Tips Ajar Anak Minum Botol

Sejak kebelakangan ini, post saya semuanya berkaitan dengan tips ibu-ibu. Haha. 

Alhamdulillah, Lisa dah 3 bulan & 13 hari. 

OK bercakap tentang penggunaan botol susu. Lisa dari dia lahir memang dah dibiasakan minum menggunakan botol (dia di wad nursery & ibu di wad o&g). Kami guna botol Avent Wide Neck (Newborn). Waktu pantang dia tak ada masalah minum menggunakan botol. Waktu pantang juga ibu selang seli direct-feeding & bottle. Dia OK. Mungkin dia faham, ibunya terlalu banyak komplikasi waktu pantang.

Dalam umurnya 30 hari, ibu pun dah sihat sikit dah bersemangat, saya stop bottle. Focus direct-feeding. Alhamdulillah, dia tiada masalah untuk direct-feeding. 

Sehingga satu hari, dalam umur dia 40 hari, setelah dia jadikan nipple ibu sebagai pacifier sehingga satu hari tu jadi terlampau sakit & melecet. Maka ibu decide untuk stop kejap direct-feeding. Kami try semula bagi dia minum menggunakan botol. 

Hm, disembur susu ibu. Langsung tak nak. Sampaikan kami sua dia minum menggunakan sudu ๐Ÿฅ„ Itu pun meleleh-leleh.

Jadi, saya tukar kepada Tommee Tippee Wide Neck. Sama. Dia tak mahu.

Slim Neck memang dia reject.

Akhirnya beli puting Pigeon Wide Neck size SS (paling kecil supaya dia tak terlalu selesa dengan puting flow laju & akhirnya takmahu direct-feeding lagi).

Tadaa! Dia nak! Dia hisap dgn baik tanpa ada sekali dua percubaan.

Sekali sumbat terus masuk.

Dan Alhamdulillah, dia tak ada masalah nipple confuse bila ibu continue direct-feeding balik sebab puting Pigeon lembut & tak terlalu besar & hampir sama dengan puting ibu.

*kami beli puting dia sahaja, muat dengan botol Avent dia dulu ๐Ÿ˜‚ botol Pigeon mahal sikit harga dia. 

Ok another One Tips!

Jangan bagi anak botol sewaktu mereka terlalu lapar / mengantuk. Memang menjerit serupa kena dera nanti ๐Ÿ˜‚ Boleh try waktu anak baru bangun dari tidur, waktu tu dia tengah mamai. Slow-slow akan OK.

OK lah selamat berjaya semua!


Kadang-kadang tu dikunyah-kunyah๐Ÿ˜‚

Yang Benar,
Ibu si Lisa

Tips hilangkan bengkak susu

waktu dalam pantang tak mau bengkak, tak mencurah. la ni si kecik ni dah 3 bulan baru lah nak bengkak.
.
seharian ibu gelisah bengkak susu berketul, besar pula tu. bila pam, susu tak mau keluar. 

macam biasa, google. google google macam-macam tips jumpa.

tuam air suam done ✅ 
sikat aliran breast done ✅ 
urut done ✅ 
marmet done ✅
tapi semua tak berkesan. 

yang si anak ni sehari dua payah betul nak menyusu. time betul-betul lapar je dia cari ibu๐Ÿ˜’

akhirnya, time nak tidurkan si Lisa ni ibu pujuk dia "minum lah susu ni, sakit ibu nanti". dia punya renungan tajam tu mcm faham-faham je.

alhamdulillah dalam 5 minit dia hisap menyusu sambil layan mata nak lena, sedikit demi sedikit ketulan tu hilang lantas membuatkan ibu yakin yang hisapan anak lagi padu daripada sedutan pam ๐Ÿ˜‚

so ibu mula percaya direct-feeding is better! ibu decide after baby six months baru ibu kerja. kita focus direct-feeding je ea untuk 6 bulan ni๐Ÿ’“

#believeyourself 
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon