Assalamualaikum wbt untuk semua yang mencari topik ini / pembaca tetap / stalker,
Hari ni terdetik nak ceritakan pengalaman terkena demam 'chicken pox' dan anak masih menyusu badan (1 tahun 7 bulan). Cerita ni berlaku pada penghujung tahun 2019.
Jujurnya diri sendiri tak sangka kena chicken pox dah tua bangka macam ni. Tapi memang tak pernah kena dari kecil. So.. Hehe.
Saya terkena di usia begini selepas pulang dari salah sebuah waterpark. Balik je dari waterpark, badan sengal-sengal, sakit kepala dan panas.
Dua hari selepas itu, muncul lah bintik-bintik kecil bewarna merah.
Ok yang ini kita skip ya.
Mari cerita bagaimana saya yang sangat risau anak terkena demam ini. Anak sepatutnya memang tak boleh ada contact dgn ibu langsung (sentuhan). Tapi anak fully-breastfeeding. Korang tahu kan sangat susah nak menjarakkan diri dengan anak sekecil dia yang kejap2 datang nak mengempeng.
So, kami jumpa doctor. Doctor nasihatkan supaya saya menjauhkan diri daripada anak seketika sementara menunggu sembuh.
Tapi mustahil lah anak tak dekat dengan kita kan..😠Lagi-lagi bila kita seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
Suami mmg membantu dalam menidurkan dia dan distract dia daripada ibu dia ni. Tapi waktu dia pergi kerja huhu memang dengan kita je lah anak melekat.
Last-last, terbaca satu artikel tentang kekuatan susu ibu dalam menguatkan antibodi anak itu sendiri. Wallahu'alam. Kita kalau boleh nak jauhkan diri untuk kebaikan kesihatan nya.
Saya teruskan breastfeed, tapi tak kerap seperti selalu. Sehari sekali untuk tidur petang nya sahaja. Waktu malam, si ayah take over tidurkan dia.
Tapi andai kata ada bintik-bintik naik di sekitar breast dan sebagainya, of course kena stop breastfeed kan anak!
Kalau di sekitar perut, dada, leher penuh dengan bintik-bintik, tutup. Selindungkan dengan kain batik dan sebagainya.
Elakkan daripada anak menyentuh kawasan bintik-bintik yang tumbuh.
Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
Bulan berganti bulan.
Tahun berganti tahun.
Alhamdulillah, anak tak berjangkit! Kuatnya antibodi dia! Tahniah!🎊
Bintik-bintik kering dalam 4-5 hari dengan calamine lotion dari klinik.
Untuk memudarkan kesan bintik 'chicken pox' ni, saya menggunakan facial wash cosmoderm & Vitamin E cream cosmoderm. 5 months yer kawan-kawan baru rasa puas hati.
Ok, sekian perkongsian santai ku hari ini.
Bye!
0 comments:
Post a Comment