Alhamdulillah, kelas kami DIB5 berjaya melangsungkan dinner untuk pelajar jurusan Perbankan Islam Politeknik Nilai. Secara seriusnya, memang banyak cabaran yang kami sekelas terpaksa hadap dalam menjayakan program ni.
************************************
Lagi-lagi tentang tempat event ni. Student expect kami buat dekat hotel dengan bayaran RM30 yang Sir Afifi tetapkan. Malangnya, kalau difikir logik akal manusia zaman millenium sekarang, rasanya ada ke hotel yang bajet makannya RM30 dan kebawah?
Walaubagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada pihak yang menyokong, dan lecturere-lecturer yang membantu.
**********************
Tema makan malam ini ialah turqoise, pink, purple dan hitam.
Majlis ini dinamakan Majlis Titian Kasih Bersemi Semula dan dirasmikan oleh tuan pengarah Politeknik Nilai, Encik Tajuddin Bin Abd Rashid
**********************
Majlis makan malam ni dihadiri oleh lebih dari 200 orang pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam dari semester dua hingga semester enam kecuali semester empat. Sebab diorang tengah Praktikal kan. Hehe
Majlis ini diadakan pada 27 September 2013 di Kafe Sri Lawang
*********************
*********
****
*
Dalam majlis ni, aku bergerak sebagai pereka grafik dan design. Alahai tak berapa design sangat lah. Aku cuma buat kad jemputan dan bubble talks. Itupun besar cabaran aku nak siapkan kad jemputan. Sampai kena marah dengan Sir sebab salah format buat kad. Nasib aku cool. Cehh. Haha
Ketua program ini ialah Kak Long kelas kami dari Batu Pahat dan dibantu oleh penolongnya Azrin Rozali dari Teluk Intan, Perak.
Jom kita tengok gambar-gambar yang diattach dibawah
Atikah Najwa, runner dan penjaga meja pendaftaran malam tu. Dia jaga meja pendaftaran kelas semester tiga malam tu. Nampak muka stress dia situ?
Tangkap gambar kat pintu gerbang kononnya. Sekali karpet merah kat bawah.
Dari kiri Ira, Kira, Mas dan Fiqa
Mereka ini classmates.
Adik-adik nasyid. Azmir dan Amin (imam Politeknik Nilai)
Adik-adik ni malu nak bergambar kat pintu gerbang agaknya
Penyambut tetamu konon nya
Ini semester tiga. bawa tema Arabic. Cantik sangat. ^^
Ehem ehem, saya cik penulis yang comel memegang misai omeyy. Haha
Semester Tiga (B). Terima kasih hadir.
Abang YDP JPP poli senget kepala.
Lagi arabic. :)
Nasyid 'Sumayyah'. Sedih, menangis-nangis tengok persembahan ni.
Syafinaz dengan Adik Syafiq. Pengacara majlis malam tu.
Happy Birthday untuk Syafiq malam tu.
Meja pensyarah. Khusyuk benar tengok persembahan.
Kakak-kakak semester enam
Izzati bersama kembar. *classmates
Hoiii, tapau bawak balik bilik ke?
Puan Suraya, lecturer Accounting kami bersama anaknya. Puan Su banyak bantu kami sepanjang majlis ni.
Korang mentang-mentang penganjur kan, siap tapau air sirap dalam botol besar pulak tu. Haha
Pemenang Queen dan King
Tu tu kakak ketua program dengan abang Iman *abang lah sangat
Ehem ehemmm. Ini classmates kami. Mereka ni alhamdulillah berkekalan dari awal masuk ke poli sampai lah nak habis study. Haha
Izati, Zharif, semoga berkekalan. Biar diam tapi menjadi. Heheww^^
We're bestfriend. Sem tiga.
Berebut nak bergambar dengan imam politeknik. Tengok Mira kepit macamana. Haha
Kelas DIB3A. Bagus adik-adik ni. Pemenang persembahan terbaik malam tu. Dapatlah hamper haa. Bagus anak-anak buah Najwa.
Sharifah Safiyyah dan Daisy. Red carpet dah digulung waktu tu. Haha sempat kan
Classmates aku. Haha.
Omeyyy moustache. Buat sendiri ni. Haha
guest book.
Mencuba niqab. Not bad. (y)
Aku pun cuba jugak. Nampak cantik dia situ. Hehe
***************
Sekian sahaja tulisan hamba hari ni. Maaf andai kata majlis ni terkurang atau terlebih. Kami first time buat event ni.
AJK Designer,
Azyan