Life with two kids

yuhuu, rainy days, everyone is sleeping. biasalah time macam ni sesungguhnya adalah time untuk ibu-ibu scroll social med atau merepek (macam i sekarang ni hehe)

alhamdulillah march sudah. anak kedua ibu dah nak 3 bulan usianya. anak pertama ibu dah 5 tahun, lagi 3 minggu masuk sekolah. sekarang ni hari2 main dengan kawan2 tp still takut bila ada kawan2 bergaduh mulut ke (budak-budak kan). nanti dia menyelit je dgn muka pucat.

anak dah dua. well, berjaga malam of course 2-3 kali.
anak dah dua, ayah pun terpaling ayah mithali. boleh sangat nak tinggal ayah dgn yasmin berdua kat rumah. elok ceria je budak tu dengan ayah hehe. thank you ayah.

untuk pengetahuan korang & untuk pengetahuan yan (andai kata aku terlupa kebaikan suamiku mohon baca blog post ni haha), 80% kerja rumah dalam rumah ni diberesin sama suamiku. basuh baju wajibnya mmg pada beliau. kalau ada time yasmin meragam, beliau lah masak. kemas-kemas jgn cerita, suamiku mmg A bab mengemas, jaga yasmin pun beliau rajin termasuk berjaga waktu malam.  kalau yasmin meragam waktu tengah pagi buta, ayahnya akan bangun, angkat yasmin & bawa berjalan keliling rumah sampai yasmin ok. ibu pula akan ambil kesempatan pejam mata sekejap sambil peluk si kakak, dah terlelap tu tengok2 yasmin dah sambung tidur, ayahnya pun dah tidur. kalau ayah balik rehat, ibumu ini lah paling happy. ayah confirm akan layan yasmin & kita boleh masak dan sebagainya. 
so bila dengar ada duty tu alahai badmood terus ibu ni sebab tak boleh balik rumah.

kakaknya sedikit sensitif sekarang, tak boleh diam tp masih tisu hati dia. alisa memang kalah sikit bila melibatkan ibu ni. 

life bu sekarang honestly lagi better drpd beranak satu dulu. sekarang meskipun anak dua, tambahan dgn ragam si adik, tapi emosi ku sangat stabil & happy berbanding waktu ada anak satu je dulu.

bagai nak depress rasanya padahal alisa behave & easy going je. 

mungkin sebab sokongan ayah.
lepasni ayah nak kerja jauh sekali tinggalkan kami lama, macamana lah ibumu ni agaknya.

secara jujur, ibu cannot live without ayah sekarang. boleh hidup, tapi kurang sesuatu. segala ketenangan & tawa semua ada & cukup walaupun tak mewah.

korang doakan ibu kuat ye sebab nak kena jaga anak2 fizikal & emosi✌🏽❤️

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon