Yasmin Maisara

Assalamualaikum.
Today is 16th December 2022.

Hari ke-sembilan sejak lahirnya Yasmin Maisara (ياسمين ميسره) pada 7 Disember 2022 (12 Jamadil Awwal 1444H) jam 3.56 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, Johor dengan berat 3.26kg.

Alhamdulillah kronologi kelahiran si adik ni dipermudahkan Allah SWT. Lancar. Mungkin sebab kelahiran kedua & Surah Maryam yang kerap ibu mu amalkan.

Jom lah refresh detik kelahiran si adik sementara memori ini masih segar dalam ingatan ibu.

6 Disember 2022
Pagi tu, bangun je dari tidur, mood tak berapa okay. Perut dah mengeras 3 - 4 hari tapi tak sakit. Macam biasa, basuh baju, sidai kain, tengahari terus landing depan ruang tamu, ambil buku nota kecil, catat berapa kerap mengeras. Tapi masih tak sakit. Cuma tak berapa selesa. Selepas Solat Zohor, teman Alisa baring, bersembang sementara nenek di laman rumah mengerjakan bunga-bunga.

Pukul 4 macam tu, bertandang kejap ke rumah mak ngah di sebelah sambil tengok baju kurung. Sempat berborak, ketawa. Tapi, masih tak selesa. Again, masih tak rasa sakit. Berikutan rasa tak sedap hati, terus whatsapp Kak Chitra, nurse di klinik desa & ceritakan pada Kak Chitra simptom-simptom memandangkan Kak Chitra ada pesan, kalau ada tanda datang ke klinik, nurse akan cuba cek bukaan & request ambulans andai kata sakit dalam waktu bekerja (sebab tak ada yang boleh hantarkan pada waktu bekerja).

Pukul 4.30 petang ditemani anak solehah bu, drive ke klinik. Kak Chitra & Kak Ila bantu untuk cek bukaan. Mereka dapati bukaan dah 2cm dan ada show. Mereka sarankan supaya segera ke hospital tapi memandangkan dah petang, tunggu adik ipar balik kerja je lah lagi berapa jam je.

Balik dari klinik, prepare barang, sempat tolong ibu mentua ku kopek ikan bilis, sempat berborak & ketawa. Masih tak ada rasa sakit contraction.
       Sebelum berangkat ke hospital

Masuk maghrib, dah datang contraction. Terus install aplikasi Contration Timer, contraction pada waktu maghrib datang setiap 8 minit.

8.30pm selamat lah tiba di hospital. Masih boleh berjalan tapi abah mentua ku nak tolak juga naik wheelchair walaupun dah berkeras bu katakan yang tak payah pun sebab masih gagah berjalan. Malas nak banyak cakap, ku turuti jelah di sorong sampai ke dewan bersalin walaupun segan.

Jam 10.30pm, 3cm.
Kekerapan contraction ialah 3 minit sekali.

11.30 pm lebih kurang, masuk lah ke dalam wad.

12.00 am 
Mandi, solat & next cadangnya nak makan & baca Surah Maryam untuk kali terakhir sebab ku fikir pagi kot baru bersalin. Tapi sakit dah datang agak kuat. Cuba juga untuk tahan.

1.30 am begitu, berjalan lah ke kaunter nurse & beritahu yang sakit bertambah kuat. Nurse minta untuk tunggu sementara mereka panggilkan doktor untuk periksa.

Doktor periksa bukaan dan dapati it's already 4cm. "Okay, boleh proceed ke labor room," kata doktor tu pada nurse.

Handphone serta merta diambil oleh nurse. Tak sempat inform suamiku atau sesiapa pun. Tak sempat makan.

Disorong ke labor room oleh nurse, sambil nurse bagi kata-kata semangat sebab suami tak ada teman & banyak kali dia usap bahu supaya sabar dan bertenang je katanya. 

3.00am
6cm, diberikan gas pelali untuk kurangkan rasa sakit. Doktor pecahkan air ketuban dan bermulalah fasa ku berubah menjadi serigala di pagi hari. Pushing contraction terus datang, sambil menahan sambil hidu gas yang rasa tak berfungsi pun time tu haha. Di tangan masih menilik tasbih berzikir Nabi Yunus.

Push lah sekuat hati, sakitnya jangan cakap lah, Allah sahaja yang tahu. Suara dah macam jantan. Itulah pengalaman pertama melahirkan seorang anak secara alami memandangkan Alisa dulu by vacuum. Keluar je si Yasmin, terus lah menjerit "Alhamdulillah!" 

Sakit terus hilang. Yasmin dibawa oleh para jururawat sebab dia dah membuang air besar sikit dalam perut. 

Ini kali tak digunting, cuma ada koyakan natural sikit. Sakit dijahit semua tak sesakit contraction. Tak peduli dah sakit jahit tu, terus je pegang tasbih & berzikir untuk distraction. Yang penting LEGA contraction dah tak ada.

Pukul 5 pagi masuk wad balik. Baru lah dapat bagitau ke ahli keluarga yang terdekat termasuklah suami ku yang masih di Kuching waktu tu.

Sekian.


Si Yasmin, suara nya bukan main kuat lagi.

Waktu pregnant dia, ibu alami sickness yang kuat ke tahap tak boleh bercakap & bangun untuk solat selama 5 bulan. Solat pun duduk. Dan 5 bulan pertama tu banyak berada di rumah orang. Azab nak menahan alahan tu daripada orang ramai.

Tapi, waktu pregnant dia ibu boleh khatam dua kali, jarang sekali tinggalkan Surah Maryam & zikir lagi-lagi zikir Nabi Yunus.

Ni dia lah si Yasmin, si Melati ibu. Ada lesung pipit di pipi sebelah kiri
——

Big thanks to Kak Chit & Kak Ila. Dr awal transfer klinik, mereka sangat membantu & supportive sangat. Semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua.

Halu third trimester

17 September 2022

28 weeks oredi! Here comes the third trimester.

Awal-awal rasa macam lambat waktu berlalu, hujung-hujung macam ehhh dah 7 bulan!

Preparation.
70% kot. Tak banyak preparation sebab waktu details scan doctor kata girl. الله nak mudahkan jalan ku agaknya, banyak baju kakak dia yang tak sampai sepuluh kali pakai boleh dipakai semula. الهمدلله

Yang lain banyak beli kat shopee. Kali ni banyak standby ubat-ubatan / healthy preparation untuk diri sendiri je. Ambil pengajaran waktu pantang anak pertama. Untuk diri sendiri apa pun tak standby. Kesannya, tiap bulan demam, lambat sihat waktu berpantang. Orang lain dua minggu dah helok, kita 44 hari belum lagi dik.

So kali ni, banyak study juga. Rasa macam anak first. Dari A - Z research balik, terutama sleep training and breastfeeding untuk mengelakkan diriku exhaust kelak.

How am I?
الهمدلله  macam ni lah sebagaimana ibu-ibu hamil yang lain. Berjaga naikkan paras hb dengan zincofer & pati delima. 

Baby dah bergerak, berguling, menendang. Dia banyak duduk di sebelah kanan. Sebelah kiri kosong je, jadi tidur mengiring sebelah kiri rasa selesa sedikit.

Suami masih dalam kursus. Bulan depan baru bebas. Jadi semuanya 90% hadapi dengan tabah sendirian ya. Untung lah الله bagi Alisa yang tak banyak karenah. Alisa bukan sahaja seorang anak, tapi peneman & sahabat. Dia boleh faham je apa yang kita adukan.

Semoga adik nya pun baik cam kakak nya aamin!

Pregnant kali ni berazam nak khatam Al-Quran. الهمدلله sikit lagi! Habis je khatam, ibu boleh teruskan dengan surah-surah yang selalu ibu bacakan untuk kakak nya dahulu.

Kali ni, ibu mu improve dengan zikir. Sambil layan mata mesti rasa nak berzikir. الهدلله semua الله yang gerakkan. 

Yan ni tak baik orang nya, sedar diri. Tapi sentiasa nak jadi yang terbaik untuk keluarga, terutamanya anak-anak.

Harap anak-anak ambil yang baik je dari ibu nya ini. Jangan lah ambil yang kuban-kuban. Itu je doa untuk diorang.
                                                            

just my wild thought, tak ramai orang tahu this pregnancy and berapa ketul je yang tahu this time is girl (again)

i know, i'm gonna dissapoint 'some' people with the arrival of another girl. even aku sendiri pun termenung panjangggg bila dapat tau sebab memang teringin benar nak anak lelaki. i don't have adik beradik lelaki tau. sangat sedikit anggota lelaki dalam keluarga ku. 

tapi!
must i upset? NO lah Yan!

having two girls is a blessing. of course more dramas in the family. tapi mereka akan sentiasa jadi sahabat kita walaupun selepas mereka berkahwin. 

and, mungkin الله tahu aku mampu untuk jaga anak perempuan sahaja buat masa ni. الله yang bagi. 

الله pun dalam tak sedar memudahkan kerja ku. dengan suami tak ada dengan kita ni, mana nak beli barang lagi, nak kena save duit untuk ticket flight & kursus dia, tapi bila dapat tau another girl. tak payah beli sangat. semuanya dah ada😭 ini lah antara yang aku tak sedar

i am so happy now. excited. nama dia pun dah ada. semoga orangnya cantik, baik dan bijak macam kakak dia!

PEDULIKAN KATA ORANG YE YAN.
semoga yang positif je dalam kepala otak & mulut ku ni.
sebab kadang-kadang aku ni cepat down dengan kata-kata negative orang. Saya kuat! Yes! Pedulikan "Laaa perempuan lagi.." yang bakal didengar kat telinga🤣 
Kalau dapat boy pun diorang tak datang bagi monthly allowance tau!

Syukuri apa yang ada, itu lah bahagia
(Yes, quote dari facebook)

Good bye and
Assalamualaikum everyone. doakan semua urusan kami dipermudahkan!

Thank you❤️


Married & over 30s also need a job

Went thru job vacancy ads.

(Some) of the requirements :
Age must be 20-25
Single

Why? Married women can't do clerical? Married women can't do maths? Married women can't work under operation?

Why? Age 30 and above weak? Age 30 and above can't learn? Age 30 and above uglier?

Why?

We need a proper job too. We graduated, we got experiences, we are willingly to commited, we don't have a time to hip and hop from one job to another job. 

Why? I know.
Because we will keep asking for leaves? We will have a problem coming to work because we have to manage a family? We will affect the cost of hospitality?

But, we still wanted a proper job. No wonder there are so many moms (single or not) working as a cleaner, maids, freelance maid, selling kerepek by the road and so on.
Because no one wanted us.

They wanted a fresh one.

Please, give us a chance🙏🏻

Innalillah in our relationship

Innalillahiwainnailairojiun for one of the most favourite married couples in Malaysia.

You see.
Bila seorang perempuan berhijrah, orang akan kata, suami dia didik dia. Kalau kita pick 10 couples, trust me, 9 of them :
Isteri solat, suami tidak solat
Isteri menutup aurat dengan baik, suami berseluar pendek kadang tak berbaju baju kereta depan rumah
Isteri baik bicara budi bahasa, suami dan carut berpisah tiada.
Isteri bangun Subuh, suami siang hari baru celik mata.

Tapi, bila isteri nampak solehah, orang pasti kata suami yang bimbing.

Sebagai seorang wanita, I must admit. Wanita berubah kebanyakannya bukan kerana suami didik dia, tetapi kerana status baru nya dan anak-anaknya. Wanita selalu ingin jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Anak-anak adalah segalanya untuk para wanita. So we tried our best, slowly. And we did it. Daripada zero in cooking, kita boleh expert in cooking. Daripada selalu bangun lewat, boleh bangun earlier tiap pagi. We can & we do it because of our family.

Why? Kenapa?
Kenapa lelaki nak perempuan yang baik untuk bakal anak-anaknya? Kenapa dia tak boleh juga jadi baik untuk isteri & anaknya?

Pick lagi 10 couples. 8 of them :
Isteri yang ajar anak mengaji
Isteri yang didik anak dalam pembelajaran
Isteri yang pastikan apa yang terbaik untuk anaknya tak kira dr segi makanan atau aktiviti

Why? 
Bila fikir balik?
Adakah seorang perempuan berkahwin untuk menggantikan sosok 'ibu' dalam hidup seorang lelaki?
Dan mereka masih kekal sebagai sosok 'anak' dalam rumahtangga?

Nothing change for a man after married.
Mereka masih bangun lewat.
Mereka masih bangun tidur & terus buka tudung saji untuk makan.
Mereka masih kena suruh pergi mandi, dikejutkan tidur setiap hari, perlu diingat dimana untuk letak pakaian kotor, letak pinggan di sinki.
Sama seperti waktu mereka bujang.
Mereka hanya pergi kerja sama seperti waktu mereka bujang.

Mengapa tak boleh berubah seperti wanita?

I wonder why. Did you guys have the answer?


Second trimester of my second pregnancy

Halo friends!
Assalamualaikum!

It's already July. Half of our year has passed. My first trimester also passed two weeks ago.

I'm officially in my second trimester. Nauseous? Still have. Especially after I drank a plain water (room temp). I felt better with cold / warm plain water je.

What did second trimester gave me this time?
1. I became fat, chubby and couldn't fit my clothes very well anymore.
2. Developing KimK boobs right now. So awkward err.
3. Feel some tiny moves inside but not sure if its the baby or the foods I ate or the angin in my body
4. And become uglier.......

The end.

Didn't know the gender yet. Feel like I didn't want to know this time. Don't want to scan but you still have to scan lah during check-up.

My daughter and my bump?
My daughter loves my tummy everyday. Cannot wait to see her little sibling soon. She also gave me some ideas of the baby's name.

You want to know some? Here it is.
Alisa Fatiha (I think she got Fatiha from her friend's name, Alisa because she want her sister to have a same name like her)
Lily Maisara (Lily from the song by Alan Walker, Maisara because she still want her sister to have a same name like her)
Jasmin Amira (Jasmin I did mention one but not in my list, Amira is from Isaac's residence name, Almyra Residence in Kajang. She told me the name of the home is like a people's name)

Any boys' name?
Yes, she gave some of like a pets name such as Jojo, Didi. Haha
I just thought of giving 'Muammar' as a first name. But, yeah. Some debate here.
Did we really need to put Muhammad as our baby first name? What do you think?

TRUE LOVE

True love is..

Your mom.
Your dad.
Your sibling.

Addition, your child. My child is a sweet flavour in my family. Alisa brought so much happiness and chaos in our home. She is so funny and talkative like makcik, abah, mak and adik of course love to talk to her. Abah too. 

Sedih nya meninggalkan semuanya hari ni.
Alisa love semuanya sangat-sangat.
❤️

Second foetus inside my womb?

Happy Ramadhan guys.

I don't know who read all my blog posts, because I didn't want to share it to public either.

Tapi, would like to share here.
I felt a cramp at my stomach, something odd on my breasts- go to pharmachy- bought an upt- tested- tadaa positive. Found positive on the 2nd day of holy month, Ramadhan.

Supposed to be 8 weeks. 
But last week we went for a scan, but there is no foetus. (yet or noun I don't know)

If 'it' still didn't show up after two weeks, it might be a miscarriage.

Morning sickness level? Eight over ten.
Especially during the day.

How about Alisa?
Alisa is super excited and super caring. She didn't allowed me to puasa tau. Worried the baby will hungry. She always remind me not to eat anything spicy.

Good-future-sister! (i hope so)


Tebu


Teringat zaman kecil. Daripada lahir sehingga lah ke besar, aku dan adik membesar di pasar malam, pasar tani dan bazar ramadhan. Ini lah sumber pendapatan kami. Tak ada side income yang lain. 

Mungkin orang berfikiran, "Anak dua orang je, RM500 pun cukup."
Anda pasti?
Waktu zaman kanak-kanak, jerih dan payah untuk menghabiskan loan rumah. Abah selalu mengeluh betapa beban nya loan rumah. Jadi aku faham. Aku selalu faham loan itu memang menyusahkan dan membebankan sebab aku menyaksikan perkara-perkara macam ni lah.

Dulu, abah ada jual air tebu di bazar ramadhan & pasar minggu. Abah ada mesin tebu & abah ada menanam tebu di kebun. Kalau di bazar ramadhan, kedai air tebu abah ni kira hotseller lah. Dulu abah jual RM2 - RM4. Yang pyor lain harga. Jadi kau orang jangan mempertikaikan ketangkasan aku membungkus & mengikat air tebu hehe. Kecil-kecil lagi dah buat.

Abah bawa van buruk. Van buruk yang selalu jadi bahan ejekan untuk aku waktu kecil sampai lah ke sekolah menengah. Aku rasa sangat malu & marah waktu tu. So, aku memang dari dulu merendah diri & rasa terpaling bawah sekali. Di sekolah aku diejek, di rumah pun semuanya suram sebab mak dan abah penat, dengan masalah kewangan yang sempit. Jadi, mana yang kata wang tidak mampu beri kebahagiaan? Kerana wang lah kita diejek, rumah tangga hancur, fikiran bercelaru, hilang kewarasan diri untuk berfikir positif & selalu rasa tiada mood dan nak marah je. Kan..

Bila musim hujan, tak ada siapa-siapa datang. Bila tak ada siapa beli, tak ada lah duit. 
Bila tengah bulan orang belum gaji, kurang lah orang yang membeli. Jadi tak ada lah duit.

Kalau di bazar ramadhan, malam baru balik. Nak mengemas, nak membersihkan kawasan, dan sebagainya. Mana nak tarawih di surau, mana nak moreh nya. Balik tersandar penat. Bila fikir semula.. Mungkin perlunya sujud yang lebih kerap.

Makan kami pun tak mewah. Malam-malam, makan nasi goreng, lauk suhun, sardin dan lauk taucu. Itu yang paling kerap & diingati sampai sekarang hehe.
Pagi-pagi minum susu tin mak bancuh. Tak ada susu tepung. Tapi Alhamdulillah, masih juga Allah bagi aku pandai, masih juga aku jadi pelajar cemerlang.

Aku juga tak ingat pernah makan ayam waktu kecil. Ikan bawal ke dan sebagainya.. Tak pernah.

Semuanya kurang dahulu.
Mungkin berjimat.
Mungkin benar-benar sesak.

Tapi nak dekat hari raya, Abah tak pernah lupa untuk bagi duit utk mak. Duit untuk baju raya kami. Kami belanja di kedai apek di Pekan Parit. Abah tak pernah beli baju raya mahupun beraya waktu kami kecil. Ya, bukan priority nya.

Bila berkahwin, bila tengok Alisa. Kehidupan dia selangkah kehadapan berbanding ibu. Dia dapat makan macam-macam. 

Bila berkahwin, bila selalu dengar cerita suami & mak mentua, kehidupan mereka yang beradik enam sebenarnya lebih baik daripada kami yang cuma beradik dua. Mereka ada makanan yang sedap. Ada susu yang berkhasiat. Aku kadang-kadang duduk seorang diri berfikir.
Kenapa? Kerana berkat yang Allah berikan untuk mereka.

Selalu lah minta Allah berkatkan rezeki, lapangkan dada & punca rezeki. InshaAllah kita bahagia.

Salam Ramadhan semua🌼

"Muammar"

Assalamualaikum

"Muammar".

Sad but lovely dream. Malam semalam mimpi lahirkan seorang baby boy, tapi tak ada sesiapa teman. I can picture his face so clear. He was so cute and handsome. Matanya celik, rambut nya lebat dan ikal. Di dalam mimpi tu, aku kelihatan sangat struggle. Aku jalan tak berapa betul mencari keperluan dia seperti botol susu dan susu sebab dia tak minum susu sehari.

Di dalam mimpi tu juga, aku sedang mencari nama kedua nya. Nama pertama nya "Muammar". (Memang suka sangat nama ni in real life)

The bad part is, tiada siapa yang azankan dia dan melawat kami. Dan.. There is a scene of a divorce between me and my husband. Aku dan dia bergaduh.

Tak ada scene Alisa atau sesiapa.
Cuma ada aku, Muammar, suami ku dan mak.

Di dalam mimpi tu, mak lah yang menemani aku cari susu untuk baby tu. Boleh ingat lagi mimpi tu, aku menangis sambil cari susu anak dan pergi uruskan urusan yang aku pun tak tahu apa sambil berjalan terdengkot-dengkot tak bermaya.

Sedih mimpi nya. Tapi rasa sayang tu terlalu dalam untuk baby boy tu.

Apa pun kata orang, mimpi ini mainan syaitan?

Aku harap semuanya baik-baik untuk kehidupan aku dan keluargaku. Harap tiada siapa yang berpecah belah.

But..
I hope the Muammar birth part come true. Because I can clearly remembered his handsome and cute face. This is my first time loving a boy in my dream. 🥵

Maybe I was too hoping for a son?
Maybe because Alisa requested for a 'adik boy' for million times?
Or,
Maybe I am pregnant?

Because during my previous pregnancy (5 years ago), I kept dreamt about having a baby girl.

Sekian.
True story from me to remember.


 
yann♥ Blog Design by Ipietoon