Anakku Alisa Maisara,
Ibu minta maaf atas segala kesilapan dan kegagalan ibu sepanjang 4 tahun ini. Issa tak ada salahnya dalam perjalanan kita sekeluarga. Issa masih suci, baru nak mengenal dunia dan baru nak mengenal diri sendiri.
Ibu tahu Issa sunyi tanpa kawan. Ibu berfikir beribu kali untuk memberikanmu seorang adik. Tapi ibu risau ibu tak mampu.
Bukan ketidakmampuan kewangan sahaja, ketidakmampuan emosi ibu sekali. Ketidakmampuan ibu mengawal diri sendiri bila stress, bila penat, bila sedih. Ibu risau kekerasan adalah jalan pertama yang ibu akan ambil. Ibu risau ibu akan terus mendera emosi dan fizikal Issa.
Ibu sayang Issa yang teramat sangat.
Tiada dua atau tiga Alisa dalam dunia ibu. Ibu boleh berikan segalanya untuk Issa.
Ibu ada impian yang besar untuk Issa.
Supaya Issa berjaya rasa segala yang Issa impikan. Issa sekarang kerap bertanyakan kelas taekwando. Ibu cuba. Ibu pun dahulu kala teringin nak sertai kelas taekwando dan silat, tapi zaman dahulu tidak semudah sekarang.
Ibu cuba tunaikan segalanya untuk Issa.
Ibu cuba menjadi guru terbaik untuk Issa di rumah.
Ibu minta maaf atas segala kesilapan ibu.
Issa tak minta dilahirkan, Issa tak ada berhutang apa pun dengan ibu.
Ibu yang banyak berhutang dengan Issa. Paling besar ialah hutang didikan. Ibu cuba ya anak untuk jadi kan Issa seorang perempuan yang kuat dan gembira.
Kegembiraan adalah segalanya dalam hidup.
Selagi Issa ada bersama ibu, ibu akan cuba memberikan seribu kegembiraan untuk Issa.
I love you anak. ❤️
0 comments:
Post a Comment