Malam Cinta Rasul (USIM)

Assalamualaikum pembaca pembaca. Hihi.

*****
Kali ni nak share pengalaman pergi Malam Cinta Rasul baru baru ni di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai.
Ini adalah kali pertama aku pergi ke majlis macamni. Sekalung terima kasih kepada pihak Politeknik Nilai yang menyediakan dua buah bas untuk pelajar pergi. Program macamni patut nya digalakkan penyertaan. Hehe.
*****
Dan, ini adalah kali pertama aku pakai jubah. Terima kasih kepada Ika. *baju sponsor


Classmates. Di depan dewan tertutup USIM.

Nak dimulakan cerita, tapi bertolak dari kawasan politeknik pukul7.50 lebih kurang. Dalam 30-45 minit, sampailah kat USIM. Tak jauh. Ramai yang pergi. Semua nak tengok Habib Syech Assegaf secara live. Subhanallah, ramai sangat yang pergi. Yelah, siapa yang takmau tengok orang yang dikatakan dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

Tengoklah betapa ramai orang kat majlis tu. Tak kisah berhimpit sekalipun.


Tengoklah ada yang sampai menangis-nangis waktu berselawat ke atas Nabi Muhammad. Nampak kan betapa besarnya cinta dia kepada Rasul Allah. Subhanallah Maha Suci Allah. Apa dia fikir agaknya?
Mungkin dia fikir betapa susahnya perjuangan Nabi Muhammad SAW. Mungkin juga dia terkenangkan kisah Nabi Muhammad menangis sewaktu fikirkan umatnya nanti.
***
Ditambah pula dengan qasidah beramai-ramai. Kami siap print lirik Ya Hanana lagi.
Memang rasa best seronok. Walaupun Habib tu cuma melambai dari jauh. Dan anak kecil yang berqasidah. Aku terpegun. Pandainya mak ayah dia asuh dia. Comel, berqasidah Ya Hanana, berserban. Subhanallah.
***
Ada bendera Palestin dikibarkan waktu program itu. Ada yang berebut-rebut nak salam tangan Habib waktu Habib naik ke pentas dan Alhamdulillah, aku dapat lihat wajah keturunan Nabi Muhammad kekasih Allah.
***
Malam Cinta Rasul:)



Yang Menulis,
  Yann


0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon