Perjalanan raya di Pagoh ♥


 ♥ SELAMAT HARI RAYA BLOGGERS ♥

Belum berakhir pun Syawal, rasa tak terlambat nak wish Selamat Menyambut bulan Syawal.
Hehe.

Okay, rasa nak berkongsi tentang perjalanan Aidilfitri aku tahun ni. Jangan terkejut kalau aku kata, aku drive daripada Siputeh, Ipoh, Perak sehingga ke Pagoh, Muar, Johor. Waktu tu memang macam-macam dalam kepala. Rasa nyawa dihujung tanduk pun ada. Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aidilfitri kali ni, aku jadi bapa. Aku lah yang bawak mak dan adik balik kampung.


Haha. Nak balik Johor kan? So pakai jersi JDT lah tunjuk semangat sikit.


Haha, waktu nampak signboard ni, rasa penat hilang terus. Terus tekan minyak sebab nak cepat sampai. Hihi.


Akhirnyaa, Yan berjaya. Yeayy.

Sampai je kampung, aku dah tak dapat rasa kaki sendiri sebab punyalah penat, kebas kaki, lenguh kaki sebab main clutch, brek berkali-kali.


Rumah atok. ♥ 
Kampung Bukit Panjang, 84600, Pagoh Muar, Johor

MALAM RAYA 

Malam raya kat kampung best. Main bunga api, hantar monjong kat rumah jiran / sedara mara. Monjong tu macam kita bertukar-tukar lauk dengan jiran / sedara mara. So, kita dapat rasa macam macam jenis lauk, rendang, ayam masak kicap, lodeh, kuah kacang dan pelbagai.



"adik nak tangkap gambar". Bersilat terus Syamim ni


AIDILFITRI 



Ini keluarga pakcik aku. Haha, kelakaa gambar ni, masing masing muka masalah. Kihkih.


First Syawal. Tapi tak cukup kolum.


Keluarga akak.
Abang Hamzah, Kak Eny, Abina dan Syamim


Keluarga makcik


Posing dalam bilik seolah olah majlis engagement. Haha 


Raya ke-4 tak silap. See me in the pink dress. 


Sebelum pergi beraya ke rumah saudara mara.


Haha dapat kamera, habissssss -______-


Comelnya yann. Puji diri sendiri


Keluarga belah atok di Serom, Muar. Meriah. 

Indah Syawal tahun ni. Baju pun mahal siap pakej dua tiga tahun. Hehe.
Semoga ada lagi Syawal untuk kita. Amiin.

ASSALAMUALAIKUM ♥

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon