Semalam (4 Ogos 2013) akhirnya kami kami bekas pelajar SK. Siputeh berkumpul ramai ramai kat KFC Batu Gajah. Kononnya majlis Iftar. Hehe.
Alhamdulillah, reunion yang ala kadar ni berlangsung dengan meriah.
Kami sempat borak borak, mengimbau kenangan berlakon 'Si Luncai', kenangan buat boria sekolah dulu, kenangan Cikgu Laila tarik sideburn, kenangan Ain menangis sebab Dolah tak suka dia dulu, Haha macam macam lah.
Terima Kasih Muhaimin sebab belanja aku dan Ummi harini. Kau memang 'suami' yang baik. Haha
Tengoklah kitorang reserve tempat. Haha
Kemain dah besar besar semua. Hehe
Bersama Zurain, dia pindah waktu kami Tahun 5. Tapi dia tetap join.
Siap sambung meja katakau. Haha tu pun tak cukup lagi tu.
Too bad, ini je perempuan yang join. Ikut tema kan? Pakai baju kurung. Hehe.
Haha muka muka dah besar.
Ter'block' jalan KFC. Nak bergambar sgt kan.
Ini lah bekas ketua pengawas pusat sumber SK Siputeh tahun 2005. Haha tinggi gila dia. Menakutkan.
Guna tab Ummi. Tayang Pepsi Cola. Hehe
Haha. 360.
Cantik lah gambar ni Ain, tira.
Seframe dua bersama Muhaimin. Thanks sebab support makan minum aku semalam Min. :)
Haha. Settle masalah rumahtangga kata Tira.
Akhir kata, terima kasih atas sokongan korang, semoga kita jumpa lagi and insyaAllah, raya nanti kita buat event lagi okayy?
Okay yang tak dapat join tu, tak apa lah. Mungkin tak rezeki. Maaflah pada sesiapa yang tak terajak. Tapi Tira dah list kan semua nama, rasanya dia ajak semua.
And pada yang tak bagi respons langsung, jangan salahkan kitorang sebab kitorang dah ajak semua and berharap sangat korang datang sebab jarang sangat dengar orang buat reunion sekolah rendah ni.
Sesiapa yang tak puas hati, cukup cukup lah. Nak raya kan?
Maaf Zahir dan Batin, kawan kawan.

Assalamualaikum dan selamat menyambut Aidilfitri, kawan kawan. :)
0 comments:
Post a Comment