Leave a good comment please

Hari ini terpanggil nak meluahkan sesuatu yang tak tertahan nak tengok dah di sekeliling.

Sejak seberapa lamanya, aku dah mengurangkan aktiviti aku di facebook. Jadi CCTV je kalau on.

Antara yang sangat menyedihkan & menggeramkan hati ialah, bila tengok orang perempuan meninggalkan komen/post perkara bersama bahasa yang amboii 'eloknya'.

Tambah pula yang komen tu perempuan.

Contoh bila ada ibu2 meminta pendapat dalam page ibu-ibu, ada yang tinggalkan komen
"Kesian anak dapat mak bodoh"
"Jadi mak tu belajar lah sikit"

Ya, mereka fikir mereka pandai. Beginilah, kita kalau tak boleh membantu, baiklah kita diam je. Tak payah kita tinggalkan komen, panggil sekawan semua dalam komen. Bahasa melambangkan diri kita sendiri.

Mungkin tuan punya badan tu tak tahu, dah cuba tanya sekeliling tapi tak jumpa jawapan yang meyakinkan, sebab tu dia gunakan facebook sebagai medium. Ini tidak, bodoh la takda otak la tak berilmu la. Senangnya kata orang takda otak, bodoh semua.

Cuba kalau kena dekat diri kita? Orang pertikaikan cara kita jaga anak? Apa rasanya agak-agak? Mengamuk tak? Sedih tak? 

Kadang-kadang memang ada post yg agak kelakar, tapi kita tak payah lah nak tinggalkan komen yg harsh. Nak bantu, bantu dia komen benda yang baik. Kalau rasa tak boleh bantu, jangan taip pape.
Nasihat yang baik, komen yang baik lebih mudah orang absorb sebenarnya. 

Kan kita perempuan 🎀 

Sekian, terima kasih. 

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon