Halo June!

​Halo June!

Berjaya habiskan 6 bulan pertama!

Tunggang terbalik, lintang pukang, kecelaruan emosi, kelam kabut. Hahaha! It's so normal because I got a baby. My baby today is 6 months and 10 days old. She can crawl so good, trying to stand up by hanging on people / objects. Tersenget-senget badan tu. Kaki pun halus lagi.

adik crawl

What I can say is, she was 95% sama macam kakak nya. All the processes, perangai before sleep & while sleep memang I can say sama sangat. The differences between them is kakak fully bfeeding while adik formula-fed & adik banyak tantrum while kakak tenang-tenang aja dulu.

The other tingz- memang 95%.

Tak boleh diam walau sesaat. 

Kaki mengayuh everytime nak tidur. 

TV tak mampu untuk diamkan mereka. Boleh lah for the first 5-10 minutes. Lepas tu operasi macam-macam.

Both mula merengek start 5am sampai ke cerah. Sepanjang itu kena berkepit je to keep them sleep & tak boleh renyah dengan bunyi-bunyian.

Dua-dua sensitive to sound. Bunyi penutup botol pun bangun. Kena jadi patung time diorang tidur. Kena hadap ni dua tahun ya waktu si kakak. Tak boleh buat kerja time dia tidur, buat time dia bangun. Buat lah sama-sama. Seems like sama dgn adiknya ni.


Development pun sama. Both meniarap 3 months old, merangkak 6 months old. Tak menyusur / menyulur ke depan. Menyulur beberapa hari terus merangkak. Penumbuhan gigi belum tau lagi. Kakak's first teeth was when she was 7 months. Adik donno yet.


Both took a loooonggggggg time to sleep. Nesting yang sangat lama. One hour or more tau! Beza dia kakak tak boleh tidur tapi dia cuma bebel-bebel, adik pula tak boleh tidur, bila nak tidur dia menangis. Kau bagi apa pun dia tak nak tu jam. Letak, itulah cara terbaik. Letak dia atas tilam. Ibu mu pun dah penat, dia pun penat nangis. Jadi batu dan tunggu jelah dia reda sendiri sambil scroll instagram. Biasanya yes, dia tenangkan diri sendiri. Kejam? Aku pun rasa kejam tapi selalu ingatkan diri sendiri kena mula dari sekarang. Ajar dia tenangkan diri sendiri. Kalau tak jadi macam time kakak dia dulu, sampai 4 tahun lah ibu jadi human-pacifier dia. Selagi ibu tak datang dia takkan tidur. Wean off at 3 years and 11 months old, selepas wean off terus pandai tidur sendiri. Tak sampai 20 minit pun, even dia dah tidur siang yang lama.


Both senang smiles :)

Senang buat diorang dua ni smile. 

my girls

------


Enough cerita pasal anak! Pasal diriku pula. I currently looking for a job. Bulan lepas terpanggil ke dua temuduga, tak berjaya. Mungkin sebab berat sikit majikan nak terima wanita berkahwin. Hm. Korang doakan lah ya! Bulan lepas juga kena job scam. Paid RM50 to start a work from home job. It's typing documents job. Aku pun tak pernah sebodoh itu, tapi agaknya akal aku dah hanyut ke mana dan terlalu desperate mencari income, aku pun read the agreement & dgn confident pergi transfer RM50. Sampai sekarang lah aku kena block dgn diorang. Sabar jela.

job scam huhu

The ad on my timeline. Huhu, pengajaran baru ya!


Buat masa sekarang..

Aku jadi penganggur terhormat di rumah mak abah. Penganggur yang bayar bil eletrik tau. Anak-anak banyak guna air-conditioner. 

Tahun lepas waktu pantang kan dak Yasmin ni, nurse Kamilah pesan pada aku "Kalau suami pergi Malbatt, balik rumah mak, jaga mak, berbakti pada mak sementara ada waktu. Kalau akak, itu yang akak buat." Aku fikir benda yang sama. Daripada umur 15 tahun aku jarang duduk rumah bila cuti sekolah / cuti sem / selepas tamat belajar. Mula umur 15 tahun, setiap kali cuti sekolah aku naik bas sorang-sorang balik kampung. 17 tahun dah keluar ke KL kerja sambilan. 18 tahun sambung belajar, cuti sem kerja macam kerja. Katering lah kedai kereta lah. Lepas habis belajar duduk lagi di KL, kerja. Memang tak pernah duduk rumah untuk tempoh yang lama. Jadi aku cuba gunakan setahun lebih ni untuk jadi chef tak bertauliah, peneman mak, tolong belikan kicap, sos, santan, roti. Hari-hari muka aku gi kedai haha. Berbakti juga tu kan!

๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Mak and my daughters

Tiga ketul kawan gaduh sekarang. Alhamdulillah

breakfast

donut by me

rendang by me

my ketiaw


Cook, cook, and cook! Cook with love walaupun tak sedap hehe.

Ok lah tu je! Jom tidur!

๐Ÿซถ๐Ÿผ♥️



1 comments:

  1. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️

    ReplyDelete

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon