Perjalanan raya di Pagoh ♥


 ♥ SELAMAT HARI RAYA BLOGGERS ♥

Belum berakhir pun Syawal, rasa tak terlambat nak wish Selamat Menyambut bulan Syawal.
Hehe.

Okay, rasa nak berkongsi tentang perjalanan Aidilfitri aku tahun ni. Jangan terkejut kalau aku kata, aku drive daripada Siputeh, Ipoh, Perak sehingga ke Pagoh, Muar, Johor. Waktu tu memang macam-macam dalam kepala. Rasa nyawa dihujung tanduk pun ada. Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aidilfitri kali ni, aku jadi bapa. Aku lah yang bawak mak dan adik balik kampung.


Haha. Nak balik Johor kan? So pakai jersi JDT lah tunjuk semangat sikit.


Haha, waktu nampak signboard ni, rasa penat hilang terus. Terus tekan minyak sebab nak cepat sampai. Hihi.


Akhirnyaa, Yan berjaya. Yeayy.

Sampai je kampung, aku dah tak dapat rasa kaki sendiri sebab punyalah penat, kebas kaki, lenguh kaki sebab main clutch, brek berkali-kali.


Rumah atok. ♥ 
Kampung Bukit Panjang, 84600, Pagoh Muar, Johor

MALAM RAYA 

Malam raya kat kampung best. Main bunga api, hantar monjong kat rumah jiran / sedara mara. Monjong tu macam kita bertukar-tukar lauk dengan jiran / sedara mara. So, kita dapat rasa macam macam jenis lauk, rendang, ayam masak kicap, lodeh, kuah kacang dan pelbagai.



"adik nak tangkap gambar". Bersilat terus Syamim ni


AIDILFITRI 



Ini keluarga pakcik aku. Haha, kelakaa gambar ni, masing masing muka masalah. Kihkih.


First Syawal. Tapi tak cukup kolum.


Keluarga akak.
Abang Hamzah, Kak Eny, Abina dan Syamim


Keluarga makcik


Posing dalam bilik seolah olah majlis engagement. Haha 


Raya ke-4 tak silap. See me in the pink dress. 


Sebelum pergi beraya ke rumah saudara mara.


Haha dapat kamera, habissssss -______-


Comelnya yann. Puji diri sendiri


Keluarga belah atok di Serom, Muar. Meriah. 

Indah Syawal tahun ni. Baju pun mahal siap pakej dua tiga tahun. Hehe.
Semoga ada lagi Syawal untuk kita. Amiin.

ASSALAMUALAIKUM ♥

Belajar ni susah kan?

Seronok sebenarnya belajar ni. Dapat jumpa kawan kawan, belajar erti berdikari, belajar macamane nak uruskan hal hal tanpa ibu bapa, belajar macamana nak uruskan kewangan / perbelanjaan.

Tapi ! Time busy memang pening sangat kepala. Ditambah dengan perangai-2 yg suka tangguh kerja tu. Hah, mmg kelam kabut dan tak cemerlang lah.

Mcm kat politeknik, alhamdulillah banyak assignment dilaksanakan dalam grouping. So kalau yg tak menang tangan buat kerja tu, ade lah group members yg tolong-2. Hehe.

Tapi kalau ikut aku, aku suka siapkan assignment sendiri. Bukan ape, biasanya kalau ramai2 mesti sembang sampai ke Neelofa cerita nye. Kalau groupwork dua org pun kira okay. Jalan jugak tangan.

Hm, semester lima ni susah cerita dia. Byk perkara yg tak mampu aku nak fahami. Semakin malas pulak tu. Astaghfirullah Yann, nanti kena repeat paper. Ingat mak abah *motivasi diri sendiri.

Haha, doakan aku dan pelajar pelajar senasib dengan aku berjaya ehh. Amiin.

ASSALAMUALAIKUM :)

Terima Kasih SK Siputeh.

Semalam (4 Ogos 2013) akhirnya kami kami bekas pelajar SK. Siputeh berkumpul ramai ramai kat KFC Batu Gajah. Kononnya majlis Iftar. Hehe.

Alhamdulillah, reunion yang ala kadar ni berlangsung dengan meriah.

Kami sempat borak borak, mengimbau kenangan berlakon 'Si Luncai', kenangan buat boria sekolah dulu, kenangan Cikgu Laila tarik sideburn, kenangan Ain menangis sebab Dolah tak suka dia dulu, Haha macam macam lah.

Terima Kasih Muhaimin sebab belanja aku dan Ummi harini. Kau memang 'suami' yang baik. Haha


Tengoklah kitorang reserve tempat. Haha


Kemain dah besar besar semua. Hehe


Bersama Zurain, dia pindah waktu kami Tahun 5. Tapi dia tetap join.


Siap sambung meja katakau. Haha tu pun tak cukup lagi tu.


Too bad, ini je perempuan yang join. Ikut tema kan? Pakai baju kurung. Hehe. 


Haha muka muka dah besar.


Ter'block' jalan KFC. Nak bergambar sgt kan.


Ini lah bekas ketua pengawas pusat sumber SK Siputeh tahun 2005. Haha tinggi gila dia. Menakutkan.



Guna tab Ummi. Tayang Pepsi Cola. Hehe


Haha. 360.


Cantik lah gambar ni Ain, tira.


Seframe dua bersama Muhaimin. Thanks sebab support makan minum aku semalam Min. :)



Haha. Settle masalah rumahtangga kata Tira.


Akhir kata, terima kasih atas sokongan korang, semoga kita jumpa lagi and insyaAllah, raya nanti kita buat event lagi okayy?

Okay yang tak dapat join tu, tak apa lah. Mungkin tak rezeki. Maaflah pada sesiapa yang tak terajak. Tapi Tira dah list kan semua nama, rasanya dia ajak semua.

And pada yang tak bagi respons langsung, jangan salahkan kitorang sebab kitorang dah ajak semua and berharap sangat korang datang sebab jarang sangat dengar orang buat reunion sekolah rendah ni.

Sesiapa yang tak puas hati, cukup cukup lah. Nak raya kan?

Maaf Zahir dan Batin, kawan kawan.

Assalamualaikum dan selamat menyambut Aidilfitri, kawan kawan. :)
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon