Leave a good comment please

Hari ini terpanggil nak meluahkan sesuatu yang tak tertahan nak tengok dah di sekeliling.

Sejak seberapa lamanya, aku dah mengurangkan aktiviti aku di facebook. Jadi CCTV je kalau on.

Antara yang sangat menyedihkan & menggeramkan hati ialah, bila tengok orang perempuan meninggalkan komen/post perkara bersama bahasa yang amboii 'eloknya'.

Tambah pula yang komen tu perempuan.

Contoh bila ada ibu2 meminta pendapat dalam page ibu-ibu, ada yang tinggalkan komen
"Kesian anak dapat mak bodoh"
"Jadi mak tu belajar lah sikit"

Ya, mereka fikir mereka pandai. Beginilah, kita kalau tak boleh membantu, baiklah kita diam je. Tak payah kita tinggalkan komen, panggil sekawan semua dalam komen. Bahasa melambangkan diri kita sendiri.

Mungkin tuan punya badan tu tak tahu, dah cuba tanya sekeliling tapi tak jumpa jawapan yang meyakinkan, sebab tu dia gunakan facebook sebagai medium. Ini tidak, bodoh la takda otak la tak berilmu la. Senangnya kata orang takda otak, bodoh semua.

Cuba kalau kena dekat diri kita? Orang pertikaikan cara kita jaga anak? Apa rasanya agak-agak? Mengamuk tak? Sedih tak? 

Kadang-kadang memang ada post yg agak kelakar, tapi kita tak payah lah nak tinggalkan komen yg harsh. Nak bantu, bantu dia komen benda yang baik. Kalau rasa tak boleh bantu, jangan taip pape.
Nasihat yang baik, komen yang baik lebih mudah orang absorb sebenarnya. 

Kan kita perempuan πŸŽ€ 

Sekian, terima kasih. 

My 2nd Trimester! 🎊

Hi guys!

Bertemu lagi di dalam blog post paling latest ini.

Hehe. Alhamdulillah, harini baby dah 22 weeks. Kahwin baru 4 bulan, pregnant dah 22 weeks πŸ˜‘ (i really really have a problem to explain to netizen soon haha)

My 2nd trimester is hard compared to the 1st one.
Biasanya 1st trimester ibu-ibu akan mengalami simptom mual-muntah-pening semua kan? Tapi aku tidak. La ni masuk 2nd trimester lah tak boleh tersilap makan sikit.
Makan banyak - confirm muntah
Makan tomyam - muntah
Minum terlalu banyak - muntah

But I am pretty good to control this! 😎 Jadi tak ada lah berat susut ke hilang selera makan. Malah beratku meningkat dengan girang sekali! πŸ˜’ from S to XL. Major transformation. 

Sepanjang preknen ni, sis memang mudah menangis. Cuma sejak akhir-akhir ini dah kurang sikit perangai ciwek nya. Dan sejak preknen, dah tak ada kemaruk menonton Johnny Depp. 

Ada tiga benda je hari-hari mesti tengok, sebelum tidur wajib tengok ☝🏻

1. Mr. Bean
Kadang-kadang ibu pun risau ngekek ngekek tengok Mr. Bean. Jgn biol mcm Mr. Bean ye, biar jadi seperti Rowan Atkinson. Bijak, humble. Dah tu pulak bapaknya yg rajin play Mr. Bean setiap malam.

2. Daebaking

Ini pun salah satu terapi tidur. Repeat-repeat lah video yg sama.
Bagi yg taktahu, Daebaking ni satu page video Korea yg dibubuh subtitle melayu yang bikin pecah perut. Memang kelakar. 
Tak pernah bosan tengok 😹

3. Sepahtu
Ni pun. Benda yg sama, dah bertahun berlalu tapi kelakar. Dulu tak pernah pun lah sibuk bersabar loading video Sepahtu. Sekarang rajin naw naw lah.

Gender baby, Yan?

Oh jangan ditanya. Baby Yan sopan santun seperti ibunya. Kepit dua kali setiap dua kali pergi scan πŸ’Έ
Mak redhooooo jela ea. Redho jela kalau awaa lelaki tp ibu beli baju pink corak stroberi, kalau perempuan tp ibu beli barang tema Marvels semua πŸ‘½
Apa yang penting? SIHAT OKKK!

Bergerak ok baby ini sangat aktif bergerak. Alhamdulillah, bapaknya tak pernah missed sentuh dia setiap kali dia bergerak. Malah, sejak dah bergerak, bapaknya setiap malam bercakap dgn perut je.

Sebelum tidur, anda akan dengar seorang cakap sorang- seorang lagi menanduk dan menendang (respons maybe?)

Ibu facepalm jela πŸ˜’
"Nanti dah besar jadi engineer tau. Ayah haramkan jadi artis"
"Nanti dah besar hantar ayah ibu pergi haji" blablaaa
-- stress budak ni belum keluar ayah dah expecting future πŸ˜‚ but still, i am happy! As a mom, I can feel the bonding between both of them every night πŸŒ™πŸ˜Š

Alhamdulillah semuanya okay. Ibu harap semua ok sehingga awak lahir muah 😘


Ibu tak suka sgt nak expose setiap perjalanan pregnancy ni di facebook atau public post di Instagram. Biasanya ibu share gitu-gitu dkt instastories & twitter je. Sbb takda ramai orang tengok πŸ˜‚

Jadi ibu catitkan setiap perjalanan drpd dia setitik urine sehingga lah kepada seorang manusia nanti di dalam ig account private sape pun takda follow, ibu pun dia tak follow πŸ˜‚

Yang 8 account ibu followkan utk dia anak-anak artis. Tomok, Che Ta, Lara Alana, Yusuf Iskandar. Lagi 4 tu igshop jual barang baby πŸ˜‚
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon