Pregnancy is about to end 😍

Hi & assalamualaikum guys!

Lama betul tak tulis. Dah dua kali tukar phone, nak cari app Blogger tak jumpa. Mujurlah teringat nak bukak Purchased dekat AppStore.

My latest update is :
Today I am 36 weeks and 3 days 🀰 
The baby is active alhamdulillah.

Setelah berkali scan gender, berkali scan doctor kata "Its a boy", apparently after went for a 3d, It is a girl πŸ˜‚
Ibu tahu dah. Scan byk kali doctor kata boy pun, hati ni tetap kata girl. Dua kali mimpi dpt baby perempuan.

Tp wallahualam. Mana tahu waktu 3d tu dia kepit, tu nampak mcm girl πŸ˜‚πŸ™…πŸ»


This is a 3d image of her, hisap kaki ok. That black thing on her mouth is her leg ok πŸ˜’

My expected due date is 23rd January 2018.

Breech
Unfortunately, budak ini breech πŸ˜‚ 
Haritu 28weeks breech
30weeks cephalic-
lepastu breech balik sampai lah skrg 🀦🏻♀️

Doc kata "Let her be, dia enjoy macamtu"
Ibu is absolutely fine! Ayah je paranoid. Tiap hari tiap masa tanya "Baby pusing dah?" "mcmana baby?"

So macamana sayang? Selesa ea duduk? Tak best ea jadi kelawar kepala dok bawah πŸ˜‚

So 3 January kita punya last scan appointment with doctor, lepastu kita tgk macamana ea..

Ibu is fully redha. Ibu harap kita berdua selamat & semua urusan dipermudahkan inshaAllah. Semoga kita berdua sihat-sihat & boleh kembali ke pangkuan ayah lekas-lekas! 😭

Leave a good comment please

Hari ini terpanggil nak meluahkan sesuatu yang tak tertahan nak tengok dah di sekeliling.

Sejak seberapa lamanya, aku dah mengurangkan aktiviti aku di facebook. Jadi CCTV je kalau on.

Antara yang sangat menyedihkan & menggeramkan hati ialah, bila tengok orang perempuan meninggalkan komen/post perkara bersama bahasa yang amboii 'eloknya'.

Tambah pula yang komen tu perempuan.

Contoh bila ada ibu2 meminta pendapat dalam page ibu-ibu, ada yang tinggalkan komen
"Kesian anak dapat mak bodoh"
"Jadi mak tu belajar lah sikit"

Ya, mereka fikir mereka pandai. Beginilah, kita kalau tak boleh membantu, baiklah kita diam je. Tak payah kita tinggalkan komen, panggil sekawan semua dalam komen. Bahasa melambangkan diri kita sendiri.

Mungkin tuan punya badan tu tak tahu, dah cuba tanya sekeliling tapi tak jumpa jawapan yang meyakinkan, sebab tu dia gunakan facebook sebagai medium. Ini tidak, bodoh la takda otak la tak berilmu la. Senangnya kata orang takda otak, bodoh semua.

Cuba kalau kena dekat diri kita? Orang pertikaikan cara kita jaga anak? Apa rasanya agak-agak? Mengamuk tak? Sedih tak? 

Kadang-kadang memang ada post yg agak kelakar, tapi kita tak payah lah nak tinggalkan komen yg harsh. Nak bantu, bantu dia komen benda yang baik. Kalau rasa tak boleh bantu, jangan taip pape.
Nasihat yang baik, komen yang baik lebih mudah orang absorb sebenarnya. 

Kan kita perempuan πŸŽ€ 

Sekian, terima kasih. 

My 2nd Trimester! 🎊

Hi guys!

Bertemu lagi di dalam blog post paling latest ini.

Hehe. Alhamdulillah, harini baby dah 22 weeks. Kahwin baru 4 bulan, pregnant dah 22 weeks πŸ˜‘ (i really really have a problem to explain to netizen soon haha)

My 2nd trimester is hard compared to the 1st one.
Biasanya 1st trimester ibu-ibu akan mengalami simptom mual-muntah-pening semua kan? Tapi aku tidak. La ni masuk 2nd trimester lah tak boleh tersilap makan sikit.
Makan banyak - confirm muntah
Makan tomyam - muntah
Minum terlalu banyak - muntah

But I am pretty good to control this! 😎 Jadi tak ada lah berat susut ke hilang selera makan. Malah beratku meningkat dengan girang sekali! πŸ˜’ from S to XL. Major transformation. 

Sepanjang preknen ni, sis memang mudah menangis. Cuma sejak akhir-akhir ini dah kurang sikit perangai ciwek nya. Dan sejak preknen, dah tak ada kemaruk menonton Johnny Depp. 

Ada tiga benda je hari-hari mesti tengok, sebelum tidur wajib tengok ☝🏻

1. Mr. Bean
Kadang-kadang ibu pun risau ngekek ngekek tengok Mr. Bean. Jgn biol mcm Mr. Bean ye, biar jadi seperti Rowan Atkinson. Bijak, humble. Dah tu pulak bapaknya yg rajin play Mr. Bean setiap malam.

2. Daebaking

Ini pun salah satu terapi tidur. Repeat-repeat lah video yg sama.
Bagi yg taktahu, Daebaking ni satu page video Korea yg dibubuh subtitle melayu yang bikin pecah perut. Memang kelakar. 
Tak pernah bosan tengok 😹

3. Sepahtu
Ni pun. Benda yg sama, dah bertahun berlalu tapi kelakar. Dulu tak pernah pun lah sibuk bersabar loading video Sepahtu. Sekarang rajin naw naw lah.

Gender baby, Yan?

Oh jangan ditanya. Baby Yan sopan santun seperti ibunya. Kepit dua kali setiap dua kali pergi scan πŸ’Έ
Mak redhooooo jela ea. Redho jela kalau awaa lelaki tp ibu beli baju pink corak stroberi, kalau perempuan tp ibu beli barang tema Marvels semua πŸ‘½
Apa yang penting? SIHAT OKKK!

Bergerak ok baby ini sangat aktif bergerak. Alhamdulillah, bapaknya tak pernah missed sentuh dia setiap kali dia bergerak. Malah, sejak dah bergerak, bapaknya setiap malam bercakap dgn perut je.

Sebelum tidur, anda akan dengar seorang cakap sorang- seorang lagi menanduk dan menendang (respons maybe?)

Ibu facepalm jela πŸ˜’
"Nanti dah besar jadi engineer tau. Ayah haramkan jadi artis"
"Nanti dah besar hantar ayah ibu pergi haji" blablaaa
-- stress budak ni belum keluar ayah dah expecting future πŸ˜‚ but still, i am happy! As a mom, I can feel the bonding between both of them every night πŸŒ™πŸ˜Š

Alhamdulillah semuanya okay. Ibu harap semua ok sehingga awak lahir muah 😘


Ibu tak suka sgt nak expose setiap perjalanan pregnancy ni di facebook atau public post di Instagram. Biasanya ibu share gitu-gitu dkt instastories & twitter je. Sbb takda ramai orang tengok πŸ˜‚

Jadi ibu catitkan setiap perjalanan drpd dia setitik urine sehingga lah kepada seorang manusia nanti di dalam ig account private sape pun takda follow, ibu pun dia tak follow πŸ˜‚

Yang 8 account ibu followkan utk dia anak-anak artis. Tomok, Che Ta, Lara Alana, Yusuf Iskandar. Lagi 4 tu igshop jual barang baby πŸ˜‚

What a housewife be like..

Hi guys assalamualaikum wbt.

My latest story today!

Dengan hormatnya aku dah berhenti kerja dari CIMB (M) Sdn Bhd demi mengikut suami ke Kuching, Sarawak.

Dah sebulan dah aku jadi warga Sarawak. Duduk di kuarters kem tentera disini. Paling penting, aku kini adalah surirumah tangga sepenuh masa 24 hours. Memang tak keruan memang gelisah sebab dah biasa kerja kan hehe.
Banyak kali jugak lah aku menyatakan hasrat nak kerja balik dekat suami ku. Jawapan dia, "Perut tu nak boyot dah fikir dalam perut dulu". 
Meaning = takboleh lah tu Yan πŸ˜‚

So, 
Housewife ni best memang best.
Duduk rumah- remote TV kau punya- bantal anytime (after chores done ok)

Benda paling memeningkan sebagai housewife ialah -- nak masak ape ek harini πŸ˜‚

Bila dah jadi isteri, kau makan apa, tak kisah asalkan suami kenyang- suami suka. Kita lapar tak apa. Paling seronok bila suami makan licin. (memang kak yan usap-usap pale bang budin tiap kali makanan licin sonok ngatt)

Bila dah jadi housewife, Ψ§Ω„Ω‡Ω…Ψ―Ψ§Ω„Ω„Ω‡ cooking skills improved! πŸŽ– Thank you Google! Thank you Facebook!

Suami aku pun Ψ§Ω„Ω‡Ω…Ψ―Ψ§Ω„Ω„Ω‡ rajin (ikut mood 😜) kalau mood rajin nya datang kau kena layan dia cuci bilah kipas jam 12 tengah malam 
Tapi yang penting lepas makan dia reti basuh pinggan ☝🏼

Setakat sebulan pertama ini,
Segalanya OK!

Semoga Ψ§Ω„Ω„Ω‡ berkati kami sekeluarga di bumi Sarawak ini nyak! 😹



im an ibu-to-be! πŸŽ‰

hi guys assalamualaikum.

lama rasa tak update blog kan? hehe. eh dah cerita ke yang Kak Yan dah selamat mendirikan rumahtangga bersama abang askar Kak Yan, abang Budin pada 05 May 2017 lepas.

so kira dah dua bulan dah usia pernikahan ini. baru dua bulan kan. 

and another good news! on 28th May 2017 (1st Ramadhan), i was found positive (pregnant πŸ˜‚). 

yesterday i was estimated 10 weeks and 3 days pregnant. my due will be on 23 January 2018. 
so guys since i got no time to upload my wedding photos..


this is my lil baby. got a head already! he started to eat what did i eat πŸ€” im gonna eat all delicious things! you wait!

Prosedur dan tempoh valid HIV test

hai guys! 

entri kali ini berguna dan bermanfaat sikit untuk yang bakal mendirikan rumahtangga sebab aku faham masalah menghadapi masalah gagal jumpa jawapan di google

ok. first of all, 
my situation is-- 

pengantin perempuan : dari Perak & bekerja di Kuala Lumpur 

pengantin lelaki : dari Johor & bekerja di Sarawak (tentera tercampak ke sana

tarikh nikah : 5 May 2017 (inshaAllah) 

aku dulu waktu nak ambil HIV test punya lah pening kepala google sana google sini. 

antara yang memeningkan kepala ialah-- 
1) berapa bulan hiv test valid
2) kalau alamat perak boleh ke buat hiv test di negeri lain? 

jawapan dia : 
1) HIV test valid selama 6 bulan untuk Perak. 
2) boleh buat di semua klinik kesihatan seluruh Malaysia 

kisah yan ambil hiv test. 
awal bulan 1 hari tu, tunang aku balik mengejut. biasalah askar. tahu-tahu tiba-tiba je cuti. cuti seminggu pula tu. 
kelam kabut sis. 

aku pula sejenis yang malas nak dua tiga kali kerja pos dokumen ke Sarawak lah apa. jadi alang-alang tuan badan nya balik, aku pun nak settlekan dalam masa seminggu itu. 

first-- google klinik kesihatan yang terdekat. paling dekat ialah Klinik Kesihatan Dato' Keramat. tapi alkisahnya. dalam google tunjuk klinik tu dekat belakang stesen LRT Jelatek. maka aku pun keluar office kejap naik LRT pergi ke Jelatek. tapi jenuh lah sis berjalan kaki, tak ada pun klinik.
aku pun dah macam orang bodoh berkeliaran. jadi untuk mengelakkan daripada aku terus kelihatan bodoh, aku tanya pada pakcik jual pisang goreng tepi stesen Jelatek. 

mashaAllah rupanya klinik dah pindah ke setiawangsa. 
jadi dengan serta-merta aku install uber. selamat sampai ke klinik dengan menaiki uber hahaha. 


PROSEDUR HIV TEST 
pertama sekali, daftar pernikahan di NCR web (nikah cerai rujuk) dan print borang kebenaran menjalankan ujian saringan HIV negeri masing-masing. 

kedua, sis nak ingatkan, buatlah appointmentuntuk book tarikh. aku book by call seminggu sebelumnya. 
masuk je klinik, nurse akan berikan borang dua tiga empat helai untuk kita isi. 

ketiga, bayar seringgit youalls. 

keempat, doktor akan panggil untuk cucuk hujung jari anda. 

kelima, SIAP! 

tak sampai 30 minit dah siap. 

keenam, serahkan segala salinan keputusan HIV test tadi kepada encik tunang anda. 
alhamdulillah, tunang aku balik Sarawak dengan dokumen yang lengkap tak perlu lah menapak ke pejabat pos. 

tapi, 
berkahwin dengan seorang tentera akit ale juga. banyak benda nya. 
nanti iolls update dari semasa ke semasa wokeh! 

selamat berjaya you guys! 
semoga urusan menghalalkan hubungan dipermudahkan Allah SWT. 

Yan in 2016 🎭

hi guys! selamat tahun baru!

2016 was a great year right?

here is my views in 2016 ;

january 2016
alhamdulillah masih dgn syarikat yang sama. walaupun banyak kali rasa rindu pada bumi Perak, meronta-ronta nak balik ke tanah air dan kerja disana tapi di atas faktor kurangnya peluang pekerjaan di sana dan nak tambah tahun pengalaman bekerja, jadi aku membuat keputusan untuk teruskan berbakti di bawah cimb group. 😊

7 january 2016, farewell new year of department. pd hari ini lah, aku mula bergeng dengan my baby baby girls dekat office.


so bila ada geng ni, hilanglah sikit stress.

january jugak, aku dah start submit report ke big boss. expanded tasks!


february 2016
on 5th & 6th & 9th of february, my kak long (sister in-law-to-be) got married. kak yan pengapit youalls. bersepah muka kak yan dekat album kahwin kak long.



♥️
next,
on 9th, my bff-during-politeknik got engaged. syahira bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, sharapi di rengit, batu pahat.

tahniah syera! sekarang tengah menunggu majlis dia pulak tahun ni! #RoadToRengit

♥️
on 10th of February. tadaa!


10 february 2016 -- dah jadi tunang orang. saham pun gedebuk jatuh hahaha. alhamdulillah. majlis yang dibantu oleh bantuan br1m ni berjalan dengan lancarπŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼 tqvm pm! kahkah
majlis diadakan di rumah atok di Kg Bukit Panjang, Pagoh, Muar, Johor.




february is the best month! 😍


march 2016

on 8th march, 
attend for Exam Latihan Separa Perubatan (Online).
alhamdulillah, passed.πŸ€—

12nd march,
trip to Teluk Senangin 1.0 bersama kawan-kawan sekolah!!





april 2016

18th of april, interview for Latihan Separa Perubatan (SPA) at Ipoh, Perak.
unfortunately, gagal lah seorang yan. tapi sedikit pun di hati tak rasa sedih. kehkeh.

on 30th april, 
another one of my bff, jane got married! ♥️




may 2016

21st may ; atok buat kenduri dekat kampung. kenduri ni dipanggil kenduri punggahan (untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan). 
iolls jawa lebih sikit. kahkah.


june 2016

June tak banyak hal sangat sebab bulan puasa kan. takda aktiviti sangat, letihhhh haha.


july 2016

6th, 7th hari raya aidilfitri.🎊


meriah youalls raya tahun ni. paling bermakna sebab seorang yan berjaya bayarkan zakat fitrah untuk ahli keluarga.

dan, baju raya one set guna duit gaji yan yang seciput. tapi ok lah. puas hati mak. 😎

october 2016

22nd of october, family day 1.0 nek jenab!

family day yang serba kekurangan ni diadakan di port dickson. alhamdulillah semua family members cukup. org chart completed! ✔️


dan.....
25 oktober tamatlah kontrak aku bersama cimb group.......

tapi extend lagi setahun πŸ˜…


november 2016

happy birthday yan!

terima kasih semua officemates. dapat brownies, tudung blossomboxstore. wishes wishes.

tq so much.


and thank you mia and teha walaupun tongtong duit beli secret recipe cinonet ni, tapi seriously gais. i am more than happy! 😘


december 2016

i got 3 anak buah πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘ΆπŸ»

2 Dec = Sabrina and Syamim got their lil sis. new adik, new #kakyanmakeupteamπŸ’„

8 Dec = congratulations to kak long! my fiancèe got his first niece. automatically my niece also ok! 😜 (mokde-dont-know-when)

31 Dec = another hours to 2017, i got a nephew. my eldest sister got a baby boy. Nuha is now a sister! abah begitu gembira akhirnya ada lelaki dalam organisation chart nya! πŸ˜‚♥️

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon