Hey! Saya dah senior.




Hai Hai. Tengok muka semester lima, dalam kelas Sir Afifi (Islamic Trade Finance)
Haha nampak matang kan? 
***
**
Ok, susulan kisah hari ini ialah permulaan semester lima. Bermula dengan hari pendaftaran (19 June). Aku bertolak dari rumah jam 3:58 pagi dan selamat tiba di Nilai jam 7:20 pagi berkat pemanduan berhemah aku. Haha
Asal ceritanya, abah nak tukar tukar drive, tapi tengok tengok aku yang drive sepenuhnya. Patah jugaklah kaki ni main clutch, brek, minyak je. Bila lah nak dapat kereta auto ni.
***
**
Okayy, sesampainya aku di Nilai, aku singgah di rumah sepupu aku di Kuarters KLIA rehat-rehat makan-makan. Pukul 10 pagi aku mula daftar di Politeknik Nilai.



Ini lah bilik aku untuk semester ni. Ha, katil yang warna pink tu lah katil aku. Lokasi bilik ni memang strategik. Banyak tingkap,menghadap masjid, dekat dengan toilet. Haha 
nampak tak ade bakul bawah katil tu? Itu stok makanan aku. Agak dah boleh bukak kedai runcit dah.
***

Kelas pertama bermula je, kitorang dah diarahkan supaya melaksanakan projek untuk course Credit Management dan Islamic Investment. Alahai sir, kenapa tak relaks dulu warming up dulu?
***

Bukan itu sahaja, hari keempat kelas, kami dah ditugaskan untuk present dua course. Memang permulaan yang baik lah. Macam ade cahaya cahaya nak dapat Anugerah Ketua Jabatan.



Ragam ragam kelas pertama. Haha 
Sorry, tak matang lagi walaupun dah 6 bulan menjalani praktikal.


Sukanya gambar ni. Haha ini Najwa, roommate aku
This moment bila kitorang tunggu Sir Afifi masuk kelas.


Ini geng-geng Chem. Haha diorang masih tak matang macam aku.



Ehh gambar dengan Najwa lagi.


Banyak sangat tangkap gambar. Menggunakan handphone mahal Syera Sayang. Haha


Ini Seri, dia pun semakin maju. Haha

Itu lah sedikit dua sikit yang boleh aku entry kan kali ni. Next time bila aku dah dapat password wifi, akan aku post macam macam. 
***

Assalamualaikum and goodbye readers :)

Nak sekolah lagi boleh tak?


Dulu pergi sekolah malas sangat. Ha, ni dah terbayang-bayang nak sekolah balik.
Aku nak mengimbau sedikit dua sikit kenangan kat SMK Pusing.


Haha ^^ aku saja je upload muka comel waktu aku tingkatan lima dulu. Comel kan? Haha. Actually dulu kat sekolah aku pengawas. Tapi sekolah tu macam tak strictkan sangat pakai uniforn pengawas. Ha aku adalah pengawas sekolah. Haha pengawas sekolah yang tak berapa menjalankan tanggungjawab.


Ha ini lah contoh terbaik. Dua-dua pengawas sedang mengambil gambar di tandas sekolah. Bukankah handphone itu dilarang kat sekolah? Haha gambar ni ialah gambar aku bersama Sam (https://www.facebook.com/alice.sam). Sam ni sekelas dengan aku. Kitorang memang sebulu dalam kelas. Dia actually Chinese tapi apa yang aku suka pada dia ialah dia boleh mingle around budak-budak melayu. And cara dia cakap pun macam Melayu taww.


Okay ni classmates. Aku duduk barisan hadapan dua dari kanan. Haha, amboi dah macam nak karang majalah sekolah. Jangan tanya kenapa kelas aku ni ramai Cina. Anggap jelah aku sekolah SMJK (C). Haha. Ini kelas 5 WAWASAN aliran akaun. Guru kelas kami ialah Sir Ramaraj, mengajar English. 


Okay PPIM. Haha. Aku ni salah seorang dari berpuluh ahli puteri islam di atas. Nampak tak gaya puteri ada ni? Haha. Pencapaian aku dalam Persatuan Puteri Islam ni boleh kata hebat jugak lah.





Gambar-gambar ni adalah gambar waktu aku mewakili sekolah dalam Pertandingan Membuat Kolaj peringkat Daerah Kinta Selatan. Dapat second place taww.  Team aku waktu tu ialah Amira Husna *yang pakai kot atas ni* atau aku panggil dia 'Merah' (https://www.facebook.com/amirahusna.amirahusna).


Ha yang terkinja-kinja tu aku lah tu. Happy sangat. Ehh dulu aku kuruskan? Gambar ini diambil waktu sambutan Hari Kemerdekaaan kat sekolah. Macam hantar rombongan orang kahwin je dah. Haha. 


Gambar atas ni pulak adalah waktu kami pergi dinner pengawas di Hotel Excelsior. Haha. Nampak tak berlagaknya muka makan benda mahal-mahal. Haha. Kira ni macam jamuan perpisahan lah konon-konon.


Yang kanan tu Ain. (https://www.facebook.com/aen.johary3). Yang kiri tu Mia (https://www.facebook.com/noramira.nasmira). Diorang ni boleh kata rapat dengan aku lah sampai sekarang kira adalah jumpa-jumpa contact-contact gosip-gosip. Haha bukan apa, gosip dengan diorang ni best. Meletopp kata kau. Haha. Gambar ni diambil waktu hari last persekolahan. Haha aku tahu aku comel. 
Cuma aku tak faham kenapa Mia pakai tudung Pink? Apa motif dia waktu ni? Haha. Tolong jelaskan Mia.


Okay ini gambar ditangkap di tandas sekolah. Haha, gambar ni macam rare lah. Semua muka comel-comel. Ni ahli Puteri Islam kat tandas bergambar ni. Apa nakalnya kita ni? Haha.



Haaa belajar memasak jomm? Haha. Mia tak pandang kamera. Yang tengah pegang senduk tu Lia (https://www.facebook.com/salia.sahaja) si comel pendek. Hehe. Waktu ni kami tengah menyertai pertandingan memasak. Aku pun lupa aku kalah ke menang waktu ni. Haha. Tapi yang pasti memang best. Ha ini adalah anjuran PPIM.


Gambar ni waktu aku form four. Waktu lawatan ke UniTar. Ini semua classmates aku. Aku berdiri dengan Tira (https://twitter.com/atyrafnd). Aku dengan Tira lah yang boleh katakan dari kecik membesar dan berkawan bersama. Haha, ehh nak tengok muka aku dengan Tira waktu form four tak?


Haha comel kann? Siap ada rama-rama. Waktu ni hari raya tak silap aku. Dalam kereta siapa eh? Lupa lupa. 


Kenapa aku kena berlakon cerita ni? Haha. Ain paksa aku berlakon tangkap gambar macam ni. Okay, kiranya aku ni Daim, Mia pulak Apek, Ain pulak Botak, Sam jadik Lan Todak. Haha #Juvana kononnya. 

Gambar ni rare. Nampak tak baju aku dengan Ain diconteng? Haha. Aku lupa siapa yang tangkap gambar ni. Kitorang bergambar kat tiang bendera kat tapak perhimpunan. Aku ingat lagi Sam cakap waktu ni "Aku akan rindu sekolah ni". Haha. Sob sob :(

'

Okay, gambar waktu sukan. Haha. Budak-budak, macamni lah. Ceria sangat. Macam tak ada masalah. Masalah ada, biasanya masalah cinta lah time-time macamni. Haha.


Haha ni pun waktu sukan. Bersama Fatiha (https://www.facebook.com/mIshtIeyArEzz) dan Sera (https://www.facebook.com/norshahira.zainal). Hehe rindu diorang. Ha Sera orang PBSM, kenapa dia termasuk dalam gambar kita ni? Atau sebenarnya aku yang menyelit? Haha.


Dan inilah dewan SPM. Kitorang yang kena susun atur meja-meja sebelum SPM. Haha. Tak macam muka risau nak SPM kan? Hehe.

Sebenarnya sekolah ni best, lagi-lagi aku tengok sekolah dah bercat oren kauu ditambah dengan Wifi. Wahhh, kalau zaman aku dulu ada Wifi, memang aku Instagram jelah dalam kelas.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan persekolahan. Result SPM pun okayy dan dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik subjek Bahasa Melayu SPM dan tersenarai dalam majalah sekolah. Haha. Sekarang adik aku pulak kat sekolah tu, ada jugak cikgu aku yang panggil adik aku 'Azyan'. Haha. Nampak tak nama aku masih dalam ingatan cikgu-cikgu. Seperti pepatah "harimau mati meninggalkan belang, aku pergi meninggalkan nama". Haha.

Assalamualaikum.
       yann


"FROM ZERO TO HERO"

















Rasa macam nak praktikal lagi.


Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa rindu saat praktikal dulu. Tiba-tiba je kan. 
First day kerja je aku dah datang lewat sebab tak ada taxi kat area rumah sewa aku. fortunately, aku praktikal sama dengan Cik Athirah, forever buddy. so ada lah geng datang lewat. Hewhew


okayy ini Cik Athirah. Jangan tanya aku yang mana ehh.

Okayy, rutin harian aku waktu praktikal ni berulang-ulang-ulang dan ulang sama je. Bangun tidur, solat Subuh, pergi kerja, rehat, balik kerja, tidur, dan begitulah seterusnya.

Dekat office, kitorang terpaksa berpisah. Kakak-kakak kat pejabat Amanah Saham Nasional Berhad Ipoh mungkin jealous tengok forever buddy macam kitorang ni yang dari sekolah rendah bersama. Haha.
So, aku diarahkan mengendalikan tugas di Unit Akaun dan Pentadbiran. Cik Athirah pulak ditugaskan dalam Unit Potongan Gaji.


Okay jejaka berbaju Purple atas ni adalah salah seorang praktical student kat office. Ada lagi sorang, tapi malangnya aku tak ada gambar dia. Yang kat gambar ni Khairul Asyraf namanya. Lagi sorang praktikal, Redzuan. Mereka amatlah kelakar dan berperangai budak-budak walaupun umur dah sesuai untuk jadi bapak orang. Mereka adalah penuntut dalam kelulusan Ijazah (bachelor).



Aku juga disuruh membuka buku ASB. Sebab nya elaun bulanan aku akan masuk ke dalam buku. RM 500 memang masyukkk. Tapi disebabkan aku duduk rumah sewa, so aku tak boleh menyimpan sangat. 


Ini rumah sewa aku. Jangan tengok rumah yang ada Kancil tu. Tengok rumah yang ade Saga Hitam tu. Aku dengan Cik Athirah berdua je kat dalam rumah ni.


Inilah pejabat ku sayang. Hahha. Aku duduk kat floor bawah, Cik Athirah duduk kat tingkat atas. 


Aku memang kadang-kadang action lebih. Ini adalah meja Kerani Akaun pejabat, Kak Hasni. Aku memang tak nampak macam pekerja pejabat sebab struktur tubuh aku macam pelajar sekolah menengah yang ikut mak dia pergi kerja kat office.

Okay, aku ada pengalaman sewaktu aku tengah bungkus Lembaran Tunai dengan Kak Ina (staf pejabat), ada seorang customer datang office. Dia tanya Kak Ina, "Anak ke?" Sambil pandang kat aku. Kak Ina pun menafikan sekeras-kerasnya. And customer tu cakap pada aku, "Nampak macam budak umur lima belas tahun." See? Betapa awet muda nya aku. HAHA.

Aku memang kuat main kat office. Aku akan habiskan barang-barang kat office. Haha, contohnya aku buat aktiviti seni kat office. And bos kata, dia nak letak kat meeting room. Kenangan kot. Hihii.


And, waktu meeting lah aku rasa aku paling terperanjat. Whoa, sempoinya meeting pejabat ni. Tak formal. Gelak-gelak bergurau makan-makan. Aku pun masih dengan aktiviti seni aku kat belakang. Melukis dengan penuh bakat. HAHA.


(3 Mei) Last day practical aku dapat banyak hadiah. Rasa macam birthday girl pulak. Sedih jugak waktu tu. Tapi apa-apa pun, perjuangan harus diteruskan.
Esoknya juga, aku berangkat ke Kuala Lumpur sebelum aku melapor diri di Politeknik Nilai untuk presentation dan penghantaran final report.

Korang tau? Report aku berharga RM45 dan disiapkan dalam masa seminggu.

Sesi mengemas barang. Ni lah malam terakhir aku kat Taman Cempaka. Sob sob rindu.

Esoknya 4 May, aku berangkat pulang dengan seorang kawan.


Sampai tersesat-sesat kat highway. Alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi berkat pemanduan berhemah kawan aku ni, Mohd Rusydi. Alhamdulillah juga, dia pun selamat pulang ke kediamannya di Cheras. Terima kasih, kawan.


Alhamdulillah, walaupun aku banyak main dan buat report last minit, aku masih layak dapat result CEMERLANG. 

Haha. Ok done.
Assalamualaikum.







CARTA HATI :)



TOP 5 CARTA HATI

1)        NATE RUESS (FUN)

Ha, the reason kenapa Nate Ruess ni naik tangga pertama dalam hati ni adalah kerana suara dia yang ala-ala manja-manja lembut-lembut dalam lagu ‘Just Give Me A Reason’

Bukan itu sahaja, cara dia menyanyi pun cukup buat aku melting gilaa.
So, tengok status WeChat aku : Keep Calm and Love Nate Ruess. Status WhatApp aku : I am Nate Ruess’ girlfriend. Hahha, sumpah perasan tapi itulah kenyataan.

2)          CRISTIANO RONALDO (REAL MADRID)


Ha, dia masih ada dalam hati ni. Perasaan ni menebal lagi pada dia. Cehh, poyo ayat gua. Aku sumpah minat gilaa dengan CR everytime tengok dia main bola and berkat doa peminat-peminat dia termasuk aku, dia khabarnya bakal memeluk Islam. InsyaAllah. So bertambah-tambah lah perasaan cinta ni kat dia. Dahlah handsome, talented pulak tu. Haaaa melting melting.

 

3)  ZAYN MALIK (ONE DIRECTION)

Ha, mamat dari band One Direction ni mula curi hati aku bila aku tengok Official Video “Kiss You” kat YouTube. Damn sumpah comel gila, suara pulak heaven. Hehhe Zayn ni adalah beragama Islam. Tapi kalau ikut mazhab kita, memang tak ada ciri-ciri Islam langsung. Cuba tengok dia senyum? Eei korang pun melting kan kan?
 

4)  EDEN HAZARD (CHELSEA)

Ha, ini memang curi hati. Ada rupa, ada gaya, ada segalanya. Hazard ni pemain bola sepak kelab Chelsea FC. Tapi malangnya, dia dah kahwin dan ada dua orang anak. Tidakk, aku belum bersedia nak jadi isteri kedua dan mendapat nama Azyan Hazard. Ehhh? Hahha aku sebenarnya minat Hazard bersebab. Sebabnya terpaksa dirahsiakan.


5)  JUSTIN BIEBER

 
Sorry, aku tak suka mamat bawah umur yang couple dengan Selena Gomez ni, tapi tapi tapi aku tak boleh tahan tengok sweetnya dia dalam official videoAs Long As You Love Me”. Bagi bunga, kiss dahi. Auww :3 .Belum lagi tengok official video “That Power”, nampak okay okay comel nya. Tapi dia dijangka bakal tersingkir dari carta 5 aku ni sebab ada calon baru untuk carta ni.


Ok bye bye :)
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon