My menstrual history!πŸ™ˆ

Hai everyone! 

Malam ni tiba-tiba teringat kisah pertama kali aku period (datang bulan / haid). 
Tahun 2004. Waktu tu umur aku 11 tahun. Awal kan? πŸ˜‚
Dua tiga hari sebelum period tu aku demam, tak datang sekolah. Demam lain macam. Khamis, Jumaat absent.

Pagi Sabtu tu, macam biasa, bangun tidur, mandi. Lepas tu mcm ada darah. Aku buat dek je. πŸ˜‚ Aku ingat luka ape ke ape. Pastu aku rilek je habis mandi pakai suar pendek duduk dekat sofa baring mak tegur "Kak kamu keluar darah ke"
Aku kecut perut hahahaha. Kecut sangat sangat. Mak terus buatkan cawat cepat-cepat. Aku takut waktu tu. Aku nak nangis muka pitam gila gila.

Haha esoknya nak naik motor pegi kedai pun aku tak ikut. Sebab kan nak naik motor, nanti aku risau darah aku bertambah banyak sbb terkangkang duduk atas motor. Hahaha. 

Bila kwn2 lain tahu aku dah period, diorang tanya aku, "Mandi wajib susah tak?" πŸ˜‚
Mak ajar aku. Mak ajar air wajib kena satu badan, celah kuku jari kaki dan tangan. Itu jelah aku bagitahu kat depa. 

Sejak aku period tu, aku tahu dah period dosa tanggung sendiri, jadi aku pakai tudung je pegi mana-mana. 
Kecik-kecik tu aku dah ada kesedaran; dosa aku, aku yg tanggung sendiri lepas period.

Malangnya,
Masuk sekolah menengah dah apahal bukak tudung 😭

Sekarang dah ada kesedaran balik...

Alhamdulillah!🐣

Semoga Allah terus bagi hidayah dekat Yan. Amiiiin. 😊

Alamak! Tersalah transfer duit!


hai gais! 
tajuk harini macam serius dan bermanfaat sangat kan? hehe. 

semalam aku tersalah melakukan transaksi pindahan wang (transfer) 

ok. kisah dia, Sara gunakan CIMB Clicks dia untuk transfer duit ke akaun Maybank aku. Sebab haritu tolong dia belikan tiket kereta api balik raya. 

waktu Sara transfer tu, aku baca nombor akaun yang aku save dekat phone ni, aku bacakan dekat Sara. sebut berapa kali punya sebut. pastu, successful
lepastu aku cek kat M2U, duit tak masuk lagi. 
aku cek, alamakk aku salah bagi nombor akaun kat Sara! entah macamana aku salah save dalam phone nombor akaun aku-- tertinggal satu digit. 

pelik sebab nama tak keluar waktu key in nombor akaun tadi, dia continue je--sedangkan nombor akaun tak cukup satu digit.

tapi, duit Sara dah selamat dideducted. 
Sara dah stress. 
aku pun stress, aku fikir-fikir-fikir. 

jadi step pertama: 
aku bukak M2U - transfer konon2 RM1 - aku masukkan nombor akaun yang tersalah masuk tadi *untuk cek akaun tu atas nama siapa* 
alhamdulillah, nombor akaun tu tak wujud. 

step 2 : 
google nombor customer service CIMB. 
03-6204 7788 
dan CALL
jenuh jugak lah tunggu dengan muzik2 mendayu-dayu CIMB. 
ceritalah dekat pegawai tu- kita tersalah key in nombor akaun blabla. 

operator akan buat beberapa pengesahan untuk pastikan betul itu akaun kita. 
aku bagi Sara cakap, sebab Sara punya akaun. 

dan akhirnya, selamat. duit akan direfund kembali dalam masa tiga hari. 

so tunggu lah hari Jumaat ni. and tak payah tunggu jumaat pun, esoknya dah dapat!
CIMB send message yang dia refund duit tu.
Ha gittew kisah saya gais!


πŸ”΅ moral of the story; 
1. jangan careless ok waktu buat transaction. cek dua tiga kali. 

semoga post kali ni berguna untuk awak-awak yang rajin transfer duit beli barang online tapi orang tersalah bagi nombor akaun hehe! 

bye guys! happy fasting! 
πŸ™‹πŸŒΈ 

UPDATE
Keesokan harinya, duit berjaya masuk ke dalam akaun semula.
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon