Lama benar tak bersiaran di blog ni. Last update tahun 2018. Masha-Allah.
Tahun ni ialah tahun 2020
Tahun ke-3 diriku sebagai seorang surirumah tangga.
Suri rumah ni dari perspektif diriku,
Tubuhnya penat
Jiwanya sunyi
Hatinya memberontak
Tubuh penat. Of course. Semua isteri & ibu akan merasa penatnya. Daripada pagi sampai ke malam non-stop kerjanya. Kadang-kadang rasa enjoy dgn rutin ni, tapi kadang-kadang rasa tertekan. Tertekan bila terperap di dalam rumah, berpenat seharian tapi tak ada apa yg menggembirakan.
Tak ada teman berborak, teman ketawa. Mungkin sbb ini mak-mak suka tengok drama, utk menyenangkan hati sendiri.
Jiwa yg sunyi dah pasti. Berseorangan di rumah. Tak ada teman nak ketawa, berborak dan seumpamanya. Mulanya janggal juga lah. Bertahun-tahun aku kerja on call dgn customer, dgn HR. Boleh kata hidupku dulu setiap hari berkomunikasi dgn manusia. Tapi sekarang tidak lagi. Sebab tu, aku pun mula sedar lama-kelamaan aku jadi pemalu & hilang keyakinan dgn orang sekeliling. Sekarang ni, bila aku nak bercakap dgn orang, aku akan tunduk. Dan kurang bercakap melainkan bila ditanya jela.
Kadangnya kita ni perempuan nak berborak dgn suami memandangkan hanya suami yg kita ada. Tapi, di arus alam maya ni. Emm..
Hati yg memberontak. Mungkin aku seorang je rasa part ini. Aku tak pernah duduk diam saja di rumah sebegini lamanya. Drpd umurku 6 tahun dah ikut abah bekerja. Seminggu cuti semester pun dah gatal kaki cari kerja. Jadi bila aku terpaksa tinggal diam dirumah tak kemana, ada satu perasaan yang sangat stress yang tak dapat digambarkan.
Memberontak lebihnya kerana aku terpaksa meminta-minta duit suami. Ya aku tahu itu memang tanggungjawab dia. Tapi kejap-kejap nak minta. Kejap-kejap teringin itu nak minta, aku kadang-kadang rasa menyusahkan & segan.
Untungnya aku seorang isteri tentera dptlah gaji sendiri. Tp biasanya gaji tu pun perginya untuk mak, anak, dan suami sendiri. Untuk aku tak ada. Cuma RM50 utk diriku sendiri yg aku sahamkan di ASB, untuk simpanan. Tp bila dah disimpan, tahulah engkau duit tu tak sampai 1k akan ditarah sebab nak beli tiket balik ke semenanjung (bcs i lived in sarawak). Jadi, aku memberontak tentang kedudukan kewangan diriku sendiri.
InshaAllah, dgn izin Allah tahun ni aku akan cuba keluar drpd kepompong ini.
Tapi rasa hati suri rumah yg tertekan ialah dia mahu kasih sayang dari suaminya, dia nak berbual dgn suaminya.
Melalui pemikiran yg bukan-bukan ini. Of course ada depression ye.
Kadang-kadang aku bercakap seorang diri sewaktu memasak / basuh baju.
Aku juga susah sangat nak tidur.
Dan aku kadang-kadang terpukul anak tanpa sengaja ye. Bila tersedar kau akan tahu betapa menangisnya aku buat anak macamtu.
Aku cuba untuk happy.
Cuba untuk bertenang.
Jadi aku solat 5 times a day is a must.
Tenung wajah anak yg sedang tersenyum pun salah satu kaedah ku.
Fikirkan kenangan yang indah.
Dan.. banyakkan rest, jangan tergesa-gesa dlm mengerjakan rutin.
0 comments:
Post a Comment