Carta Hati 2015


Hi and assalamualaikum everybody.

Harini berminat nak reveal my carta hati of the year.
Enjoy scrolling down!

1. JOHNNY DEPP
   

Born in 1963 and he still been loved by teenagers. Including me. Bermula dengan cerita Pirated of The Carribean, acted as Jack Sparrow, pirate tak berapa nak ganas. Pirate bongok-bongok je. Tapi berjaya menarik minat penonton apeeee.


Kemudian, dia boleh bawak macam-macam watak pelik. Daripada lanun, pembuat coklat, pontianak dan kemudian seorang doktor. Well, all I can say is super-talented.


2. ADAM LEVINE


Adam Noah Levine. Rasanya ramai kenal dengan vokalis Maroon 5 ni.
Hiks. Suara dia sedap. Unique. Tak tahu lah nak describe mcmana. 


Daripada lagu This Love, Maps, Sugar, Stereo Hearts and FeeEeeeEeeelingsss~~~ semua best. Best and I adored him.

OK! Lets move to the third one!


3. ROBERT DOWNEY JR

Ini IronMan idaman semua orang. 

Dah tua-tua jadi IronMan pun charming lagi.





Dah, tiga je. Malas nak tulis panjang-panjang. Tengah ada tiga orang je dalam hati hahahahah.

Bye you alls.



Ditelan mati emak, diluah mati bapak-

Assalamualaikum lagi sekali awak baca cerita saya hihi.

Alhamdulillah kali ni post agak menggembirakan. Kalini iolls dapat offer melanjutkan pengajian separuh masa di UiTM Shah Alam. Ni share sikit kegembiraan :-


Tapi biasalah, Yan mana reti buat keputusan. Ini pun masih keliru. 
Tak dapat rasa sedih, tapi dah dapat rupanya lagi sedih dan membebankan. Sejam selepas aku tahu aku berjaya dapat offer ni, bukannya aku gembira, aku malah menangis dekat dapur keseorangan.

Nak sangat cerita, luahkan pada orang-orang terdekat, tapi tak patut. Thats why lah tajuk post ni nak ditelan mati emak, diluah mati bapak. 

Aku patutnya insan paling gembira sebab dapat peluang macamni, tapi ada kata-kata meruntuhkan semangat aku terpaksa dengar. Tak perlu lah ye nak cerita apa kata-kata tu. Tapi apa yg pasti, sesiapa yang dengar kata-kata tu, pasti akan menangis dan kecewa seminggu hari non-stop.

Ramai yang kata, PERGI YAN.
Insya-Allah mungkin ini bukan rezeki aku. Mohon redha.

Ada yang kata aku macam-macam. Apa dia?
Kurang motivasi.
Tak bersyukur dgn apa yang dah ada sekarang.
Menyusahkan.
Tak kuat.

Mungkin aku tak kuat macam youalls youalls yang cakap tu kot. Tapi yang penting cuba awak duduk dalam tempat Yan, hidup dalam keluarga dia, hidup dalam persekitaran keluarga dia, hidup dalam perasaan yang sangat banyak perlu dijaga, aku pasti kau akan rasa apa aku rasa.

Nie, saya yg hadap hidup ni 1993 sampai 2015. Kalau awak yang baru kenal saya tak sampai sepuluh tahun nak cakap macamtu, nak kata bukan-bukan. Entahlah, mohon faham situasi orang.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

"Abah"

"Mak, kawan akak semua taknak datang rumah sebab abah garang" πŸ˜”
-- mana ada garang. Sekarang siap bagi tidur rumah. Dulu kan akak sekolah abah tak bagi bergaul

"Akak dah 17. Abah tak bagi akak belajar bawak kereta. Org lain dh pandai dh"
-- sedangkan umur akak 21 pun akak bawak kereta langgar sana sini. Sbb tu abah tak bagi 

πŸ‘¨ "kamu pergi mana pukul 7 malam baru balik dr pagi keluar?"
'Akak nak keluar sikit pun tak bagi'
-- bila umur dah lepas 18, bawak lah kereta sampai pukul 12 malam abah tak kisah asalkan isi minyak

πŸ‘¨ "kamu apa yg kamu tahu buat kak?"
-- akak taktahu buat apa yg abah tahu. Akak takpandai pecahkan kelapa, akak tak pandai belah nangka, akak tak pandai koyakkan daun pisang, akak taktahu belah durian

πŸ‘¨ "kamu berminat tak jadi cikgu?"
"Taknak akak tak minat akak tak minat"
-- kalau tahu akak masuk maktab, tak ada lah akak jadi macamni

πŸ‘¨ "kamu berminat tak jadi tentera. Akak kan ada diploma kerja dlm office je tak kena ragging"
"Ish apa abah ni"
-- akak tak kuat mcm abah. Org marah sikit akak dah menangis inikan lagi pacak pale

πŸ‘¨ "kamu ke masak ni akak pandainya"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Kak jangan nangis jangan terasa hati abah pukul. Abah nak yg terbaik"
-- akak dh pandai kira kilogram ke gram darab seribu dh akak dh pandai

"Happy 23rd birthday Azian"
"Abah its 21 abah"
-- abah dh tua kak abah dh lupa.

"Akak nak folio mcm kawan akak. Akak tknk folio ikat2 mcm tali kat tepi"
-- folio ikat2 tepi tu lah kreatif sbnrnya 

"Balik kak jgn merajuk. Abah dh belikan kaler air buncho"
-- pukul 11 malam abah mana abah beli kaler air?

"Akak suka makan buah apa?"
"Epal abah."

πŸ˜”
"Azian, abah tak pergi konvo tak pe ke?"
"Takpela abah, kalau tak sihat tak payah datang" *sambil menangis
-- abah datang 😊

"Azian esok bawak abah pergi cek darah"

"Azian jom kita pergi silibin, abah nak terapi"

"Azian bawak abah pergi wad kecemasan. Darah tak berhenti mengalir"

"Mungkin ni raya terakhir abah"

"Azian.."
"Jangan keras kepala"
"Jangan ikut kepala kamu"
"Jaga makan nanti sakit lagi"
"Kakak.."

"Kak abah masuk wad. Wad haemotologi"
"Kak kat sini semua orang kanser orang leukemia"
-- kenapa abah duduk situ? 

"Abah kata, wad biasa dah penuh"
-- dik abah bohong tu dik.
"Hm adik tahu"






Abah maafkan Azian Binti Karib. 

Abah


And here I am, writing a post about my first hero in the world, ABAH.

Yelah wajah lelaki yang pertama aku lihat sewaktu dikeluarkan di dunia dah tentu-tentu lah abah. yang pertama sekali peluk dan cium aku dah tentu lah abah. He knows better macamana bau badan kakak, muka waktu murung suka gembira kecewa.

Dan hero yang banyak berjasa dalam hidupku kini semakin lemah....

Dulu dia lah ironman. Bakar ikan sekalipun api terkena kulit, sikit 'Aduh' tidak 'Auch' tidak..
Jatuh macamana kuat sekalipun dia gagah je berdiri.
Setahun agak dalam sekali je demam.

Iye, abah dulu ironman. Iron di luar dan di dalam.

Bertambah iron nya hati dia melihat pembesaran aku dan adik. Degil, kadang-kadang malas belajar, kadang-kadang ngelat. Malas nak buat latihan, aku tengok jawapan kat belakang bulat-bulat-bulat. Nanti abah cek, senang lah takde lah abah bebel kan certain soalan yang salah tu.

Iron lah hati nya kuat bila aku meningkat remaja. Means, zaman sekolah menengah.
Kuat merayap. Petang jarang sekali ada kat rumah. Ukur jalan.
Malas belajar. Bukak bukak buku tup tidur dah.
Bercinta monyet. Haihhhhhhh Yan Yan.. --'

Abah lah ironman dan dengan terang lagi bersuluhnya, pernah abah kata pada ku yang aku lah paling degil, keras kepala, buat kerja ikut otak sendiri je.

Yelah abah, betul lah tu.

Seironman ironman abah,
Sekarang abah kerap makan ubat. Pil bermacam-macam warna. Jingga, putih, pink, biru. Belum masuk pula ubat cecair macam-macam perasa dan bau. Nanti bila abah habis ubat, hidung abah berdarah, mulut abah berdarah. :(

Tahun ni saja dah tiga kali abah singgah di hospital pakai uniform hijau lusuh tu.
Dapatlah juga aku bermalam dengan abah jaga dia hadap muka dia depan mata. Tapi, abah sihat bila dia duduk hospital. Rasanya dalam wad tu, abah lah paling cergas. Lari pun boleh lagi.
Apa dia? Nurse lawa-lawa katanya. Hiks.

Sekarang ni yang degil ni lah abah panggil untuk jadi jururawat peribadi.
Kakak dah tak degil dah abah.

Hari ini, abah luka lagi..
Doktor dah pesan, jangan luka. Nanti darah takkan berhenti.

Hari ini, abah luka lagi..
Abah jatuh motor. Abah lepas makan ubat terus lenjan motor pergi jenguk kebun. Kan khayal mengantuk.
Abah bila luka terus pening..
Kaki penuh luka.
Tangan bekas jahit luka lagi..

Abah :(
Semoga sihat terus. Akak takkan kerja kat KL dah sampai abah sihat. Akak kerja sini je, boleh jadi nurse abah, rawat luka abah, bawak abah pergi terapi, check up dan sebagainya.




Semua, doakan abah.



Adakah aku pilih orang yang betul?

Assalamualaikum Salam Ramadhan untuk pembaca (kalau ada yg baca)
Hihi

Pagi-pagi jam 1:38 pagi macam ni, aku taktahu apa sebenarnya yang mengganggu fikiran. Tapi yang pasti, masa depan adalah yang paling merunsingkan aku.

Kerjaya.
Jodoh.
Amal.
Mcmana aku mati kelak.

Semua tentang masa depan. 

Tambahan pula jodoh. Kalau lah aku sempat berjodoh, bersuami, berkeluarga, kadang-kadang mcm terlintas di fikiran.
"Adakah aku akan dapat suami yang boleh mengimamkan aku solat nanti?"
"Adakah suami aku nanti akan teman aku berborak setiap hari, bergelak ketawa bersama anak-anak? Ya Allah, janganlah dia seorang yg pendiam. Sunyi keluarga nanti"
"Adakah aku boleh dpt suami yang boleh memberi didikan baik untuk anak-anak?"

Macam-macam soalan lah berlegar dalam pale hotak ni. Aku risau sebenarnya. Bila aku dengar "doa anak yang soleh yg boleh selamatkan kita di kubur"

Takutnya bila aku terfikir
Macamana kalau aku tersalah didik anak?
Macamana kalau aku dpt suami yang kurang ilmu agamanya, dan anak tempias lacked of ilmu sehingga berdoa pun dia tidak akan buat?
Macamana nasib aku agaknya.

Eh agaknya aku yg banyak overthinking ataupun aku banyak lihat orang sekeliling. Bagaimana anak-anak yang tak pernah solat, macamana nasib ibu ayah mereka tanpa doa? 😒

"Allahumaghfirlana zunubana wali-wali daina warhamhuma-kamarabbayani-kathira"
- Ya Allah kasihankan lah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil

*i guess i did well by this translation*

I will be a good daughter for mak abah and I hope one day my children would did the same like I did. InsyaAllah. 

#motivasidirisendiri 

My dream guy.

Macam miang kan tajuk entri kali ni
Hahaha izinkan saya berangan sekejap.

Actually, my dream guy should be :

1. Pandai menulis berpuisi
Yeah, so he can write about me everyday, talk about how pretty I am, how kind I am. Haha

2. Yang pandai buat suprise
Tak mintak byk. Setangkai bunga bersama kad serta ayat 'i love you' pun ok πŸ˜† or or or coklat crispy bersama kad. Oh am I too obsessed to drama ke ni

3. Wear longsleeve 
Ada sesetengah yg tak suka. Tp aku suka. Nampak kemas. Tkdelah nampak sgt bulu lengan tu. Kahkah. 

4. Bekerjaya
Im not expected hes to be engineer or doctor or architect. Cukup dia ada pendapatan tetap melebihi RM1,500 pandai manage duit, ok lah. Sbb aku pun bukanlah jimat sgt orgnya hihi.

5. Caring
Ok caring ni byk aspeknya. Caring yg aku maksudkan ni macam, sebelum pegi kerja call, bila free text tanya dh makan ke oklah tu. Then before go to sleep, call tak kisahlah aku dah tidur ke apa aku akan jwb walaupun dlm keadaan mamai. Haha

6. Tahu pengetahuan agama
Memang nak ini wajib. Kalau boleh bila aku nak tanya itu ini dia boleh lah jawab. πŸ˜‡

7. Solat 5 waktu
Ini penting. Someday if I got a kids, how is my life kalau anak2 tengok ayah dia pun tak solat. Rosaklah keluarga ku nanti tiang agama tak ada. 😭

8. Pandai masak
Ok bonus! So he can help me cook. Boleh lah duduk tengok Melodi kahkah

9. Pandai berbahasa Inggeris
Bestnya. Boleh gurau dlm english. Bersweet caption dlm English. Hihi like "i miss you like the moon and sun. They never meet" or "sayang would you love to have me as your lunch today" kahkah. Or maybe "i dont have to stare at your smile. Each times i looked at you, im meltinggg"

Ahhh sudahlah berangan terokkkkkk

3H2M in Kelantan


Hai readers and assalamualaikum warahmatullahi-wabarakatuh :)

Today is14th of May. Sorry, entri harini adalah untuk menceritakan memori percutian 3 hari 2 malam ku di bumi Kelantan.


1 May 2015 - Aku bertolak dr stesen bas Shah Alam. Oh god you cant imagine how suffer I am. Bertolak jam 11 malam dan tiba di Kelantan pukul 9 pagi lebih kurang. Tak kematu punggung duduk dalam bas. Bas dahlah kejap-kejap mati enjin. Aduh aduh.

Sesampainya aku di Kota Bharu, (stesen bas) dekat dengan Tesco, kakak si Shapik jemput kami dengan menaiki Hilux. Boleh lah angkut kotak sumbangan syarikat dua kotak, beg baju aku dah dua bijik. Bercuti sangat. Hehe.

Bachok is truly kampung. Youll find pokok kelapa every single area of Bachok. 
Perasaan aku masa tu adalah macam - "Wow its like a drawing". Dalam lukisan, ada pantai, ada pokok kelapa, ada rumah kampung. Sama macam lukisan yang selalu sangat aku lukis dr zaman kecil sampailah umur 22 tahun dah ni.

And that is Bachok.




Ini scene belakang rumah Sapik. Ada bot, ada nelayan, ada pantai.
You can eat seafoods freshly here like sotong udang ikan fresh dari laut. You can swimming here without need to park a car or travel for an hour to go to Teluk Batik (macam family aku selalu pergi bila cuti). You just need you wear a slippers, and walk about 100 steps, terjun lah pantai dengan girang nya!

Tengahari, memang panas sikit. Aku faham. Ini semua geografi punya hal. Wap dan haba dari pantai tersejat - dan - malas nak elaborate lah. 

The one I love and I miss in Bachok was - Alya. 
Alya adik Sapik. Shes the one ajak Kak Yan "marilah pegi pantai". Dia lah teman Kak Yan g pantai. Dia lah kata Kak Yan pengecut takut air. Hehe. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


And this is Pantai Irama, Bachok, Kelantan.





*maceh photographer sampai memanjat2 batu i posing kahkah


Gambar ni dimasukkan cuma nak tunjuk perigi belakang tu. Nampak tak?

First time lah dalam hidup mandi air perigi. Sejukkkkkk. Seronok. Rasa macam tradisional sangattt. Hehe. Aku tanya lah pada adik-adik Sapik, air ni datang dari mana? Mereka kata ada orang korek sampai keluar air. 

Aku tanya "siapa?" Alya kata lembu tepi tu mai korek perigi. Sudah lah Yan. Jakon nya tak pernah jumpa perigi. 

OKLAH NAK SAMBUNG KERJA.

And, honestly I want to come here again. Aaa! hehe






Komatra Sajian


Hai, and assalamualaikum to all of my beloved readers. Hiks.

Harini, 4 April 2015, dah 24 hari sebenarnya aku bekerja sebagai account assistant di Komatra Sajian Sdn Bhd cawangan Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Terima Kasih pada senior waktu study dulu, Syukri Rasul sebab bagi peluang ni.

Komatra ni tak silap aku namanya ialah Kontrak Makanan Angkatan Tentera lebih kurang lah.

Mula-mula masuk memang rasa macam kekok. Itu biasa. Memang mula di tempat baru, perasaan pun cuak semacam. Tapi alhamdulillah, seminggu lepas kerja, aku OK.

Bekerja di Mes Udara PUKL (Pangkalan Udara Kuala Lumpur) ni kira aku lah satu-satunya kerani dalam cookhouse ni. Yang lain ialah staf kitchen, staf serve & steward. Mereka semua muda-muda lebih kurang sebaya aku jelah. Dan, yang paling penting, mereka sangatlah peramah dan happening. Aku duduk dalam office memang sangatlah tak tenang, rasa nak duduk kitchen je lepak dengan depa huhahuha. Dari dalam office boleh dengar tau budak-budak tu ketawa dengan girang nya. Haha. Office pulak sunyi jee. Hanya kedengaran bunyi jari yang menaip daily report setiap hari.

Jadi account assistant kat sini tak mudah. Orang-orang atasan akan call bila kita buat satu dua silap. Itu biasa. Jadi, aku yang sangat careless ni sedang mencuba untuk mengikis perangai teruk ini.

Dan yang paling penting!
Banyak makanan!
Makin gemuk!
Rumah sewa free!
Ramai kawan!

Can I work here forever? Kehkeh.






Sekitar perlawanan boling antara mes udara dan darat yang diadakan di The Mines
pada berapa haribulan dah lupa

Best.




MUET dan UPU

Hi and assalamualaikum. Hiks

MUET

Harini 10 February 2015, pertama kali dalam sejarah kehidupan ambil test sebagai calon persendirian. Fuh! Mula-mula tu memang cuak. Ye lah, speaking test.
"Apa nak cakap"
"Macamana kalau dapat group yang kurang aktif bercakap?"
"Macamana kalau terlebih masa bercakap?"

Dan pelbagai lagi persoalan dan kecuakan di minda.
Aku menduduki test speaking Malaysia University English Test (MUET) di SMK Sultan Yussof *sekolah sekejap dulu waktu form six sebelum berhijrah ke Polinilai


Ini adalah pengalaman speaking test ku harini :-
OK aku datang menaiki kereta iswara buruk ku hehe jam 7:35 pagi dan terus ke library sebab tempat ujian dia di situ. Tak ramai lah. Dalam 18 orang. 3 daripadanya ialah Chinese.

Bila dah masuk tempat ujian mcm dah kurang sikit rasa sakit perut dan sebagainya. Dalam kepala waktu tu cuma "cepat, habiskan semua ni!" hehehe. Biasalah di tempat orang kita berkenalan dengan orang baru. Aku berkenalan dengan dua orang lah. Satu nya daripada UiTM Seri Iskandar. Kata adik manis tu "kita taktau kak ada muet ke tak kat uitm".

*Oh mulalah aku berfikir, adik aku belajar di Uitm, agaknya dia pun kena ambil test kat luar ke? Oh somebody from  UiTM read my post please im begging for pencerahan.*

And the other one is from USIM Nilai. Dia menduduki test MUET buat kali kedua sebagai syarat dia nak graduate katanya. Kat USIM katanya nak Band 3 untuk graduate.

OK. The test OK. Individual test (Task A) OK. Soalan pun senang. *i dont know if i can reveal the question here*
Individual test ni diberi masa 2 minit to speak about the topic given. Dan aku kurang 2 minit mungkin sebab terlalu fluent dan terlalu excited nak cakap laju-laju. Hahaha.

Tapi semua OK sebab aku tengok muka kedua-dua examiners nampak impress dan tersenyum bila aku speak kehkehkeh.

Yang aku tak berapa berpuas hati ialah Task B iaitu Group Discussion. Kenapa?
Oh my God, memang lah satu faktor perbincangan tu gagal berjalan dengan lancar sebab kita tak kenal dengan diorang. Dan sebab kedua ialah mereka agak kurang fluent cakap English. Candidate C agak diam dalam seminit dua. Bila dia mendiamkan diri, aku sahajalah yang kena interrupt dengan hujah yang konon mantap. Haha.

The opening of discussion was made by Candidate A dan I am the one who close the discussion. Hehe. Semoga baik-baik lah keputusannya. Amiin


UPU

Bila dah ambil MUET dengan gagahnya bersendirian mestilah ada niat nak masuk universiti sambung degree. Maka malam ini aku terus apply. Kehkeh. Mungkin rezeki agak tak berapa luas memandangkan banyak lagi calon lain yang hebat dan dapat band yang tinggi dalam MUET, tapi tak apalah, i try. Hehe.



Waktu apply ni mesti pasrah memang nak elak dari study banking, finance dan sengkatan dengannya. Tapi takkan lah belajar diploma kewangan dan perbankan tiba-tiba masuk degree nak ambil seni visual. Apa tersasar sangat. Hehe.

Mohon UPU ni bukanlah apa, cuma rasa nak belajar. Memang aku tak ada minat nak bekerja ni. Otak aku fikir nak pegang buku dan tekan kalkulator je ni. Haha.

OK lah, nanti melambung bil cyber cafe i ni. Haha saya tak ada wifi kat rumah kena pergi CC nak post hehe. Bye alls.

Jangan lah makan kawan, makan lah nasi ayam.

Malaysia ada nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, pisang goreng, keledek goreng, pisang goreng cheese dan sebagainya, tapi kenapa awak nak makan kawan jugak?

Hari ini adalah hari buat ketiga kalinya aku ditikam tanpa perikemanusiaan oleh sahabat baik sendiri. Kalau kawan yang tak baik tu aku boleh terima lagi sebab mereka tak rapat. Adakah kerana aku memang berkelakuan tak baik sampai mata mereka naik menyampah tengok aku?

Hari ini (23 January 2015) aku dan ibu ku dikutuk oleh segelintir makcik yang menyampaikan cerita yang kurang enak. Dan cerita itu dibangkitkan oleh seorang yang sangat lah aku rapat. Boleh tak menangis bila tahu? Aku ingat ini adalah kali kedua aku diperlakukan sebegini oleh orang yang sama. Dan aku diam macam beberapa tahun lalu. Diam tak ku cerita pada sesiapa.






Sekarang ni macamana lah aku nak menepis setiap kata-kata orang terhadap mak. "Laa, kenapa tak ajar anak betul-betul"
Allah. Buruk dia belum pernah aku cerita kat sesiapa. Buruk aku sikit alam kenapa nak dicanang setaman.

Semoga Kau sejahterakan hidupnya Ya Allah, Berikanlah sebaik-baik pengajaran kepada dia supaya tak ada orang lain yang kena. Mungkin ni pengajaran supaya aku lebih berhati-hati memilih kawan.

Yang kawan kawan sekalian, saya Azian Binti Karib memohon ampun andai terkata terkutuk terjadikan anda bahan cerita. Saya nak makan nasi saya taknak makan kawan.
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon