mentally, physically exhausted.
Mimpi
Assalamualaikum fwens.
Tajuk post harini, mimpi. Have you guys got a strange dreams that you could remember?
Ada, kan?
Semalam, I got a strange dream. Dalam mimpi tu aku duduk di dalam kotak bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Banyak kotak & kotak tu beratur di sepanjang jalanraya. Tiap kotak tu ada orang lain yang juga tak dikenali.
Jadi, aku duduk di dalam kotak itu bersama dgn lelaki itu, kami tengah berbual mesra. Tiba-tiba ada sorang sami pakai baju orange datang.
Kami tanya siapa dia.
Dia kata dia sudah mati.
Dia tunjuk satu surat. Di surat tu ada tunjuk tarikh lahir dia & tarikh kematiannya. Aku, yang di dalam mimpi tu dah mula takut. Sami tadi tu kata pada ku, begini, "I was dead. I really want to live again. You know.. To my young age.."
Dia cakap gitu. Aku ingat sebutir-sebutir apa dia cakap & memang in english. Ni bukan cerita rekaan. Aku betul2 takut & aku terus bangun. Jam pukul 5.30am. Berapa minit kemudian azan Subuh, aku terus solat Subuh & tak berjaya tidur semula walaupun si adik tgh lena & pagi masih awal.
2.
Last week, kami balik kampung. Ada suatu malam tu, aku mimpi berada di perkarangan sekolah. Sekolah apa? Sekolah Rendah tempat ajy bersekolah dahulu. Aku didatangi 3 ekor ular sawa yang sangat besar. Aku cuba lari tapi tak boleh. Sedangkan dalam mimpi tu aku bukannya diikat atau apa. Ular sawa semakin menghampiri aku, aku cuba lari tetap gagal. Akhirnya seekor ular sawa berjaya menggigit paha sebelah kanan. Apa lagi, aku terus bangun dari tidur.
Di kampung juga, sebelum lahirnya Yasmin, aku mimpi ular juga. Ular berwarna hitam berada di satu kawasan di kampung mak mentua ku. Terlalu banyak ular hitam tu. Berekor-ekor. Dikerumun sana sini. Semua ular tu berdiri tegak seolah nak menyerang aku tetapi aku cepat-cepat bangun tidur🥴
3.
Sewaktu pantangkan Yasmin. Aku mimpi seorang budak perempuan pakai baju sekolah. Wajah nya tak nampak. Dia berdiri di balik pagar / tembok. Dia mengintai aku. Aku pandang dia, dia tuding jari ke suatu tempat. Dia kata, "Itu, itu, itu Nur Iman." Tapi aku tak nampak siapa.. Aku takut memang meremang bulu roma waktu tu. Cerita kat mak mentua, mak mentua pun seram. Siapa pula Nur Iman. Aku bangun. Waktu tu aku sedang menghadap si adik yang tak berhenti menangis berhari-hari.
4.
Beberapa minggu sebelum lahirnya adik, aku mimpi ada dua orang lelaki berjubah putih datang menghantar susu. Susu tu ada dalam tempayan yang sangat besar. Ada tiga buah. Tempayan tu bercahaya. Cahaya nya teramatlah terang sampai aku yang melihatnya silau. Silau sampai aku membuka mataku bangun dari tidur. Mimpi yang sangat menenangkan untuk aku.
5.
Mimpi paling aku ingat. Mimpi ni datang sewaktu aku sekolah rendah. Aku mimpi arwah atok yang amat aku sayangi datang ke rumah ku. Dia terbang di hadapan rumah ku bersama ribut. Dalam mimpi tu, aku nak sangat bercakap dengan atok. Tapi aku takut dengan ribut yang ada & sebagainya. Itulah kali terakhir aku mimpikan atok. Dulu bila aku ingat mimpi tu, automatik aku akan cari tempat untuk aku sedekah walau seringgit untuk atok. Korang doakan atok ya, atok kami baik & sangat penyayang.
6.
Arwah pakcik ku Safar B. Md Nan yang disayangi. Dia datang kat kampung kami. Dia datang depan rumah pakai pakaian bewarna putih. Dia tak bercakap sepatah pun. Dalam mimpi tu, aku tanya dia, "Pergi mana? Kenapa tak balik?"
Dia langsung tak jawab. Dia senyum je. Kalau korang nak tau, pakcik kami yang sorang ni sangat sporting, sangat baik, sangat pemurah. Tiap kali aku balik kampung, nak balik semula ke Perak mesti aku menangis sepanjang jalan. Bekal aku sepanjang jalan ialah kain pelikat nya. Aku cium je sepanjang jalan. Hehe doakan untuk pakcik kami juga ya.
Alfatihah Safar B. Md Nan & Wagini B. Ali🌷
7.
Dream came true ye this one. Mimpi ni sebelum dpt tahu pregnant. Yang part dapat baby boy tak benar, part aku beranak sendirian takde yang iqamah kan anak semuanya menjadi kenyataan termasuklah part aku kelihatan kelam kabut di stesen minyak uruskan anak sorang-sorang ditemani mak tu tersangat jadi kenyataan. Mak lah peneman aku sekarang dalam menguruskan anak-anak. Part tanpa bapa tu, bukan disebabkan perpisahan, tapi urusan kerja. Perpisahan tak ada tapi tersangat kerap arguing. Normal kot jauh kan. Korang baca lah ya..
http://theyannnn.blogspot.com/2022/03/?m=1
Itulah mimpi yang aku rasa pelik & masih aku ingat.
Mimpi mainan tidur katanya kan. Wallahua'lam.
Korang ada experience sama? Share la kat komen👇🏽
Halo June!
Halo June!
Berjaya habiskan 6 bulan pertama!
Tunggang terbalik, lintang pukang, kecelaruan emosi, kelam kabut. Hahaha! It's so normal because I got a baby. My baby today is 6 months and 10 days old. She can crawl so good, trying to stand up by hanging on people / objects. Tersenget-senget badan tu. Kaki pun halus lagi.
What I can say is, she was 95% sama macam kakak nya. All the processes, perangai before sleep & while sleep memang I can say sama sangat. The differences between them is kakak fully bfeeding while adik formula-fed & adik banyak tantrum while kakak tenang-tenang aja dulu.
The other tingz- memang 95%.
Tak boleh diam walau sesaat.
Kaki mengayuh everytime nak tidur.
TV tak mampu untuk diamkan mereka. Boleh lah for the first 5-10 minutes. Lepas tu operasi macam-macam.
Both mula merengek start 5am sampai ke cerah. Sepanjang itu kena berkepit je to keep them sleep & tak boleh renyah dengan bunyi-bunyian.
Dua-dua sensitive to sound. Bunyi penutup botol pun bangun. Kena jadi patung time diorang tidur. Kena hadap ni dua tahun ya waktu si kakak. Tak boleh buat kerja time dia tidur, buat time dia bangun. Buat lah sama-sama. Seems like sama dgn adiknya ni.
Development pun sama. Both meniarap 3 months old, merangkak 6 months old. Tak menyusur / menyulur ke depan. Menyulur beberapa hari terus merangkak. Penumbuhan gigi belum tau lagi. Kakak's first teeth was when she was 7 months. Adik donno yet.
Both took a loooonggggggg time to sleep. Nesting yang sangat lama. One hour or more tau! Beza dia kakak tak boleh tidur tapi dia cuma bebel-bebel, adik pula tak boleh tidur, bila nak tidur dia menangis. Kau bagi apa pun dia tak nak tu jam. Letak, itulah cara terbaik. Letak dia atas tilam. Ibu mu pun dah penat, dia pun penat nangis. Jadi batu dan tunggu jelah dia reda sendiri sambil scroll instagram. Biasanya yes, dia tenangkan diri sendiri. Kejam? Aku pun rasa kejam tapi selalu ingatkan diri sendiri kena mula dari sekarang. Ajar dia tenangkan diri sendiri. Kalau tak jadi macam time kakak dia dulu, sampai 4 tahun lah ibu jadi human-pacifier dia. Selagi ibu tak datang dia takkan tidur. Wean off at 3 years and 11 months old, selepas wean off terus pandai tidur sendiri. Tak sampai 20 minit pun, even dia dah tidur siang yang lama.
Both senang smiles :)
Senang buat diorang dua ni smile.
------
Enough cerita pasal anak! Pasal diriku pula. I currently looking for a job. Bulan lepas terpanggil ke dua temuduga, tak berjaya. Mungkin sebab berat sikit majikan nak terima wanita berkahwin. Hm. Korang doakan lah ya! Bulan lepas juga kena job scam. Paid RM50 to start a work from home job. It's typing documents job. Aku pun tak pernah sebodoh itu, tapi agaknya akal aku dah hanyut ke mana dan terlalu desperate mencari income, aku pun read the agreement & dgn confident pergi transfer RM50. Sampai sekarang lah aku kena block dgn diorang. Sabar jela.
The ad on my timeline. Huhu, pengajaran baru ya!
Buat masa sekarang..
Aku jadi penganggur terhormat di rumah mak abah. Penganggur yang bayar bil eletrik tau. Anak-anak banyak guna air-conditioner.
Tahun lepas waktu pantang kan dak Yasmin ni, nurse Kamilah pesan pada aku "Kalau suami pergi Malbatt, balik rumah mak, jaga mak, berbakti pada mak sementara ada waktu. Kalau akak, itu yang akak buat." Aku fikir benda yang sama. Daripada umur 15 tahun aku jarang duduk rumah bila cuti sekolah / cuti sem / selepas tamat belajar. Mula umur 15 tahun, setiap kali cuti sekolah aku naik bas sorang-sorang balik kampung. 17 tahun dah keluar ke KL kerja sambilan. 18 tahun sambung belajar, cuti sem kerja macam kerja. Katering lah kedai kereta lah. Lepas habis belajar duduk lagi di KL, kerja. Memang tak pernah duduk rumah untuk tempoh yang lama. Jadi aku cuba gunakan setahun lebih ni untuk jadi chef tak bertauliah, peneman mak, tolong belikan kicap, sos, santan, roti. Hari-hari muka aku gi kedai haha. Berbakti juga tu kan!
😆😆
Tiga ketul kawan gaduh sekarang. Alhamdulillah
Cook, cook, and cook! Cook with love walaupun tak sedap hehe.
Ok lah tu je! Jom tidur!
🫶🏼♥️
Happy mother's day
Selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia.
Sebagai ibu juga, hari ini hari yang suram untuk aku. Malam yang sunyi untuk ku hari-hari sambil berperang dengan nombor dua ni. Berjaga dalam gelap, sunyi dan melayan tangis nya berseorangan. Sejak aku lahirkan si adik 5 bulan lalu, aku takut nak tidur seorang / bersendiri dengan anak-anak. Berpeluh tiap malam biarpun berhawa dingin.
Mungkin sebab hari-hari aku lalui malam yang penuh tangisan sejak 5 bulan lalu. Malam pun dah jadi seram untuk aku.
Hari ini hari yang tak berapa baik untuk ku. Banyak sangat masalah yang bermain dalam fikiran. Setiap satunya cuba ku cari jalan penyelesaian. Semuanya tentang anak-anak. Sejak ada anak-anak, aku jarang sekali fikirkan diri sendiri. Semua ibu mesti sama, kan?
Paling mengganggu fikiran sekarang tentang penyusuan si adik. Aku memang teramat gagal sebab gagal susukan dia dan tak pernah terfikir nak formula-feed kan dia. Dari satu demi satu lactation consultant aku slide to their dms and hired. Tapi tetap bukan rezeki. Baru-baru ni nurse tegur si adik kurus dan tak mencapai kenaikan berat yang baik. Aku akui. Memang betul. Hari-hari aku berbincang dengan diri sendiri & salahkan diri sendiri. Semua aku laburkan sendiri termasuklah wang ringgit, buah fikiran dan tenaga untuk pastikan Yasmin & Alisa membesar dengan baik. Tambahan pula ayah dia orang tak ada dengan kami untuk tempoh masa yang panjang. Jadi, 100% hal mereka aku yang kena uruskan. Kewangan, pendidikan, makanan, gears, transport, macam-macam lah.
Selesai pula bab penyusuan, aku cari pula ilmu latihan tidur bayi berbayar untuk si adik. Kadang berjaya kadang tidak.
Hari ni aku berfikir banyak, untuk memberi keselesaan untuk anak-anak & atok nenek mereka memandangkan kami tinggal di rumah mak & abah ku. Aku risau kehadiran aku & anak-anak menjadi beban & gangguan untuk mak & abah yang perlukan ketenangan usia-usia macam tu.
Banyak yang perlu aku sediakan & bantu.
Korang doa kan aku dapat kerja. Tak bagus pun tak apa lah. Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk dia orang.
Hari ni hari 'emotional damageeee' sangat. Aku tersangat gagal kawal emosi aku. Aku rasa gagal. Aku ni bukan ibu, tapi hantu.
Hari-hari aku doa pada Allah tarik jelah nyawa aku ni. Kesian anak-anak yang tak tahu apa-apa kadang-kadang jadi mangsa. Jahat ibu ni. Korang tak ingat ibu pun tak apa dah besar nanti, ibu tak layak langsung untuk dihargai / diingati.
Korang jangan wish happy mother's day. Aku tak layak tau. Malu je.
Selamat hari ibu semua🧡