Sembelit / constipation sewaktu berpantang

Halo!
Tamat sudah episod berpantang anak kedua ku!

Tapi entry kali ni nak share pengalaman, macamana nak atasi masalah sembelit selepas bersalin / berpantang. Adoi seremm nak cerita. Haha! 

Anak pertama dulu, belum ada pengalaman kan. Memang merasa juga sembelit. Sebab kita banyak belanja barang baby berbanding barang diri kita sendiri.

Tapi, kali ni i prepare betul-betul.

Persiapan kali ni, beli Lactul, ubat pancit yang insert tu, ubat buasir pun mak beli haha! Kena prepare extra! Jaga diri sendiri baru boleh jaga anak.

Tapi, my personal tips—

1. Minum lah susu.
Tips terpaling atas. Ye, minum susu. Jangan tak minum. Minum lah HL ke Dutch Lady ke Marigold ke apa pun. Yakin lah, pasti lawas. Tak rugi tau minum susu, good for breastfeeding too!

2. Buah-buahan.
Makan lah buah-buahan yang banyak sekali. For me, Apple and mango helps me! Mangga ni tips dr kakak ipar i, dia pernah cuba & memang berkesan.
Makan dua ni, memang lawas sesangat. 

3. Minum air secukupnya.
Drink more water. Korang pun mesti tau kan. Minum banyak air tu perlu sangat. Meskipun orang dulu kata jangan minum air putih banyak sangat, tapi minum lah. Lagi stress bila tak minum air.

4. Insert / ubat pancit tu ape tah nama
Kalau dah 3-4 hari tak membuang, boleh lah cuba ni. Ini sebenarnya lagi instant lawas kot berbanding lactul.

5. Lactul
Paling akhir. Sebab pernah try, tapi tak works on me. Kata kawan yang kerja di farmasi, lactul ni macam tindakbalas nya dua hari.

Sekian. 
Ingat ye! Pentingkan barang rawatan diri ibu dulu, baru bab-bab pakaian anak adan sebagainya. Bab sembelit ni sangat lah perlu diambilberat. Kita baru lepas bersalin ye. Risaukan jahitan terbuka satu hal, risiko mendapat buasir pun satu hal, pasti rahim pun tengah rasa tak berapa ok.

Selamat mencuba! Selamat berpantang semua yang singgah membaca ni! Hehe

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon