hai guys!
entri kali ini berguna dan bermanfaat sikit untuk yang bakal mendirikan rumahtangga sebab aku faham masalah menghadapi masalah gagal jumpa jawapan di google.
ok. first of all,
my situation is--
pengantin perempuan : dari Perak & bekerja di Kuala Lumpur
pengantin lelaki : dari Johor & bekerja di Sarawak (tentera tercampak ke sana)
tarikh nikah : 5 May 2017 (inshaAllah)
aku dulu waktu nak ambil HIV test punya lah pening kepala google sana google sini.
antara yang memeningkan kepala ialah--
1) berapa bulan hiv test valid?
2) kalau alamat perak boleh ke buat hiv test di negeri lain?
jawapan dia :
1) HIV test valid selama 6 bulan untuk Perak.
2) boleh buat di semua klinik kesihatan seluruh Malaysia
kisah yan ambil hiv test.
awal bulan 1 hari tu, tunang aku balik mengejut. biasalah askar. tahu-tahu tiba-tiba je cuti. cuti seminggu pula tu.
kelam kabut sis.
aku pula sejenis yang malas nak dua tiga kali kerja pos dokumen ke Sarawak lah apa. jadi alang-alang tuan badan nya balik, aku pun nak settlekan dalam masa seminggu itu.
first-- google klinik kesihatan yang terdekat. paling dekat ialah Klinik Kesihatan Dato' Keramat. tapi alkisahnya. dalam google tunjuk klinik tu dekat belakang stesen LRT Jelatek. maka aku pun keluar office kejap naik LRT pergi ke Jelatek. tapi jenuh lah sis berjalan kaki, tak ada pun klinik.
aku pun dah macam orang bodoh berkeliaran. jadi untuk mengelakkan daripada aku terus kelihatan bodoh, aku tanya pada pakcik jual pisang goreng tepi stesen Jelatek.
mashaAllah rupanya klinik dah pindah ke setiawangsa.
jadi dengan serta-merta aku install uber. selamat sampai ke klinik dengan menaiki uber hahaha.
PROSEDUR HIV TEST
pertama sekali, daftar pernikahan di NCR web (nikah cerai rujuk) dan print borang kebenaran menjalankan ujian saringan HIV negeri masing-masing.
kedua, sis nak ingatkan, buatlah appointmentuntuk book tarikh. aku book by call seminggu sebelumnya.
masuk je klinik, nurse akan berikan borang dua tiga empat helai untuk kita isi.
ketiga, bayar seringgit youalls.
keempat, doktor akan panggil untuk cucuk hujung jari anda.
kelima, SIAP!
tak sampai 30 minit dah siap.
keenam, serahkan segala salinan keputusan HIV test tadi kepada encik tunang anda.
alhamdulillah, tunang aku balik Sarawak dengan dokumen yang lengkap tak perlu lah menapak ke pejabat pos.
tapi,
berkahwin dengan seorang tentera akit ale juga. banyak benda nya.
nanti iolls update dari semasa ke semasa wokeh!
selamat berjaya you guys!
semoga urusan menghalalkan hubungan dipermudahkan Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
asslm...mmg nak kena book dulu ke @ walkin trus je kat klinik?ada masa dia kan?mohon penjelasan sis....tq
ReplyDelete