Yasmin Maisara

Assalamualaikum.
Today is 16th December 2022.

Hari ke-sembilan sejak lahirnya Yasmin Maisara (ياسمين ميسره) pada 7 Disember 2022 (12 Jamadil Awwal 1444H) jam 3.56 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, Johor dengan berat 3.26kg.

Alhamdulillah kronologi kelahiran si adik ni dipermudahkan Allah SWT. Lancar. Mungkin sebab kelahiran kedua & Surah Maryam yang kerap ibu mu amalkan.

Jom lah refresh detik kelahiran si adik sementara memori ini masih segar dalam ingatan ibu.

6 Disember 2022
Pagi tu, bangun je dari tidur, mood tak berapa okay. Perut dah mengeras 3 - 4 hari tapi tak sakit. Macam biasa, basuh baju, sidai kain, tengahari terus landing depan ruang tamu, ambil buku nota kecil, catat berapa kerap mengeras. Tapi masih tak sakit. Cuma tak berapa selesa. Selepas Solat Zohor, teman Alisa baring, bersembang sementara nenek di laman rumah mengerjakan bunga-bunga.

Pukul 4 macam tu, bertandang kejap ke rumah mak ngah di sebelah sambil tengok baju kurung. Sempat berborak, ketawa. Tapi, masih tak selesa. Again, masih tak rasa sakit. Berikutan rasa tak sedap hati, terus whatsapp Kak Chitra, nurse di klinik desa & ceritakan pada Kak Chitra simptom-simptom memandangkan Kak Chitra ada pesan, kalau ada tanda datang ke klinik, nurse akan cuba cek bukaan & request ambulans andai kata sakit dalam waktu bekerja (sebab tak ada yang boleh hantarkan pada waktu bekerja).

Pukul 4.30 petang ditemani anak solehah bu, drive ke klinik. Kak Chitra & Kak Ila bantu untuk cek bukaan. Mereka dapati bukaan dah 2cm dan ada show. Mereka sarankan supaya segera ke hospital tapi memandangkan dah petang, tunggu adik ipar balik kerja je lah lagi berapa jam je.

Balik dari klinik, prepare barang, sempat tolong ibu mentua ku kopek ikan bilis, sempat berborak & ketawa. Masih tak ada rasa sakit contraction.
       Sebelum berangkat ke hospital

Masuk maghrib, dah datang contraction. Terus install aplikasi Contration Timer, contraction pada waktu maghrib datang setiap 8 minit.

8.30pm selamat lah tiba di hospital. Masih boleh berjalan tapi abah mentua ku nak tolak juga naik wheelchair walaupun dah berkeras bu katakan yang tak payah pun sebab masih gagah berjalan. Malas nak banyak cakap, ku turuti jelah di sorong sampai ke dewan bersalin walaupun segan.

Jam 10.30pm, 3cm.
Kekerapan contraction ialah 3 minit sekali.

11.30 pm lebih kurang, masuk lah ke dalam wad.

12.00 am 
Mandi, solat & next cadangnya nak makan & baca Surah Maryam untuk kali terakhir sebab ku fikir pagi kot baru bersalin. Tapi sakit dah datang agak kuat. Cuba juga untuk tahan.

1.30 am begitu, berjalan lah ke kaunter nurse & beritahu yang sakit bertambah kuat. Nurse minta untuk tunggu sementara mereka panggilkan doktor untuk periksa.

Doktor periksa bukaan dan dapati it's already 4cm. "Okay, boleh proceed ke labor room," kata doktor tu pada nurse.

Handphone serta merta diambil oleh nurse. Tak sempat inform suamiku atau sesiapa pun. Tak sempat makan.

Disorong ke labor room oleh nurse, sambil nurse bagi kata-kata semangat sebab suami tak ada teman & banyak kali dia usap bahu supaya sabar dan bertenang je katanya. 

3.00am
6cm, diberikan gas pelali untuk kurangkan rasa sakit. Doktor pecahkan air ketuban dan bermulalah fasa ku berubah menjadi serigala di pagi hari. Pushing contraction terus datang, sambil menahan sambil hidu gas yang rasa tak berfungsi pun time tu haha. Di tangan masih menilik tasbih berzikir Nabi Yunus.

Push lah sekuat hati, sakitnya jangan cakap lah, Allah sahaja yang tahu. Suara dah macam jantan. Itulah pengalaman pertama melahirkan seorang anak secara alami memandangkan Alisa dulu by vacuum. Keluar je si Yasmin, terus lah menjerit "Alhamdulillah!" 

Sakit terus hilang. Yasmin dibawa oleh para jururawat sebab dia dah membuang air besar sikit dalam perut. 

Ini kali tak digunting, cuma ada koyakan natural sikit. Sakit dijahit semua tak sesakit contraction. Tak peduli dah sakit jahit tu, terus je pegang tasbih & berzikir untuk distraction. Yang penting LEGA contraction dah tak ada.

Pukul 5 pagi masuk wad balik. Baru lah dapat bagitau ke ahli keluarga yang terdekat termasuklah suami ku yang masih di Kuching waktu tu.

Sekian.


Si Yasmin, suara nya bukan main kuat lagi.

Waktu pregnant dia, ibu alami sickness yang kuat ke tahap tak boleh bercakap & bangun untuk solat selama 5 bulan. Solat pun duduk. Dan 5 bulan pertama tu banyak berada di rumah orang. Azab nak menahan alahan tu daripada orang ramai.

Tapi, waktu pregnant dia ibu boleh khatam dua kali, jarang sekali tinggalkan Surah Maryam & zikir lagi-lagi zikir Nabi Yunus.

Ni dia lah si Yasmin, si Melati ibu. Ada lesung pipit di pipi sebelah kiri
——

Big thanks to Kak Chit & Kak Ila. Dr awal transfer klinik, mereka sangat membantu & supportive sangat. Semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua.
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon