Malam Cinta Rasul (USIM)

Assalamualaikum pembaca pembaca. Hihi.

*****
Kali ni nak share pengalaman pergi Malam Cinta Rasul baru baru ni di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai.
Ini adalah kali pertama aku pergi ke majlis macamni. Sekalung terima kasih kepada pihak Politeknik Nilai yang menyediakan dua buah bas untuk pelajar pergi. Program macamni patut nya digalakkan penyertaan. Hehe.
*****
Dan, ini adalah kali pertama aku pakai jubah. Terima kasih kepada Ika. *baju sponsor


Classmates. Di depan dewan tertutup USIM.

Nak dimulakan cerita, tapi bertolak dari kawasan politeknik pukul7.50 lebih kurang. Dalam 30-45 minit, sampailah kat USIM. Tak jauh. Ramai yang pergi. Semua nak tengok Habib Syech Assegaf secara live. Subhanallah, ramai sangat yang pergi. Yelah, siapa yang takmau tengok orang yang dikatakan dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

Tengoklah betapa ramai orang kat majlis tu. Tak kisah berhimpit sekalipun.


Tengoklah ada yang sampai menangis-nangis waktu berselawat ke atas Nabi Muhammad. Nampak kan betapa besarnya cinta dia kepada Rasul Allah. Subhanallah Maha Suci Allah. Apa dia fikir agaknya?
Mungkin dia fikir betapa susahnya perjuangan Nabi Muhammad SAW. Mungkin juga dia terkenangkan kisah Nabi Muhammad menangis sewaktu fikirkan umatnya nanti.
***
Ditambah pula dengan qasidah beramai-ramai. Kami siap print lirik Ya Hanana lagi.
Memang rasa best seronok. Walaupun Habib tu cuma melambai dari jauh. Dan anak kecil yang berqasidah. Aku terpegun. Pandainya mak ayah dia asuh dia. Comel, berqasidah Ya Hanana, berserban. Subhanallah.
***
Ada bendera Palestin dikibarkan waktu program itu. Ada yang berebut-rebut nak salam tangan Habib waktu Habib naik ke pentas dan Alhamdulillah, aku dapat lihat wajah keturunan Nabi Muhammad kekasih Allah.
***
Malam Cinta Rasul:)



Yang Menulis,
  Yann


Situasi penting dalam perjalanan balik Perak. Haha

Semalam 13 Sept, aku pulang ke Perak bersama Aimi. Okay, takmau cakap banyak. Ini ade beberapa situasi yg penting waktu perjalanan pulang aku semalam :

1. Okay, mcm biasa sebelum balik, aku kena pergi post guard hantar kad Kamsis. Yg buat aku rasa sedih, makcik tu tanya aku "Sem 1 ke?" Aku terus jwb,"sy sem lima makcik. Lima lima". Haha dah berapa kali soalan ni diajukan. Mgkin aku belum berjaya bwk watak senior.

2. Sampai je kat terminal One Seremban, aku terus pergi McDonalds. Nak beli makanan utk bekalan dlm bas kononnya. Tp malangnya, aku kekurangan bajet. Beli McChicken dua set, RM20.35. Padahal aku ade RM20. Haha aku geledah-2 beg depan kakak cashier waktu tu. Jumpa pun 55 sen. Terus aku ckp "Alhamdulillah". Kalau tak, kena cuci pinggan aku nanti. Haha

3. Tak dapat seat tempat duduk. Ahh, ini paling menggeramkan. Kenapee aku tak dpt seat. And, bas terlebih penumpang. Aku pun tak pasti apa konflik sebenar bas tu, tp mmg menyedihkan. Driver siap suruh penumpang yg diri turun, nak suruh carik bas lain agaknya. Aimi dh turun, nak menangis aku. Taknak aku duduk sebelah bangla sorang-2. Last-2, dapat jugak seat. Haha

4. Menyanyi dalam bas. Haha. Ini best. Asal aku nyanyi je, Aimi akan gelak. Aku taktahu lah kenapee. Sumbangke suara aku? Haha. Tp aku gembira tgk dia gelak ketawa.

5. Driver bas tinggalkan bangla yg pergi tandas kat Terminal Amanjaya. Haha. Sedih kisah ni. Bangla tu tertinggal kat Amanjaya sbb pergi tandas. Haha. Sedih rasa. Mesti bangla tu menangis. Nasib ade kawan dia lg dalam bas.


6. Aku duduk kat tangga bas. Sebab nanti senang nak turun kat Siputeh. Okaylah, best duduk tangga sebab boleh tgk pemandangan luar. Haha. Rasa mcm anak driver bas waktu tu. Haha

7. Berkenalan dengan budak-budak PUO yg nak balik ke Manjung / Lumut. Haha. Diorang tanya aku,"Ini akak ke adik?" Haha, aku tanya diorang balik,"korang korang dari mana?" Diorang jawab diorang dari Politeknik Ungku Omar. Aku tanya,"sem berapa?" Diorang jawab,"sem satu". Haha so aku dengan megah bangga nya cakaplah,"Kitee sem lima, Politeknik Nilai". Haha lepastu sembang-2 course semua tu. Haah okaylah. Diorang peramah. Haha waktu aku turun, diorang siap ByeBye lagi. Hehe

Okay, itulah situasi situasi penting waktu perjalanan semalam. Hehe. Bytheway, thanks Aimi sebab sudi teman balik and jaga. Hehe jaga lah sangat.

