No one will read

I was diagnosed MDD & GAD.

Sepatutnya bila-bila masa aku patut pergi kaunseling & continue for treatment, tapi entah. Aku tak nak pergi.

How is MDD on me?
1. Aku selalu sangat bersedih, duduk sorang2 macam2 fikir. Aku berfikir..
Aku lah manusia malang..
Aku terperuk dalam rumah, menjadi seorang manusia yg tak berguna..
Aku tak pandai buat apa pun..

Dan akan berakhir dgn kemarahan yang mencederakan diri sendiri & anak.

2. Aku juga sangat sensitif dengan percakapan orang. Contoh: Bila orang kritik. "Pelik je rupa makanan kau ni". Aku yg normal akan bersifat terbuka.
Tapi aku di sisi lain, aku akan terus tunduk. Berjalan masuk ke dalam bilik.
"Masak pun tak pandai kau ni Yan.."
"Dari kecil masak pun tak pandai.."
"Cari duit tak pandai, masak tak pandai.."
Dan berlarutan sampai aku tengok telapak tangan aku..

3. Aku selalu tengok tapak tanganku. Tapak tangan ini tak pandai buat apa kerja pun. Tapak tangan ni selalu sakitkan anak.
Aku berkali-kali cuba nak cederakan telapak tangan aku ini.

4. Aku selalu melihat dinding, kipas, syiling.
Dan aku berkata sorang-sorang, "Apa aku buat terperuk dalam rumah ini? Tak berguna.."
"Aku ni menghabiskan duit laki, langsung tak membantu!"

5. Aku rasa tersisih. Aku rasa tak berkeyakinan nak bercakap dgn orang sedangkan pengalaman hidupku berbakul yg boleh aku ceritakan. Aku rasa aku banyak diam. Aku juga tak akan memandang muka orang yg sedang bercakap denganku sbb malu.

6. Aku juga kadang kala sedih melihat wajah sendiri. Aku yang dulu cantik, selalu tersenyum, ceria, semua orang gembira & nak berkawan denganku. Sekarang aku hodoh. Aku bahkan merasa kalau aku sendiri rasa diriku hodoh, apatah lagi suami aku. Bila tengok kawan-kawan yg lain makin cantik bergaya di medsos, berjalan dgn pasangan masing2, aku terus rasa sedih dan rendah, "Mereka ada hidup yang baik.. Hidup aku semakin teruk".
Sejak 2017, aku tak pernah rasa sekali pun gembira. Yang ada cumalah kesunyian.

Tiada orang yg sayangkan aku setulusnya bila aku jauh, tak berkerjaya.

Ini sedikit yg boleh aku ceritakan murung yang aku lalui.
.
.
.
How is my GAD?
1. Aku takut mati. Bila aku mati, anakku akan keseorangan. Tiada siapa boleh jaga dia sebaik aku. Jadi setiap kali aku buat apa-apa, pagi petang siang malam meskipun dalam mimpi, aku akan banyak berfikir pasal mati. Anak keluar depan pintu aku akan menjerit & berdebar sbb terbayang dia jatuh dari koridor.

Aku takut baldi berisi air. Aku membayangkan anakku di dalam tu.

2. Takut untuk memandu / kenderaan. Dulu aku champion. Pergi mana-mana pun tak ada hal. Balik mana-mana pun ok. Sekarang sebelum memandu, aku akan berdebar, berpeluh & takut. Takut accident, takut kereta rosak, takut meletup or apa-apa. Contoh: Esok pagi plan nak pergi pasar. Malam sebelum pagi itu, aku akan rasa panas, berpeluh, sakit perut, berdebar. "Ya Allah, selamatkan lah aku esok". Walaupun pasar cuma sejengkal.. Aku takut dimana-mana.

Aku juga takut Cameron Highlands. Dulu aku ok je.. Tiap tahun pergi. Sekarang tak lagi. Kalau orang ajak, maaf saya tak boleh ikut. Kalau dua jam perjalanan, dua jam tu jantung ni boleh berdebar laju & berpeluh2.
Sebab risau masuk gaung (straight to the point).

Kapal terbang. Jika aku booking tiket hari ni & tiket ialah sebulan lagi, dalam sebulan tu, aku akan ketakutan, cemas, sakit perut, berpeluh & setiap hari aku akan buat solat sunat taubat (which is very good). Simptom ini akan berlarutan sampai lah aku mendarat di destinasi.

3. Mesin ATM & CDM.
Tahukah anda aku akan berdebar, berpeluh, takut & menggigil setiap kali pergi ke mesin ATM & CDM, terutamanya mesin CDM. Sebab aku banyak pengalaman melesapkan duit orang di mesin CDM. Duit suami aku beratus, duit kawan ku lagi.. Asal tangan aku, mesti mesin jammed.

Benar kan? Tangan aku memang tak boleh buat apa benda pun.. Tekan mesin ATM pun malang.

4. Tak boleh jalan sendirian. Kadang-kadang aku shopping sorang-sorang. Jantung ku akan berdebar, berpeluh & sakit perut. Bagi orang lain, itu adalah 'me time'. Aku pula, aku akan cepat-cepat nak keluar dari situ sebabnya aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa takut.. Sepatutnya aku rasa tenang. 

5. Aku takut nak buat apa-apa kerja yg orang suruh. Takut tak jadi & dikeji pula.


Kalau kita bercerita pada orang, orang akan suruh aku berfikir positif, buang negatif. Ya, aku setuju.

Bagi mereka yang menjalani hidup yang baik dan positf, mereka akan positif.
Bagi aku yang melalui & melihat hidup & persekitaran yang negatif selama ini, aku hanya mampu berfikir negatif. Susah sangat nak positif.

Hidup aku dipenuhi dgn negatif dari kecil hingga ke besar. Aku melihat perkara-perkara negatif yang berlaku pd diri aku sendiri, kawan-kawan rapat, dan keluarga sendiri. Telinga aku biasa dengar perkara negatif. 

Aku juga selalu membayangkan kenangan pahit sewaktu kecil sedangkan kenangan manis sangat banyak.

Any words?
No one could understand. 
Katanya mereka faham, tapi tidak.

Little One


My little Lisa, she's so sweet, so soft, so smart, so healthy.

I was truly grateful to have her in my life. She was very easy to manage, to raise, to teach. I have seen nothing lack in her.

I take this little girl as a gift from Allah for me. Who someday could company me, talk to me, comfort and hug me. 

I wish she get a very good life dunya & akhirat. My prayers are always with you.

I love you Alisa.

Hati seorang suri rumah

Assalamualaikum.

Lama benar tak bersiaran di blog ni. Last update tahun 2018. Masha-Allah.

Tahun ni ialah tahun 2020
Tahun ke-3 diriku sebagai seorang surirumah tangga.

Suri rumah ni dari perspektif diriku,
Tubuhnya penat
Jiwanya sunyi
Hatinya memberontak

Tubuh penat. Of course. Semua isteri & ibu akan merasa penatnya. Daripada pagi sampai ke malam non-stop kerjanya. Kadang-kadang rasa enjoy dgn rutin ni, tapi kadang-kadang rasa tertekan. Tertekan bila terperap di dalam rumah, berpenat seharian tapi tak ada apa yg menggembirakan.
Tak ada teman berborak, teman ketawa. Mungkin sbb ini mak-mak suka tengok drama, utk menyenangkan hati sendiri.

Jiwa yg sunyi dah pasti. Berseorangan di rumah. Tak ada teman nak ketawa, berborak dan seumpamanya. Mulanya janggal juga lah. Bertahun-tahun aku kerja on call dgn customer, dgn HR. Boleh kata hidupku dulu setiap hari berkomunikasi dgn manusia. Tapi sekarang tidak lagi. Sebab tu, aku pun mula sedar lama-kelamaan aku jadi pemalu & hilang keyakinan dgn orang sekeliling. Sekarang ni, bila aku nak bercakap dgn orang, aku akan tunduk. Dan kurang bercakap melainkan bila ditanya jela.
Kadangnya kita ni perempuan nak berborak dgn suami memandangkan hanya suami yg kita ada. Tapi, di arus alam maya ni. Emm.. 

Hati yg memberontak. Mungkin aku seorang je rasa part ini. Aku tak pernah duduk diam saja di rumah sebegini lamanya. Drpd umurku 6 tahun dah ikut abah bekerja. Seminggu cuti semester pun dah gatal kaki cari kerja. Jadi bila aku terpaksa tinggal diam dirumah tak kemana, ada satu perasaan yang sangat stress yang tak dapat digambarkan. 
Memberontak lebihnya kerana aku terpaksa meminta-minta duit suami. Ya aku tahu itu memang tanggungjawab dia. Tapi kejap-kejap nak minta. Kejap-kejap teringin itu nak minta, aku kadang-kadang rasa menyusahkan & segan.
Untungnya aku seorang isteri tentera dptlah gaji sendiri. Tp biasanya gaji tu pun perginya untuk mak, anak, dan suami sendiri. Untuk aku tak ada. Cuma RM50 utk diriku sendiri yg aku sahamkan di ASB, untuk simpanan. Tp bila dah disimpan, tahulah engkau duit tu tak sampai 1k akan ditarah sebab nak beli tiket balik ke semenanjung (bcs i lived in sarawak). Jadi, aku memberontak tentang kedudukan kewangan diriku sendiri.
InshaAllah, dgn izin Allah tahun ni aku akan cuba keluar drpd kepompong ini. 

Tapi rasa hati suri rumah yg tertekan ialah dia mahu kasih sayang dari suaminya, dia nak berbual dgn suaminya.

Melalui pemikiran yg bukan-bukan ini. Of course ada depression ye.
Kadang-kadang aku bercakap seorang diri sewaktu memasak / basuh baju.
Aku juga susah sangat nak tidur.
Dan aku kadang-kadang terpukul anak tanpa sengaja ye. Bila tersedar kau akan tahu betapa menangisnya aku buat anak macamtu.

Aku cuba untuk happy.
Cuba untuk bertenang.

Jadi aku solat 5 times a day is a must.
Tenung wajah anak yg sedang tersenyum pun salah satu kaedah ku.
Fikirkan kenangan yang indah.
Dan.. banyakkan rest, jangan tergesa-gesa dlm mengerjakan rutin.

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon