Selamat Ulang Tahun Ke-Empat



Wahai abang askar,
Selamat Ulang Tahun kita ke-empat
Aku disini tetap sabar
Walau nak celebrate tak sempat

Selamat Ulang-Tahun kita ke-empat
Kau tahu aku risau aku ralat
Aku takut kau tak ingat
Tambah pula nak sambut bersama tak sempat

Budin sekarang bukan macam Budin dulu
Dulu 24 jam dengan kita
Bergayut mesej selalu
Sekarang semua tak cukup masa

Aku tahu kau sibuk di medan perang
Menjaga kereta kebal di selatan
Jangan risau aku tetap sayang
Walau selalu ditinggalkan

Budin sekarang dah jadi askar
Jadi jaguh kampung jadi hero keluarga
Orang kampung panggil dia 'abang sojar'
Aku kat sini tumpang bangga

Sekarang tak macam empat tahun yang lalu
Dulu SMS 24 jam tak jemu-jemu
Call tiap malam asyik cakap 'Lebiu'
Nak pergi sekolah bukak mesej sengih dulu

Tak apalah kalau tak boleh mesej aku
Tak apalah kalau tak boleh call selalu
'Untuk masa depan kita' aku tahu
Asalkan ingat diriku selalu

Jaga diri elok-elok kat sana
Kalau dapat cuti ambil peluang kita jumpa
Walau cuti dalam setahun ada seminggu dua
Aku bersyukur daripada tak ada

Aku faham siapa aku kini
Aku berkongsi Budin dengan negara
'Jangan pentingkan diri'
Hatiku berkata-kata

Aku tunggu kau saat kau cium dahiku
Di dalam rumah Yang Maha Esa
Saat suasana masjid sayu
Ku nanti akad mu ku bayangkan hatiku gembira

Selamat Ulang Tahun sekali lagi
Aku tak tahu berpuisi
Aku tak mahu berjanji
InsyaAllah aku tunggu dirimu kembali


Tahniah Perajurit Muda Mohamad Hafizuddin ♡


Semalam, 15 March 2014 akhirnya hilang pun kerinduan bertimbun kepada Perajurit Muda negara, Mohamad Hafizuddin. 

******
Kisah perjalanan, Sharapi, ambil kereta seawal jam 5:45 pagi katanya lah dari Bangi. Asalnya nak sewa kereta area Nilai, tp semua full. Waktu tu memang rasa putus asa sangat. Aku nak sangat pergi tengok dia.
Untunglah ade Sharapi dan Syahira sudi membantu sahabatmu yg dalam kerinduan ni. haha




Inilah kedua mempelai yg bawak aku sampai ke sini. Terima kasih you two.
Nak tengok Budin punya pasal, sewa kereta sampai ke Bangi. Kereta Saga FLX lagi tu Sharapi sewa.
Kami bertolak jam 7:30 melalui jalan Sepang-Port Dickson, jalan dalam. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit je. Alhamdulillah selamat sampai sebelum perbarisan tamat.

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Pengambilan 173/13 Lelaki dan Wanita 35/2013 diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) bermula jam 8 pagi.










Lepas habis je perbarisan, usaha menjejaki Budin diteruskan. Akhirnya jumpa pun.
Dia tak gelap sangat, makin gemuk. Hehe.
Waktu aku tengok dia first time, dalam hati aku berkata "Tak berubah muka dia"


Rasa dah lama sgt tak tengok dia senyum. 




Tak sanggup tengok dia botak. Haha terkejut terus aku bila dia bukak topi askar dia.


Kak Ngah jelah yang takde sekarang ni ha.


Sukanya adik-adik dia. 







Ini adalah dorm kompeni kompeni dalam PUSASDA. Waktu ni kami belum jumpa Budin lagi. Tercari-cari dia kat mana entah





Susah-susah je makcik masak banyak-banyak. Kawan-kawan saya mmg kuat makan, lagi-lagi Jannah. Haha









Alhamdulillah tamat pun latihan. Tapi tamat latihan pun, malangnya dia belum boleh balik, belum boleh pakai phone sampai lah dia dapat masuk unit. 
*****






Tahniah b. Ini adalah hadiah anniversary ke-4 kita yang paling bermakna sebenarnya. Semoga berjaya menjadi perajurit muda yang setia berkorban untuk agama, bangsa dan negara. Amiin



Jelajah Tayar Pecah di Port Dickson


Assalamualaikum pembuka bicara

Harini lagi satu kisah tragis genre lucu, sekali lagi aku jadi driver kawan-kawan ke Politeknik Port Dickson utk research. Kami bertolak seawal jam 9 pagi something mengikut jalan dalam, bukan highway. Kira nya bila masuk je bandar PD, hati aku bergolak gumbira. Hiks.

Kami sampai Politeknik Port Dickson jam 10 lebih. Dah sampai, kena tunggu timbalan pengarah balik untuk distribute borang soal selidik. Kami kena datang balik jam 2 petang. Okay, untuk menghabiskan masa 3 jam menunggu timbalan pengarah, kami pun berjalan ke sekitar Port Dickson, mencari Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) tapi tak jumpa.

Tengah syok memandu tiba-tiba bunyi "Plopppp!" Mcm langgar benda. Aku pun berhenti betul-betul kat depan Institut Pengurusan Tentera Darat. Kami berempat turun, tengok-tengok tayar belakang meletup. Pecah kemik habis. Abang askar yg keluar masuk dari institut semua tengokkan je kami terpinga-pinga. Bonet belakang dah buka, tayar spare dah jumpa. Cuma tak tahu nak buat apa.

Aku dengan Pah (bukan nama sebenar) beranikan diri menyeberang pergi ke Institut Pengurusan Tentera Darat tu minta bantuan. Abang askar first tu drive kan kereta yg kami naik betul-betul depan institut tu. Tapi dia tak tolong. Dia masuk. Kata dia,"Aku tak boleh duduk luar, aku kena duduk dalam jaga".

Waktu tu lah abang askar handsome hero kami datang dgn motor besar dan beg paku-paku dia. Namanya Hafis *tengok name tag. Dia lah yg sumbangkan jet untuk naik kan kereta, dia lah yg tolong kami tukarkan tayar sampai berpeluh macam mandi dah aku tengok. Nasib baik abang askar tu sporting, peramah. Tak ada lah macam takut sangat. Terima Kasih kepada abang Hafis walau kat mana abang berada, kami tak sempat belanja makan atau bagi duit seringgit dua. Hehe, kami pun teruskan perjalanan dgn kelajuan rendah 60km sejam.


Haha mengacau 


Wallpaper phone Pah


*mata mana mata.juling kenape juling*





tayar kereta dah okay, baru boleh bersiar-siar. haha


MENJEJAKI BUDIN. Hiks




Ini lah tempat Hafizuddin rekrut enam bulan berbakti bersedia menjadi perajurit muda. Bila lalu je, nampak perajurit-perajurit muda sedang raptai untuk penutup rekrut sabtu ni. Ada beribu askar kat padang kawad tu, dan aku tahu antara beribu tu, ada dia 


Tengok tu, diorang tengah raptai berbaju celoreng ha


Dah nak habis ye? 
Cepat balik. Berlatih kawad elok-elok. Nanti hari Sabtu kita datang tengok, insyaAllah 





 
yann♥ Blog Design by Ipietoon