Second foetus inside my womb?

Happy Ramadhan guys.

I don't know who read all my blog posts, because I didn't want to share it to public either.

Tapi, would like to share here.
I felt a cramp at my stomach, something odd on my breasts- go to pharmachy- bought an upt- tested- tadaa positive. Found positive on the 2nd day of holy month, Ramadhan.

Supposed to be 8 weeks. 
But last week we went for a scan, but there is no foetus. (yet or noun I don't know)

If 'it' still didn't show up after two weeks, it might be a miscarriage.

Morning sickness level? Eight over ten.
Especially during the day.

How about Alisa?
Alisa is super excited and super caring. She didn't allowed me to puasa tau. Worried the baby will hungry. She always remind me not to eat anything spicy.

Good-future-sister! (i hope so)


Tebu


Teringat zaman kecil. Daripada lahir sehingga lah ke besar, aku dan adik membesar di pasar malam, pasar tani dan bazar ramadhan. Ini lah sumber pendapatan kami. Tak ada side income yang lain. 

Mungkin orang berfikiran, "Anak dua orang je, RM500 pun cukup."
Anda pasti?
Waktu zaman kanak-kanak, jerih dan payah untuk menghabiskan loan rumah. Abah selalu mengeluh betapa beban nya loan rumah. Jadi aku faham. Aku selalu faham loan itu memang menyusahkan dan membebankan sebab aku menyaksikan perkara-perkara macam ni lah.

Dulu, abah ada jual air tebu di bazar ramadhan & pasar minggu. Abah ada mesin tebu & abah ada menanam tebu di kebun. Kalau di bazar ramadhan, kedai air tebu abah ni kira hotseller lah. Dulu abah jual RM2 - RM4. Yang pyor lain harga. Jadi kau orang jangan mempertikaikan ketangkasan aku membungkus & mengikat air tebu hehe. Kecil-kecil lagi dah buat.

Abah bawa van buruk. Van buruk yang selalu jadi bahan ejekan untuk aku waktu kecil sampai lah ke sekolah menengah. Aku rasa sangat malu & marah waktu tu. So, aku memang dari dulu merendah diri & rasa terpaling bawah sekali. Di sekolah aku diejek, di rumah pun semuanya suram sebab mak dan abah penat, dengan masalah kewangan yang sempit. Jadi, mana yang kata wang tidak mampu beri kebahagiaan? Kerana wang lah kita diejek, rumah tangga hancur, fikiran bercelaru, hilang kewarasan diri untuk berfikir positif & selalu rasa tiada mood dan nak marah je. Kan..

Bila musim hujan, tak ada siapa-siapa datang. Bila tak ada siapa beli, tak ada lah duit. 
Bila tengah bulan orang belum gaji, kurang lah orang yang membeli. Jadi tak ada lah duit.

Kalau di bazar ramadhan, malam baru balik. Nak mengemas, nak membersihkan kawasan, dan sebagainya. Mana nak tarawih di surau, mana nak moreh nya. Balik tersandar penat. Bila fikir semula.. Mungkin perlunya sujud yang lebih kerap.

Makan kami pun tak mewah. Malam-malam, makan nasi goreng, lauk suhun, sardin dan lauk taucu. Itu yang paling kerap & diingati sampai sekarang hehe.
Pagi-pagi minum susu tin mak bancuh. Tak ada susu tepung. Tapi Alhamdulillah, masih juga Allah bagi aku pandai, masih juga aku jadi pelajar cemerlang.

Aku juga tak ingat pernah makan ayam waktu kecil. Ikan bawal ke dan sebagainya.. Tak pernah.

Semuanya kurang dahulu.
Mungkin berjimat.
Mungkin benar-benar sesak.

Tapi nak dekat hari raya, Abah tak pernah lupa untuk bagi duit utk mak. Duit untuk baju raya kami. Kami belanja di kedai apek di Pekan Parit. Abah tak pernah beli baju raya mahupun beraya waktu kami kecil. Ya, bukan priority nya.

Bila berkahwin, bila tengok Alisa. Kehidupan dia selangkah kehadapan berbanding ibu. Dia dapat makan macam-macam. 

Bila berkahwin, bila selalu dengar cerita suami & mak mentua, kehidupan mereka yang beradik enam sebenarnya lebih baik daripada kami yang cuma beradik dua. Mereka ada makanan yang sedap. Ada susu yang berkhasiat. Aku kadang-kadang duduk seorang diri berfikir.
Kenapa? Kerana berkat yang Allah berikan untuk mereka.

Selalu lah minta Allah berkatkan rezeki, lapangkan dada & punca rezeki. InshaAllah kita bahagia.

Salam Ramadhan semua🌼
 
yann♥ Blog Design by Ipietoon