Sekarang, aku dah kat rumah. Selamat sampai semalam jam 7.30 petang mcm tu.

K itu je kisah kali ni. Byebye kawan kawan. Assalamualaikum.

Perjalanan gadis yg cuba menutup aurat.


Ya, aku dulu free hair. Pelbagai style rambut dicuba, pelbagai salon diredah untuk menggayakan rambut. Dulu aku free hair, tapi aku belum lupa solat. Aku petah membaca Al-Quran, aku rajin mengkaji hal agama tapi aku jahil bab berpakaian. Aku pakai mengikut trend, ikut kawan kawan, malah mak pun jarang melarang. Ya Allah, ampunkan dosa mak. Aku tak malu menggayakan shortpants, mahupun skirt. Aku tak malu berjalan berkilo kilo meter dengan aurat terbuka. 

Ya Allah, aku baru sedar betapa bernilainya mahkota ini. Rambut.

Aku cuba bertudung. 

Ya, aku mungkin berkelakuan tidak baik. Tapi aku kadang-2 termenung memandang wanita bertudung. Ya Allah, manisnya gadis bertudung. Kenapa aku tak bertudung? Itu yg aku keluh dlm hati.
Aku cuba bertudung.
Aku dengar banyak kutukan orang ramai, "perempuan bertudung bukannya baik" "perempuan bertudung lagi teruk dr perempuan freehair". Tp, aku jumpa byk jawapannya. Bertudung itu suruhan Maha Pencipta. Dan apa yg membuatkan aku tersenyum kesyukuran, artikel ini :




Allah Maha Penyayang, Dia gerakkan hatiku untuk bertudung kerana dia sayang padaku. Kerana Dia tahu aku seorang hambaNya yg baik. Dia Maha Memahami. :'(

Alhamdulillah selepas aku melanjutkan pelajaran, dlm course Islamic Banking, menemukan aku dgn kawan-2 yg membuka seluasnya pintu hatiku untuk menutup aurat.

Ya, bukan mudah. Bukan mudah nak berubah ke arah kebaikan.
Kadang-2 ada kawan kawan kata "Kau lg cantik bila freehair, Yann"
Tak cantik kah aku waktu bertudung? Tp aku diamkan. Disebalik kritikan, Budin lah yg selalu bagi komen positif. Dia lah paling memahami betapa susah aku nak berubah.

Senget mana pun aku belajar bertudung, dia tetap kata "Cantik". 

Alhamdulillah, aku tersedar. Sebenarnya itu petunjuk-Mu.
InsyaAllah aku akan terus istiqamah dalam perubahan ku. Biar berterusan.


Aku faham jiwa manusia yg nak berubah. Kala aku memandang rakan rakan yg masih di takuk lama, hatiku berbisik, "Ya Allah, bimbinglah rakanku sebagaimana Kau membimbingku".

Assalamualaikum.
YANN


*untuk kongsian bersama. semoga entri kali ni dapat menjadi teladan baik kpd wanita Islam diluar sana. Amiin.

Abang askar, cepat balik. :'(



Semoga selamat, sihat kat sana. Jangan lupa kitee. Jangan tinggal solat. Jadilah lelaki yang tabah, yang mampu membahagiakan mak abah dan keluarga, jadilah lelaki yang mampu membimbing bakal isterinya ke jalan yang benar. Alhamdulillah, awak dah berjaya bimbing saya untuk menjaga aurat walaupun belum tentu saya bakal isteri awak. Jadilah anak yang soleh, yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya. Jadilah adik yang baik, yang menceriakan hati kakak-kakak. Jadilah abang yang baik, yang boleh menjadi teladan kepada adik-adik. Alhamdulillah, penantian bertahun ni berbuah. InsyaAllah, awak berjaya didunia dan di akhirat. Mudah-mudahan. Allah itu Maha Penyayang. Diberikan ganjaran setimpal dengan kesabaran dan usaha. Assalamualaikum.



Waktu ni kita tunggu nak tengok cerita Sam kat AEON Melaka dulu dulu dulu.


Dataran Pahlawan, Melaka. A day before my birthday. This day when you brought me walk around Malacca, riding in a cruise along the river of Malacca, treat me a meal of Pizza Hut. As the clock stand at twelve am, you just smiled with a short wish "Selamat Hari Lahir, ayang"


KL Sentral. Back to Perak. You keep smiling smiling altough everything Ive done.


Just thank you for the jersey.


Muka sama ehh? -_____________-


Seat tak boleh depan lagii ke Din?


Ngeee.


Kepsi kepsi.


Muar, Johor. :)


First date, two years ago.


Last year. Aidilfitri.


Medan Gopeng, Ipoh.


Muar, Johor.


Senyum tu sama tu tu tu. ^^


Sebelum hantar balik Nilai. Last year yaa


Waktu ni kan kita tunggu bas nak balik Johor. Lambat sangat.


Webbie.


Webbie.


Muar Town.


Percutian ke Lumut. Thanks belanje. Hehe.


Muka macam cikgu ah. (y)


Lumut.


The moment you try to hide my by your back from the sun because you just know I am in trouble under the sunlight.


Konon. -__-


Alhamdulillah, pass pun bawak kereta budak ni


Haha bergembiralah dulu sebelum masuk PUSASDA.

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon