Vaccinated!

 

Hi, Assalamualaikum.

How are you guys doing? Tough day, is it?

Kita berada dalam minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) or katanya Total Lockdown. Hari ni sahaja kes positif di seluruh negara menjangkau 5,800+ kes dan kira-kira 15% daripada populasi rakyat telah mengambil vaksin. Sasaran utama kerajaan ialah untuk mencapai 80% daripada populasi divaksin. Jauh perjalanan.

Apa-pun semoga kita semua tabah menghadapi dugaan ni.

Semoga semuanya Allah permudahkan! Insha-Allah amin yra.

Bagi yang belum mendaftar untuk divaksin, boleh lah mula mendaftar. Sama-sama kita membantu sesama kita.

Sedikit perkongsian hari ini daripada saya. Saya telah divaksin pada hujung minggu yang lalu. Saya diberikan suntikan vaksin Comirnaty keluarga Pfizer BioNTech. 

Saya mendapat vaksin ini hasil inisiatif pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menganjurkan Program Vaksin Pandu Lalu di Kem Muara Tuang. Suami saya seorang tentera darat. Saya dan isteri-isteri tentera yang lainnya turut dipilih dalam program ini.

Sistem yang digunakan sangat smooth. Segalanya berjalan dengan lancar.

Daripada check point pendaftaran, pemberian suntikan dan pemantauan, semuanya berjalan dengan lancar tanpa perlu bersesak dan beratur dalam tempoh yang lama. Terima kasih semua yang terlibat.

Sejam pertama selepas disuntik, rasa macam kering tekak dan mula rasa nak batuk. Minum air banyak-banyak ya! Jangan layan rasa-rasa itu dan bergembiralah seperti hari-hari sebelumnya.

Malam selepas divaksin, lengan yang dicucuk mula terasa sakit. Tak boleh angkat tangan. Hari ketiga baru reda hehe. Itu sahaja lah simptom ringan saya.

Alhamdulillah tak ada demam atau kesan sampingan yang serius.

Sekarang berdebar pula menunggu dos kedua. Semoga Allah permudahkan.

Kawan-kawan jangan takut.

Saya sendiri mulanya refuse sebab takut kesan yang teruk. Tapi lagi perit dan sedih bila tengok kawan-kawan dan keluarga sendiri yang kehilangan orang yang mereka sayang kerana virus ini.

Mari kita ambil vaksin supaya kita boleh melawat keluarga kita di kampung dalam keadaan diri yang dilindungi!

#KitaJagaKita

A Fortune

Hi and Assalamualaikum everyone..

Hari ni hari Allah berikan rezeki untuk aku. Alhamdulillah aku berjaya exam Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19. Maknanya ada dua temuduga bakal menanti di Perak. Dan sekarang.. Aku ada di Kuching, Sarawak sementara satu Malaysia sedang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Bila dah dapat emel sukacita / Tahniah. Aku rasa tiba-tiba down pula. I mean, ini yang aku tunggu-tunggu. Hm, tapi mendidik anak dan mengurus keluarga 24 jam 7 hari memang memenatkan tapi aku berpuas hati. 

Tapi.. 
Aku tak boleh bergantung harap pada suami ku semata. Dan.. Aku kena sedar semakin anak membesar, semakin besar tanggungan aku. 

Entah lah. Dilema wanita yang tiada kesudahan. 

Korang doa kan Allah berikan aku petunjuk & mudahkan setiap urusan aku ya!

Pening.

 
yann♥ Blog Design by Ipietoon