku tersedar. Sebenarnya itu petunjuk-Mu.
InsyaAllah aku akan terus istiqamah dalam perubahan ku. Biar berterusan.
Aku faham jiwa manusia yg nak berubah. Kala aku memandang rakan rakan yg masih di takuk lama, hatiku berbisik, "Ya Allah, bimbinglah rakanku sebagaimana Kau membimbingku".
Assalamualaikum.
YANN
*untuk kongsian bersama. semoga entri kali ni dapat menjadi teladan baik kpd wanita Islam diluar sana. Amiin.
0 comments:
Post a Comment