Jangan lah makan kawan, makan lah nasi ayam.

Malaysia ada nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, pisang goreng, keledek goreng, pisang goreng cheese dan sebagainya, tapi kenapa awak nak makan kawan jugak?

Hari ini adalah hari buat ketiga kalinya aku ditikam tanpa perikemanusiaan oleh sahabat baik sendiri. Kalau kawan yang tak baik tu aku boleh terima lagi sebab mereka tak rapat. Adakah kerana aku memang berkelakuan tak baik sampai mata mereka naik menyampah tengok aku?

Hari ini (23 January 2015) aku dan ibu ku dikutuk oleh segelintir makcik yang menyampaikan cerita yang kurang enak. Dan cerita itu dibangkitkan oleh seorang yang sangat lah aku rapat. Boleh tak menangis bila tahu? Aku ingat ini adalah kali kedua aku diperlakukan sebegini oleh orang yang sama. Dan aku diam macam beberapa tahun lalu. Diam tak ku cerita pada sesiapa.






Sekarang ni macamana lah aku nak menepis setiap kata-kata orang terhadap mak. "Laa, kenapa tak ajar anak betul-betul"
Allah. Buruk dia belum pernah aku cerita kat sesiapa. Buruk aku sikit alam kenapa nak dicanang setaman.

Semoga Kau sejahterakan hidupnya Ya Allah, Berikanlah sebaik-baik pengajaran kepada dia supaya tak ada orang lain yang kena. Mungkin ni pengajaran supaya aku lebih berhati-hati memilih kawan.

Yang kawan kawan sekalian, saya Azian Binti Karib memohon ampun andai terkata terkutuk terjadikan anda bahan cerita. Saya nak makan nasi saya taknak makan kawan.

0 comments:

Post a Comment

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon